nightmare

20 5 0
                                    

Aku pergi ke bilikku untuk sambung tidur kerana aku belum cukup tidur lagi. Aku bermimpi ade seorang pelajar tahfiz bawak aku ke dalam hutan. Aku kehairanan mengapa dia bawak aku ke dalam hutan tengah malam begini? Aku abaikan pertanyaanku dan terus mengikutinya ke dalam hutan tersebut. Ketika dalam perjalanan tiba - tiba ada seorang bomoh perempuan ingin menyihir aku dan budak tahfiz tu. Aku takut dan budak tahfiz tu melaungkan azan sekuat-kuatnya dan bomoh perempuan itu pun menjerit kepanasan tetapi dia tetap ingin melawan dan kitaorang pun tidak mampu melwan balik kerana sihir dia begitu kuat. Dalam keadaan kitaorang ketakutan datang dua orang lelaki berjubah putih menghampiri kami tetapi seorang lelaki berjubah putih itu tidak kelihatan wajahnya. 

                                 - 🌷-

Lalu aku bertanya, "ni siapa", soalku kepada dua orang berjubah putih itu. Dia pun menjawab, "aku shabat nabi Muhammad dan dia adalah nabi Muhammad", jawabnya. Waktu itu aku terus meminta pertolongan untuk melawan bomoh tersebut. Aku dan pelajar tahfiz tersebut diminta untuk berehat di sebuah pondok yang agak usang sedikit. Selepas selesai melawan bomoh tersebut nabi Muhammad SAW dan sahabatnya menghantar aku pulang ke rumahku. Pelajar tahfiz tersebut menumpang tidur dirumahku. Aku kehairanan mengapa nabi dan sahabatnya membuka pintu rumahku dan kedua-duanya berdiri tegak dipintu rumahku ibarat menjaga supaya tiada masalah yang berlaku.
 
                                - 🌷-

3:00 pagi - Aku tersedar daripada tidur dan terus pergi kebilik orang tuaku. Ibuku tersedar daripada tidur akibat kehadiranku. "kenapa ni", soal ibuku. Aku terdiam seketika. "ambil tilam tidur kat bawah sini", katanya. Aku pun ambil tilam dan tidur di bawah bersebelahan katil orang tuaku. Aku pun tertidur. Aku mimpi kelawar yang ganggu aku tidur beritahu sesuatu pada aku. "aku nak jadikan kau sebagai tuan aku", kata kelawar tersebut kepadaku.

                              - 🌷-

Selepas kejadian mimpi itu aku sering nampak penampakan, sering terperanjat ketika tidur dan lain-lain. orang tuaku bawa aku jumpa seorang ustaz untuk perubatan islam. Rupanya ada saka atuk belah ayah aku ingin jadikan aku sebagai tuannya. Alhamdulillah selepas berubat aku tidak lagi terperanjat ketika tidur. Sejak kejadian itu aku sering nampak penampakan lembaga hitam hingga kini tahun 2020.

 
  

   Adakah mata batinku terbuka?


      (sorry kalau crita ni kurg best😔)

                      

                       terima kasih!!!!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 03, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

adakah mata batinku terbuka? Where stories live. Discover now