"Ah" mataku dibuka perlahan. Bola mataku memerhati sekeliling. Gelapnya, kat mana ni?
Telingaku perlahan dapat menangkap bunyi azan subuh berkumandang. Oh, dah subuh rupanya. Sekali lagi, aku memerhati sekeliling.
"Bilik ke ni?" Terkejut aku bila memerhati sekeliling rupanya aku berada dalam bilik. Dan juga rupanya aku sedang tidur atas katil. Mataku berpaling ke belakang.
"Abang Faris?" Sekali lagi aku terkejut bila melihat abang Faris sedang tidur nyenyak di tempatnya.
"Bila masa pula dia balik ni? Aku rasa semalam aku tidur dekat ruang tamu"omelku sendirian. Lama aku memerhati abang Faris sebelum bangun dan menuju bilik air.
Usai solat subuh, sebaik sahaja selesai berdoa aku memandang abang Faris. Lama. Dalam kepalaku kumpulnya 1001 soalan tentang dia semalam.
Dia okay ke? Risau pulak.
"Encik, bangun" kejutku. Lengan abang Faris digoyang sedikit.
"Em...Yana? Kenapa.." dengan mata yang hanya terbuka sedikit dia memandang isterinya yang cantik bertelekung.
"Subuh dah la....bangun laa sekolah" kataku sambil goyang lengan sasa abang Faris. Dari sisi mata abang Faris melihatku. Kemudian dia tersenyum senget dan bangun dari perbaringannya. Senyuman abang Faris sebentar tadi membuat jantungku tersentak sekejap.
Aku nampak abang Faris mengerutkan dahinya seperti menahan kesakitan sambil mengurut bahunya.
"Teruk sangat ke?" Tanyaku memandang abang Faris. Abang Faris memandangku sebelum menjawab.
"Aku angkat kau la semalam berat, sakit belakang aku" rungutnya sambil memicit bahu kemudian meregangkan badannya. Aku hanya senyap,tapi kemudian aku mengangkat kening jadi dah terjawablah persoalan aku tadi. Kira halal lah, mujur dia angkat kalau tak tersadai je aku kat sofa tu. Pukul berapa ek dia balik semalam? Niat nak tanya tentang hal semalam tapi tak apalah tunggu Masa yang sesuai. Takkan aku nak terjah macam tu je. Nampak sangat aku over risau.
"Haha..yelah terima kasih.." kataku sambil tersenyum manis pada abang Faris. Abang Faris mula buat muka geli.
"Eii..menyampah pulak aku, dahlah nak pergi Mandi" terus ditolaknya lengan isterinya yang berada atas kakinya kemudian terus menuju bilik air. Sebenarnya dia tersenyum senget sebelum memasuki bilik air.
Aku pulak hanya tersenyum sendiri kemudian masing masing sibuk siapkan diri ke sekolah.
Dalam kereta, aku dan abang Faris hanya menyepi. Tiada seorang pun yang bercakap. Tapi bila aku pandang sebelah, muka abang Faris nampak keletihan kemudian asyik tersengguk saja dia.
"Encik..." Panggilku. Tapi tiada respon mungkin dia tak dengar. Okay aku kuatkan sikit volume.
"Encik!" Panggilku kuat.
"Hah.." terus segar dia dibuatnya. Nak tergelak pun ada tapi tak baik kan tahan je la.
"Encik okay ke?" Tanyaku risau.
"Okay..mengantuk sikit kut.." jawabnya sambil tersenyum tawar. Aku memandang abang Faris dengan penuh kerisauan. Melihat keadaan bukan Masa yang sesuai lagi nak tanya.
Sampai sahaja di sekolah, abang Faris terus berjalan laju menuju ke kelas. Biasalah, dia kan bertugas hari ni. Aku pulak hanya memandangnya dari jauh saja. Apa aku nak buat ni? Risaunya..
Kemudian aku terus berjalan ke kelasku dalam keadaan kebingungan.**********
"Awak okay ke?"
Aku yang sedang mengelamun jauh terkejut melihat Fikry di depan mata.
![](https://img.wattpad.com/cover/153549390-288-k881051.jpg)
YOU ARE READING
Cinta Untuk Abang Pengawas Famous
De TodoBagi dia umur 16 tahun tidak berhak untuk bercinta.... Bercinta hanya akan menyakitkan hati dan menyusahkan duit untuk membeli topup.Itulah makna 'ber'cinta bagi Fatin Ardyana. Namun semuanya berubah apabila dipaksa berkahwin dengan Faris Farhan a...