"Nenek! Faris dah kata dah kan yang Faris tak nak kahwin ngan perempuan ni? Which part yang nenek tak paham?!" marah abang Faris dengan muka serius. Aku memandang abang Faris dengan jelingan amarah. Ade ke patut dia marah nenek camtu?
"Abang Faris! Kalau ye pun jangan la tinggikan suara kat nenek apa masalah abang?" marahku pula. Nenek hanya menunduk melihat aku mula marah.
"Hey! Kau sapa nak bagi arahan dekat aku hah?! Kau sebenarnya suka kan bila nenek buat keputusan kau kahwin ngan aku? Pembunuh!"
"Faris Farhan!!"
Aku yang mendengar kata kata abang Faris terus meluru naik ke atas dengan mata yang berair. Hati aku penuh dengan luka luka kehinaan. Apa salah aku? Kenapa dia selalu nampak salah aku?
"Faris kamu ni memang dah melampau! Yang kamu nak marah Yana camtu kenapa?! Apa yang tak kena dengan kamu ni? Kenapa kamu tak boleh terima Yana?" marah nenek kuat. Aku yang mendengar amarah nenek terus berhenti sebelum memasuki bilik. Aku kembali pusing sambil menutup mulut dengan air mata yang still mengalir.
"Faris melampau? Kenapa nenek bela sangat cucu kesayangan nenek tuh? Habis tuh Faris ni apa? Bukan cucu nenek? Ke, nenek anggap Faris ni orang luar keluarga ni?" balas abang Faris dengan tegas. Aku cuba tahan setiap luka yang hadir di hati ini. Sakit.
"Kadang kadang nenek tak paham apa masalah kamu sebenarnya Faris, wedding korang lusa dah kut please jangan buat attitude macam ni....kalau kamu nak tengok nenek masuk hospital then buatlah apa kamu nak" kata nenek lalu terus melangkah pergi ke tangga. Abang Faris meraup mukanya yang kian serabut.
"Nenek...." panggil abang Faris lemah tetapi nenek tetap menaiki tangga dengan lemahnya.
Aku menarik nafas panjang. Saki baki air mata aku kesat dengan tapak tangan. Perlahan lahan aku bangun dengan lemah berjalan menuju ke arah bilik. Daun pintu ditutup perlahan lahan. Serius aku memang serabuk! Haishhh!
Lututku terasa lemah lalu aku terduduk bersandarkan pintu. Tak sangka selama aku hidup ni pertama kali aku dituduh dengan tuduhan yang berat.
'Pia....apa aku nak buat ni? Semua jadi huru hara sebab aku...' omelku dalam hati.
Air mata aku mula bergenang semula. Tiba tiba otakku melayar semula janji aku dan Pia.
'Kahwin ngan abang Faris...'
Kalau bukan sebab Pia aku rasa dah lama aku bakar semua persiapan kat bawah tuh termasuk laa pengantin lelaki dia tuh.
Teringatkan tentang kejadian tadi perlahan lahan muka aku mula tunduk rapat ke belakang tangan.
Malas ahh nak fikir baik aku pergi mandi, solat asar and then layan drama pukul 7. Senang!
***********
Kakiku melangkah ke bilik tanyangan. Daun pintu dibuka perlahan, tiada orang. Yes! Bagus, boleh laa aku melayan sorang sorang sambil berangan.
Aku terus masuk lalu menutup pintu dengan perlahan supaya orang lain tidak dengar. Suis tv ditekan dan remote astro digenggam lalu aku menekan siaran tv3.
Lagi 1 minit cerita 'Asalkan Dia Bahagia' akan ditayangkan. Lakonan Ayda Jebat dan Shukri Yahaya kadang kadang buat aku sebak dan terkadang gembira.
Cerita ni mengisahkan Adira Imani yang terpaksa berkahwin dengan Haris. Aku minat jalan cerita ni mula mula benci lama lama cinta.
Adakah ia sama ngan jalan hidup aku? Hmm entahlaa kadang kadang aku rasa iya jugak. Tapi jalan cerita aku macam ending enemy jugak jer!
'Kurang apa lagi.....
Yang harus ku beri
Jika memang cinta tak bisa memberi erti
Mana ada hati
Yang ingin trus tersakiti
Untuk apa aku kau miliki lagi...'Yak! Kalau sapa dengar ost cerita ni memang berangan lama laa kau. Aku memandang kaca tv dengan pandangan yang kosong.
Apabila teringat semula kejadian petang tadi membuatkan aku rasa yang aku ni satu bebanan kepada keluarga ni.
Otakku melayar kembali janji yang aku buat dengan nenek.
