Aku memerhati mereka sekejap sebelum mengorak langkah menuju ke arah tangga. Belum sempat aku melangkah kali kedua terasa pergelangan tanganku dipegang kejap.
Pelik aku? Apahal nak pegang pegang ni? Aku cuba melirik ke arah abang Faris dengan hati yang tidak puas. Aku menaikkan kening kepadanya sebaik sahaja abang Faris memandangku.
Abang Faris membalasnya dengan renungan tajam. Ceyh! Ingat aku tak boleh balas ke? Nak jer aku gigit tangan abang Faris sekarang. Karang tak pasal kepala aku diketuknya dahla tengah berdenyut sekarang. Terpaksalah...
Nenek nampak akan pergelutan cucunya. Dengan senyap dia menggeleng perlahan. Dia tahu cucu manjanya tidak suka menipu tetapi sebenarnya hati dia kuat mengatakan cucu lelakinya itu sudah punya hati pada isterinya. Senang cakap dah jatuh cinta lah!
Tapi dia kenal benar dengan perangai ego tak bertempat Faris Farhan. Bukan mudah dia nak sebut cinta tu. Mesti nak tinggikan egonya juga. Apalah nak dibuat..
"Faris...tak baik layan isteri macam tu, lepaskan tangan Yana tu..kamu kan kata Yana demam, dah lepas...suami apa kamu ni" tegur nenek lembut sahaja. Aku hanya memaniskan muka depan nenek. Bluekk! Padan muka!
Abang Faris berpaling sekejap kepada nenek sebelum berpaling semula kepadaku dengan jelingan yang amat. Aku mencebik. Dia ingat aku takut ke? Dah puas masak hangit dah pun aku tengok jelingan tu.
Aku terus menarik tanganku tapi tidak dilepas juga abang Faris. Aku mula naik bengang sekarang. Aihh, aku pun ada bengang dia tahu dak! Bukan dia aje!
"Faris...sakit tangan Yana tu" nenek mula risau melihat makin kejap abang Faris menggenggam tangan isterinya.
"Encik" tegurku pula. Aku malas sebenarnya nak cari gaduh bila kepala tengah berdenyut ni.
"Kau ingat aku tipu ke? Im not lying Fatin Ardyana" katanya beku. Walaupun perlahan dan tiada nada tapi aku sendiri boleh tangkap kata katanya. Senyap aku sekejap. Lama aku perhatikan abang Faris. Pelik pula aku? Apa maksud dia?
"Apa yang encik merepek ni? Dah lah lepas tangan saya....ingat encik ni Isa Alejandro? Bukan main cakap orang puteh..dah lah encik kepala saya tengah berdenyut ni tolonglahh" kataku dalam nada rayu. Walaupun tidak kedengaran mana. Aku slowkan volume suara supaya tidak kedengaran nenek.
Abang Faris mendecit mendengarnya.
"Kau tak percaya? Want prove? Okay, i will give it" sambungnya dengan suara beku tu lagi.
Haa sudah, aku terasa seperti sudah tangkap maksudnya itu. Patutnya bulu roma aku ni meremang tapi kenapa tidak pulak sekarang? Haih kena lari ni! Bulat mataku melihat abang Faris.
Nenek sudah tersengih sengih melihat keakraban pasangan suami isteri ini. Dalam hatinya dia sendiri tertanya apalah yang dibincangkan mereka berdua. Dari jauh nenek boleh nampak pandangan Faris Farhan kepada isterinya. Ada rasa sayang tu tapi di dalih cucunya.
"Bilik kamu berdua sebelah ni jer...jangan buat hal kat sini nenek tibai kang dua dua..hal kamu buat dalam bilik dahlah nenek masuk dulu... Faris, jangan lupa kamu dengan Yana makan panadol actifast..mintak dengan mama" kata nenek lalu menepuk bahuku dua kali dengan senyuman dan kenyitan mata sebelum mengorak langkah ke biliknya.
Terngangan aku dibuatnya. Nek, takkan nak tinggal Yana sini?! Mati mati aku kena pergi ke dapur cepat. Akh! Takde makna prove prove ke bilik ke aku nak ke dapur sekarang!
Usai abang Faris mengangguk kepada nenek terus aku mengorak langkah laju ke hadapan tapi malangnya tangan abang Faris laju memegang bajuku.
"Yana...kau nak lari mana hah?" tegurnya sambil menjeling ke arahku. Genggamannya makin kuat dipegang pada baju isterinya.

YOU ARE READING
Cinta Untuk Abang Pengawas Famous
De TodoBagi dia umur 16 tahun tidak berhak untuk bercinta.... Bercinta hanya akan menyakitkan hati dan menyusahkan duit untuk membeli topup.Itulah makna 'ber'cinta bagi Fatin Ardyana. Namun semuanya berubah apabila dipaksa berkahwin dengan Faris Farhan a...