"Dia tak ready nak bertembung dengan Faris disebabkan hal semalam nenek" ujar abang Faris di sebalik dinding. Perlahan dia berjalan mendekati kami.Aku pula tergamam melihat susuk tubuh abang Faris. Lidahku terus kelu bila lengan abang Faris memeluk bahuku sehingga aku sedikit tersenandung.
"Apa?" tanya nenek sedikit curiga. Abang Faris hanya mengulum senyum kepada nenek sementara matanya kekadang melihatku.
"Ermm...nothing nek, Faris nak teman dia makan" dalih abang Faris sambil menjeling ke sebelah. Matanya membulat memberi isyarat. Dan aku yang seolah olah faham apa yang dikatakan abang Faris hanya mampu menurut.
"Haah nek...Yana ajak abang Faris teman Yana makan, takut nak makan sorang sorang" ujarku dengan sengihan. Mimik muka cuba diukirkan, macam berlakon laa kiranya.. Tangan kananku mengusap lembut perut.
Nenek mula memandang kami acuh tak acuh. Dah mula pandangan curiga dia!
"Kalau betul Faris teman kamu, kenapa dia terhinjut hinjut belakang dinding tu menengok kamu makan..kenapa dia tak teman kamu kat sini? Kenapa padam saja lampunya, tidak dibuka?
Ada komen?" pinta nenek dengn serius. Kedua dua tangannya diletakkan di belakang. Seperti Inspektor pula nenek ni! Keningnya diangkat dengan senyuman di bibir.
Perlahan kepalaku memandang abang Faris, meminta penjelasan. Abang Faris hanya senyap. Aku mencebik bibir .
"Fa-Faris cari suis lampu nenek...tak jumpa itu yang terhinjut hinjut dekat dinding tu" ujar abang Faris cuba memberi alasan yang logik. Senyuman yang manis cuba diukirkan.
Nenek memandang kami bergilir. Dia seperti mau ke tidak percaya mereka.
"Betul ke apa kamu cakap ni?" tanya nenek inginkan kepastian. Matanya tumpu kepada abang Faris.
Terus si dia mengangguk laju.
"Mestilah nenek...takkan laa cucu nenek nak tipu kan?" balasnya dengan ceria. Aku mengangguk perlahan dengan senyuman.
Nenek mencebikkan bibir.
"Ek eleh...kamu tu bukan boleh percaya sangat pun...nasib baik dah tengah malam kalau tak nenek tanya banyak lagi" kata nenek tegas. Abang Faris mengangkat bahu dengan senyuman. Lega tampaknya.
"Okaylah, nenek nak masuk dalam dulu... Yana, kalau ye pun merajuk dengan suami tak payahlah sampai berkurung...seksa suami kamu tu" kata nenek kepadaku pula. Aku pula hanya tersengih mendengar kata kata nenek. Nak membantah karang jadi isu lain pula.
Sebaik sahaja nenek pergi, aku terus melepaskan pelukan abang Faris. Rimas juga ada bila dia peluk lama lama.
Aku terus mengemas makanan yang bersepah tadi kemudian kembali menghadap muka si suami.
"Terima kasih sebab selamatkan saya...selamat malam" ujarku tak bernada. Aku merenung abang Faris sekejap sebelum membuka langkah.
Namun, langkahku terhenti bila abang Faris mengenggam tanganku. Erat.
YOU ARE READING
Cinta Untuk Abang Pengawas Famous
RandomBagi dia umur 16 tahun tidak berhak untuk bercinta.... Bercinta hanya akan menyakitkan hati dan menyusahkan duit untuk membeli topup.Itulah makna 'ber'cinta bagi Fatin Ardyana. Namun semuanya berubah apabila dipaksa berkahwin dengan Faris Farhan a...