Kereta dibawa laju oleh Hae Yoon dan cuba untuk melarikan diri daripada polis yang mengejar mereka . Barang kemas serta duit telah disusun rapi di dalam bonet kereta .
" Hae Yoon , laju lagi ! Cepatt ! Anjing tu semangat nak kejar kita " kata Jimin
Bunyi siren semakin kuat kedengaran . Kereta polis juga semakin bertambah satu persatu.
" Jimin , sekarang ! " kata Hae Yoon yang cuba untuk fokus memandu.
Tanpa lengah masa , Jimin terus mengeluarkan model senapangnya iaitu M16 Riffle Gun dan mula menembak kereta polis bertubi-tubi .
Walaupun menggunakan senapang , polis masih lagi tidak mahu berhenti mengejar mereka . Jimin masih terus menembak mereka tanpa henti sehinggakan tidak sedar peluru habis .
Lantas Jimin menarik picu dan membaling bom kepada pihak polis . Sebilangan kereta meletup dan masing-masing mula berlanggaran . Permandangan di depan mata mereka sekarang cumalah api yang marak serta asap berwarna merah jingga disebabkan bom tadi .
" aku suka tengok permandangan ni , puas hati aku" kata Jimin.
Mereka semua hanya bersorak keriangan selepas melihat kekalahan polis di depan mata mereka .
---
Kereta yang mereka gunakan tadi telah diletakkan di tempat terbiar dan telah dibakar . Beg yang penuh dengan barang kemas serta duit makin menambahkan kegembiraan di dalam hati mereka.2 buah beg yang berat itu diletakkan di atas meja dengan kemas . Jimin yang dari tadi hanya menunggu zip beg itu untuk dibuka kini dapat memegang wang kertas yang dia idamkan.
" woohooo ! Kaya ! Senang hidup kita lepasni " kata Jimin sambil mencium bau duit kertas tersebut.
" dahlah tu Jimin , jangan suka sangat . Simpan semua ni dekat dalam bilik kebal tu " kata Taehyung
Hae Yoon yang sedang duduk di atas sofa empuk sambil meletakkan kaki di atas meja mula menyapa Taehyung .
" kau dapat buang lokasi kita ? " tanya Hae Yoon
" dah , diorang tak dapat jejak kita . Aku dah padam koordinat tempat ni " kata Taehyung .
Taehyung yang boleh dikatakan sebagai TechBoy telah membuat kerjanya dengan baik . Tidak pernah sekali terkantoi dengan mana-mana musuh.
Taehyung mahir dalam kerja menggodam , Jimin mahir dalam kerja mengganas .
" Hae Yoon ? Berapa ramai anjing kat luar sana tu yang kau dah buat diorang jadi bangkai? " kata Kim Hyun Po
" cukup untuk buat anjing yang lain panas" kata Hae Yoon
" bagus , teruskan kerja kau . Kita masih ada banyak lagi misi nak kena settle " kata Kim Hyun Po.
Hae Yoon hanya mengangguk sambil menghisap rokok dan mula untuk merehatkan diri selepas penat memburu anjing liar .
---
Satu badan lelaki yang terdampar di tepi perlabuhan telah menyedarkan seorang konco gangster." weh , ada orang dekat sinilah! Datang sini cepat!"
Sekumpulan lelaki memakai baju berwarna hitam datang mengerumuni lelaki tersebut . Di antara mereka , terdapat seorang yang mula menghampiri badan lelaki itu dengan lebih dekat.
" aku kenal mamat ni , bawak dia balik "
Badan lelaki yang basah itu mula diheret dan meletakkannya ke dalam bonet kereta .
---
Setibanya di destinasi yang telah ditetapkan , lelaki itu telah diikat pada kerusi . Baldi yang penuh dengan air telah dicurahkan tepat di atas kepalanya dan mula sedar dari pengsan.Jelas nampak beberapa kesan tikaman serta peluru yang telah menembusi badannya .
" woi , tengok aku "
Dagunya ditarik kuat dan dipaksa untuk melihat gerangan yang menyebut. Rambut disisir kemas ke belakang untuk melihat wajah sayu lelaki yang terikat itu .
" kau tak kenal aku ? Aku anjing kau dulu , atau patut ke aku perkenalkan diri ha Jeon Jungkook ? Aku Il Sang Woo "
Jungkook tidak memberikan sebarang reaksi terhadap Il Sang Woo . Dia hanya mahukan penjelasan sekarang .
" kau buta ke apa ?! Nak aku ulang banyak kali ke haa anjing ?! " kata Il Sang Woo yang semakin berang selepas Jungkook tidak langsung memberikan respon.
" aku kenal kau ke ? " kata Jungkook dan membuatkan Il Sang Woo mula mengangkat keningnya.
" aku anjing kau dulu , tapi sekarang situasi terbalik , kau anjing aku " kata Il Sang Woo
" bos , dia ni macam hilang ingatan "
Kata salah seorang konconya yang mula untuk meyakinkan yang Jungkook memang betul hilang ingatan .
" hilang ingatan ? Pikir aku percaya dengan anjing ni ? Sudah cukup dia layan aku sampah dulu , sekarang biar dia rasa !" Kata Il Sang Woo .
Il Sang Woo mengambil pisau lalu mula mencucuk peha Jungkook . Jeritan yang kuat semakin menggerunkan selepas mereka melihat sendiri yang Jungkook kalah terhadap Il Sang Woo.
Il Sang Woo hanya ingin melihat muka Jungkook yang meraung kesakitan dan berharap dia akan merayu kepadanya.
" esok bawak dia pergi hospital . Kalau dia ni hilang ingatan bagus jugak , senang aku nak buat kerja nanti , dia bukan tahu apa pun " kata Il Sang Woo sambil memandang Jungkook.
Jungkook mula meronta untuk dilepaskan namun ubat pelali telah disuntik ke dalam badannya membuatkan penglihatannya mula kabur .
" tidur dulu , nanti aku bagi kerja dekat kau " kata Il Sang Woo sambil memberikan senyuman sinis apabila Jungkook hampir untuk menutupkan matanya .
Amacam teaser ?
Cast :
Jeon Jungkook
Lee Hae Yoon
Il Sang Woo
Kim Hyun Po
Park Ji Min
Kim TaehyungAmaran :
Cerita ini mungkin akan berikan impak negatif kepada pembaca dari segi mental dan emosi. Tidak sesuai kepada bawah umur 15 tahun . Segala apa yang dilakonkan hanyalah ilusi , tiada yang benar sama sekali . Jangan ikut sebarang perbuatan yang telah dilakonkan. Kalau setiap scene yang akan kalian baca mula bermain di fikiran , cepat-cepat hilangkan.Selamat membaca dari seketul author
-Haechoo❤️-
YOU ARE READING
BTD ( Breath To Death ) - Season 2
Action" dia dah takde , buang dia dalam hidup kau "