"Abang.."
Suara isterinya memanggilnya mengejutkan abang Faris dari khayalannya. Kalau tidak difikir isterinya sedang tercegat di hadapannya habis semua benda di depannya ditumbuk ditendangnya tanda tidak berpuas hati.
Abang Faris memandang isterinya sekilas sebelum menarik muka. Lantas dia turun dari motosikalnya Dan terus meluru masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan isterinya yang sudah gelabah di belakang.
Sebaik sahaja dia membuka pintu, abang Faris terpaku berdiri di daun pintu.
Aku yang mengejar abang Faris dari belakang sudah mahu pusing semula lari. Mana tak terkejut Cik abang aku tu! Iman betul betul berdiri di depan daun pintu sambil membetulkan seluarnya.
"Iman..." Garau suara abang Faris menyeru nama Iman. Tangan yang masih memegang tombol sudah digenggam erat sehingga timbul urat.
"Hmm...kau baru balik?" Selamba Iman bertanya. Sudah dia membetulkan seluarnya dia mengintai aku di belakang. Aq meletakkan ibu jariku di leher Dan menariknya acah tanda aku mahu membunuhnya. Terangkat kening Iman dibuatnya.
Aku yang berada di belakang abang Faris rasa nak cekik Iman sampai tak bernyawa. Aku je ke yang macam cacing kepanasan sini!
"Kau..buat apa kat sini?" Aku dapat tangkap suara abang Faris yang getar.
Dia menahan marah. Aku membuat spekulasi. Dan tandanya aku bakal dihentam teruk lepas ini.
"Study group.." sekali lagi Iman membalas dengan selamba. Dia sebenarnya faham apa yang dimaksudnya kawannya tapi dia sengaja berbuat begitu.
"Study group....korang berdua je ke?" Abang Faris mula melihat padaku di belakang. Aku hanya menggelengkan kepalaku.
"Amm..." Belum sempat Iman meneruskan katanya abang Faris sudah berjalan melepasi Iman Dan terus berlari ke atas.
"Lahh...aku tak sempat kata apa lagi" Iman hanya memandang dari bawah. Seketika dia mengeluh.
"Aduhhh!" Sakit rasa tubuhnya bila dipukul kuat oleh kawannya. Dia mengusap lengannya yang dipukul tadi.
"Kau la ni!" Marahku lalu terus mengejar abang Faris dari belakang. Kalau boleh nak je aku tendang budak Iman tu keluar. Eii, saja buat aku marah!
"Asal tu?" teguran Hija dari belakang Iman membuatkan Iman sedikit terperanjat. Iman memandang Hija dengan muka sakit hatinya. Hija hanya mengendahkannya. Matanya tertarik melihat tingkat atas.
"Kawan kau la, pukul aku tadi sakit tau tak" adu Iman manja. Sakit telinga pulak Hija mendengarnya. Sekali Hija menarik kolarnya.
"Kau ingat aku tak nampak yang kau pergi betul seluar kau depan pintu tu pehal? Memang cari nahas la! Kau ingat abang Faris tu tak reti marah ke? Kalau dah nampak cousin dia Dan kau macam berdua duaan dalam rumah ni memang nak kena la!
Kalau kena kat aku pun, aku kejar kau sampai lubang cacing tu, dah jom sambung study" marah Hija lalu menarik kolar baju Iman heret bersama. Iman hanya menurut sambil tersengih.
"Apa sengih sengih? Ingat macho ke? Boleh blah!" Bebel Hija lagi.
"Tapi kan, aku tak perasan pulak kau tadi waktu aku keluar tandas...skodeng aku eh?" sengaja Iman mengapikan Hija. Lama Hija mendiam sebelum dilepaskan kolar Iman sebaik mereka tiba di ruang tamu.
"Kau sakit perut kan?" Tanya Hija pada Iman dalam nada biasa. Tiada langsung riak marahnya.
Iman terdiam. Pertanyaan Hija berjaya membisukan dirinya.
"Mesti kau pun tak makan waktu rehat kat sekolah tadi? Aku tau kau gastrik, mesti kau nak muntah tadi.. aku ada buat air Dan aku ada masak nasi goreng kat rumah tadi...aku dah siap hidang pun kat dapur tadi Masa kau tengah berperang dalam tandas..jap aku ambil" kata Hija lalu terus melangkah ke dapur semula. Sewaktu dia melintas tadi di tandas dia dengar Iman mengadu sakit. Mujurlah dia ada masak nasi goreng sebelum bergerak ke sini tadi.
YOU ARE READING
Cinta Untuk Abang Pengawas Famous
CasualeBagi dia umur 16 tahun tidak berhak untuk bercinta.... Bercinta hanya akan menyakitkan hati dan menyusahkan duit untuk membeli topup.Itulah makna 'ber'cinta bagi Fatin Ardyana. Namun semuanya berubah apabila dipaksa berkahwin dengan Faris Farhan a...