'Kalau abang Faris tahu pasal Pia then Yana nak cerai'
Air mataku mula turun dengan penuh rasa hiba di dada. Aku mengetuk kepala dengan kedua tanganku. Aku benci dunia realiti. Kalaulah one day aku boleh hidup macam orang lain.
Aku mampu mengeluh sahaja. Remote tv diambil lalu aku tutup, takde mood aku nak tengok tv lagipun kalau aku tengok buat sakit hati aku lagi adelaa.
Sebaik sahaja aku mahu keluar terkejut aku ada manusia yang besar kat depan aku sekarang. Yang tak boleh blah sekali orang tu abang Faris!
"A....emm...encik Faris buat apa kat sini?" tanyaku. Abang Faris hanya senyap sambil merenung aku lama. Macam mana dia boleh ada kat sini? Ke, dia mengintai aku?! Ish...pelik pelik kau ni, iman dia tuh lagi kuat kut pada kau.
"Encik Faris?"
"Kenapa kau perlu buat semua ni?" pertanyaan abang Faris buat aku tersentak. Dia punya serius tuh sampai lama gila tenung aku.
"Ha?"
"Please jawab" kata abang Faris lembut. Rasa nak tercabut jantung bila dengar abang Faris cakap lembut dengan aku begitu. Wow! Speechless sampai aku dibuatnya. Biasanya nak boleh ke lembut hati dia tu pun payah, ni...serius terkejut aku!
"Emmm....kenapa encik Faris tanya?" soalku dengan penuh ghairah. Bila aku tengok riak wajah abang Faris yang macam nak marah bila aku kata begitu hati aku tertanya....ikhlas ke tak kelembutan dia dekat aku?
"Kau boleh tak jangan buat sampai aku naik angin?" kata kata abang Faris yang agak tegas buatkan hatiku rasa lega. Berlakon lembut rupa rupanya!
"Tak...jangan salahkan saya, encik Faris yang tanya soalan yang saya tak boleh jawab an? Saya tak pernah bersetuju pun untuk kahwin dengan encik Faris dan takkan pernah!" jawabku dengan tegas. Amik kau!
"Then...in case laa... macam mana sepanjang kita kahwin nanti kau akan jatuh cinta ngan aku?" kata abang Faris serius. Kepala otak aku kata takkan tapi at the same time hati aku tak pasti. Ye laa....bercinta selepas kahwin selalu berlaku dikalangan orang terpaksa kahwin.
Ehhh tak tak! Case aku lain ehh! Tak sama macam pasangan lain. Diorang redha dengan pilihan mak ayah and aku tak! Aku ni lebih kurang paksa rela!
"Okay so read my lips encik Faris....walau macam manapun saya tak akan jatuh cinta ngan encik Faris okay?" kataku dengan penuh serius. Abang Faris macam mengangguk tanda paham.
"Kalau kau jatuh?" soalan abang Faris buat aku terdiam. Agak susah aku mahu jawab soalan dia.
"Kenapa diam?"
"Saya bukan diam saya berfikir" jawabku.
"So jawab soalan aku habis fikir dah kan?" kata abang Faris. Aku be like....kau ingat fikir ni 1 minit jer ke?! Neuron otak aku tak sempat bertindak balas lagi!
"Kalau saya jatuh jugak maybe saya akan lari jauh jauh jauh daripada sini and cari orang yang akan suka saya sayang saya dan terima saya seadanya full stop!" kataku tegas. Abang Faris angguk bahagia dengan kata kata aku sambil bertepuk tangan.
"Good job! Aku suka jawapan kau, thanks sebab jawab, aku dah ada keyakinan dan alasan untuk ceraikan kau lepas ni!!" kata abang Faris lalu pergi meninggalkanku seorang di depan bilik tanyangan. Aku tarik nafas panjang. To be honest memang aku rasa aku tipu diri aku, tapi apa aku boleh buat? Dah sah sah abang Faris nak aku pergi jauh dari hidup dia, so buat apa aku ada di sisi orang yang bencikan aku. Baik aku blah dari sini secepat yang mungkin.
Perlahan lahan aku menutup pintu bilik tayangan dan pergi dari situ dengan perasaan yang broken.
YOU ARE READING
Cinta Untuk Abang Pengawas Famous
AléatoireBagi dia umur 16 tahun tidak berhak untuk bercinta.... Bercinta hanya akan menyakitkan hati dan menyusahkan duit untuk membeli topup.Itulah makna 'ber'cinta bagi Fatin Ardyana. Namun semuanya berubah apabila dipaksa berkahwin dengan Faris Farhan a...