"Dahlah...kiteorang balik dulu, kau dah janji dengan aku kan nak bagitau aku apa terjadi dekat kau sepanjang kau menghilang sehari suntuk ni" kata Hija dengan nada amaran. Aku hanya menangguk tanpa membalas apa apa. Malas hendak memanjangkan cerita."Kau tak nak keluar dengan kiteorang beli makanan ke Fatin?" tanya Fina pula sambil tangannya menyeluk poket baju sekolahnya memeriksa jika ada apa apa yang tertinggal.
"Nantilah aku keluar, aku kena pergi solat zohor dulu baru boleh pergi cari makanan" kataku tenang. Dengan Fina senanglah sikit aku nak bertolak ansur tapi bukan dengan Hija. Nak sampai ke noktah tu esok belum tentu boleh lagi.
"Kau pasti ke? Ke kau nak roti coklat aku? Ade dalam beg sekolah ni.." tanya Fina lalu membuka zip beg sekolahnya. Belum sempat tangannya menyeluk ke dalam isi beg itu aku sudah menahannya.
"Takpe lah, kau makanlah sambil tunggu bas sekolah nanti ye..aku boleh beli makanan sendiri dont worry" kataku lembut dengan senyuman manis diberikan kepada Fina. Fina membalasnya dengan anggukan dan senyuman kecil.
"Hamboi, dengan Fina kau bukan makn senyum dengan aku payah gila kau nak bersweet macam tu" kata Hija tegas tapi nadanya rajuk kedengaran. Ketawa kecil mendengarnya.
"Aku nak bersweet dengan kau? Puih, lambat lagi...kalau kau nak mulai esok sampailah habis Spm tahun depan aku sweet jer dengan kau..eii" kataku dengan perasaan menyampah sekali. Meremang bulu romaku berkata begitu, mahu muntah pun ada dibuatnya.
"Eii! Boleh kau cakap macam tu dengan aku? Eii! Tak hadap aku dengan kau!" Hija juga turut buat reaksi muntah bila mendengarnya. Dan akhirnya masing masing meletuskan tawa dengan hati yang gembira.
*********
Aku melipat telekung dengan kemas dan rapi sekali. Usai melaksanakan solat sebentar tadi, lama juga aku termenung. Maklumlah tiada orang jadi aku mengambil kesempatan untuk menenangkan diri dahulu.
Aku menilik jam yang baru dipakai sebentar tadi. Pukul 2.30, aku terus menepuk dahi dengan mata membulat. Alamak! Aku dah lambat. Memang latihan bermula pada pukul 3 petang tapi perut ini masih kosong. Aku dah lah jenis mudah kena gastrik.
Tanpa berlengah terus aku memecut keluar dari masjid dan tergesa gesa menyarung kasut sekolahku. Tali kasut yang tidak diikat lagi dibiarkan. Bukan dekat kedai runcit dari sekolah ini. Kalau aku berjalan keluar ke pagar sekolah pun sudah memakan 10 minit.
Aku terus belari menuju ke tingkap kelasku lalu meletakkan telekungku di bawah meja dan segera berlari ke pintu pagar sekolah. Tapi aku tetap berjaga jaga walaupun dalam keadaan tergesa gesa.
"Hahh...hah.." aku berhenti seketika untuk menarik nafas. Kemudian tanganku memegang pinggang yang mula terasa sakit. Nak kata tua aku baru jer umur 16 tahun kut!
"Aduh, sakit belakang aku dibuatnya..baik jalan biasa jer la" omelku sendirian lalu menyambung langkahku semula.
"Ahh takpelah lewat pun, nanti pandai pandai lah aku bagi alasan kat Fikry. Aduh..menyusahkan betullah aku ni baru jer nak berbaik dengan Fikry dah aku buat perangai melulu aku ni...haa tulah berangan sampai Korea sangat hmm.. Aduu kalau aku tahu aku kirim lah dekat Fikry tadi..."
YOU ARE READING
Cinta Untuk Abang Pengawas Famous
De TodoBagi dia umur 16 tahun tidak berhak untuk bercinta.... Bercinta hanya akan menyakitkan hati dan menyusahkan duit untuk membeli topup.Itulah makna 'ber'cinta bagi Fatin Ardyana. Namun semuanya berubah apabila dipaksa berkahwin dengan Faris Farhan a...