"Aku tak puas hati betul dengan buaya darat tu" bentak Hija masih beluk reda kemarahan dia rupanya.Aku dan Fina hanya mampu menadah telinga.
"Kau ni benda dah berlaku, redha jer la...macam lah kau tak kenal si Iman tu" balas Fina pula lalu dia kembali menyuap nasi ke dalam mulut.
"Kau tak faham wey sebab kau tak kena, boleh dia kata aku tak laku? Apa dia nak tengok aku couple dengan Jeon Jungkook dulu baru aku riak kata aku ni laku hah?" kata Hija melepaskan semua amarahnya.
Aku dan Fina ketawa berdekah dekah. Sampai ada yang tersedak.
Ketawa kami sangat kuat hingga menarik mata pelajar lain melihatnya."Aku tak boleh bayang kalau kau yang pendek ni couple dengan jungkook, kau ingat jungkook nak ke dekat kau hah?" balasku dengan tawa yang masih bersisa. Fina masih lagi ketawa kuat.
"Aih, biarlah aku...kalau jungkook tak nak pun belambak lagi hah jejaka korea sana" balas Hija selamba. Makin berdekah ketawa yang aku hamburkan. Sampai terasa sakit di perut.
"Aku nak tunjukkan pada Iman Farizah tuh yang aku ni laku!" kata Hija bersungguh.
Makim bersambung ketawa kami mendengar ayat pengakuan Hija.
"Kau ni tak baiklah ubah nama dia" kata Fina cuba mengawal ketawanya.
"Alah biarlah, nama dia kan Iman Fariz jadi tak salah aku buat macam tuh. Ha, patutnya aku sembur macam tu tadi kat dia" kata Hija bersungguh. Aku dan Fina hanya melayan karenah Hija.
"Hoi, tak reti duduk senyap ke hah?" sergah seseorang dari belakangku.
Aku menoleh ke belakang diikuti Fina. Hija pula seperti sedang menahan amarahnya dengan menggenggam sudu. Aku pula mengeluh berat. Langsung tak terkejut sebenarnya.
Kak Gia dan gengnya sedang berdiri tegak di belakangku kini.
"Apa yang akak nak?" tanyaku dengan perlahan.
"Ouh, saja mari jenguk seorang perampas kat sini.." perli kak Gia sambil menjeling tepat ke arahku.
"Oh, yeke? Okay" jawabku selamba lalu menyambung makan.
Hija dan Fina terkejut dengan reaksiku tapi mereka tidak pula menegur.
Kak Gia pula tampak seperti panas telinga mendengarnya. Lalu dia menarik tudungku dengan kasar.
"Ahhhh!!!" tempikku sakit dengan perbuatan tiba tiba kak Gia. Hija pula segera bangun dari dudukannya dan pergi ke arah kak Gia.
"Eh, akak Gia...lepaskan Fatin" marah Hija sambil menarik lengan kak Gia. Fina juga melakukan benda yang sama.
"Arhh! Sa-sakit laa kak Gia...Lepaskan saya" ujarku dengan kuat. Tapi kali ini kak Gia seperti mahu mencabut rambut.
"Biar kau, kisah apa aku...dasar tak sedar darjat! Aku akan ganyah kepala kau" makin kuat goyangan tarikan di kepalaku. Hija dan Fina sudah dihalang oleh geng kak Gia. Aku cuba menolak kak Gia tapi ternyata dia lebih kuat dariku.
YOU ARE READING
Cinta Untuk Abang Pengawas Famous
RandomBagi dia umur 16 tahun tidak berhak untuk bercinta.... Bercinta hanya akan menyakitkan hati dan menyusahkan duit untuk membeli topup.Itulah makna 'ber'cinta bagi Fatin Ardyana. Namun semuanya berubah apabila dipaksa berkahwin dengan Faris Farhan a...