Suara jeritan sama ada kesakitan dan kemaraan bercampur baur. Aku yang duduk di singgah sana sudah tidak nyaman untuk terus menduduki tahta aku sebagai raja iblis.
Aurel atau Raja Aurel adalah nama yang aku pegang. Perwatakan aku sangat kejam, aku tidak pernah membiarkan manusia hidup dengan aman. Dari bayi hingga warga tua aku akan pastikan mereka mati di tangan aku.
Rumah, ladang dan negara akan aku musnahkan tanpa sisa. Itulah kehidupan aku setelah 40 ribu tahun aku memerintah.
Tapi kini? Aku serta merta menjadi lemah hanya kerana terminum air suci manusia yang telah di beri oleh pengkhianat orang bawahan aku yang paling baik dan paling aku percaya. Kuasa sihir aku menjadi lemah dan hanya aku boleh buat di hujung nyawa aku ialah letupkan diri aku sendiri.
Pintu istana kuat di hentakkan. Susuk tubuh gadis yang masih muda masuk ke dalam ruangan aku. Dia memegang pedang suci yang pasti boleh membunuh aku.
"kau datang nak bunuh aku? " perlahan aku bertanya. Suara aku tenang sahaja kerana aku sudah tahu yang Hero Finniea akan datang membunuh aku.
"kau tak boleh lari banjingan. Istana kau dah di kepung! Semua general kau sudah mati! Inilah masanya untuk kau pula yang mati! " kasar suara Hero. Dia mengacukan pedang tepat ke leher aku. Dia tahu aku tidak boleh mengunakan sihir. Dia boleh bila-bila masa memancung leher aku.
"ada kata-kata terakhir kau sebelum aku pancung kau? " kali ini suara dia dipelahankan walaupun masih dalam keadaan kasar.
"aku cuma nak cakap, kenapa kau nak bunuh aku? " soal aku dengan tenang.
Matanya tajam merenung kearah aku. Tidak berkelip. Wajahnya yang manis di masamkan.
"kau dah banyak merosakkan Asla Artem! Aku rasa tugas aku untuk pastikan kau mati!" balasnya.
Aku tersenyum. "jadi kita akan mati bersama sebab kau dah banyak bunuh orang kepercayaan aku"
Aku yang tersenyum sinis mengangkat tangan aku dan mula mengaktifkan sihir terakhir aku.
Hero Finniea hampir terkejut, dia cuba memancung leher aku tapi sihir aku menhalangnya. Akhirnya aku dan dia terperangkap di ruang ledakan yang aku cipta.
"tak guna kau Aurel!! " keras suara Hero Finniea von Mcklay ketika itu.
"kalau aku mati, aku akan pastikan kau mati bersama aku" itulah dalam fikiran aku.
Permandang aku bertukar menjadi warna putih yang sangat menyakitkan mata. Kesakitan itu muncul dan hilang dalam masa yang sekejap. Mungkin tubuh aku sudah hancur.
Kegelapan mula memenuhi ruangan yang aku sedang alami. Kalau aku dah dilahirkan semula, aku akan pastikan aku akan berubah dan tidak jadi Raja Iblis lagi. Hero?mungkin aku akan cuba cari kau. Aku harap kau boleh maafkan aku bila kita berjumpa.
Wuhaagh!!! Wuhaagh!! Wuhaagh!! Kuat bunyi bayi menangis. Suara dia kuat dan nyaring. Jika aku dulu mesti budak tu dah mati ditangan aku.
Cahaya yg malap cuba memenuhi kegelapan yang aku alami. Wajah makcik pula menjadi tanda tanya bila muka dia dalam pandangan aku.
"tahniah bayi lelaki!" ujar makcik itu dengan girang.
Tunggu sekejap! Bayi?! Aku ke? Aku ingat kelahiran semula itu main-main.
"Felix von Nelsondis, itu nama kamu" bisik wanita yang berpeluh yang mungkin baru lahirkan aku.
Kejap! Aku jadi manusia ke?! Aku? Raja Iblis Aurel yang paling kuat dan kejam jadi manusia? Lebih lagi memori aku sebagai raja iblis masih bertepek dalam kotak memori aku? Apa yang jadi sebenarnya ni???!!
YOU ARE READING
Reincarnation As Human
FantasyAurel adalah seorang Raja Iblis yang di geruni di Asla artem. dia dikenali sebagai raja yang kejam dan akan memastikan manusia mati di tangannya. saat dia di perangi oleh Hero manusia, Finniea von Mcklay seorang gadis yang terpilih menjadi orang y...