💄Part 59💕

3.2K 217 49
                                    

Aku terus turun dari katil lalu berjalan ke meja belajar abang Faris. Kekadang aku terasa aku tidak dapat mengimbangkan badanku. Baru saja aku hendak terjatuh abang Faris pantas memaut pinggangku. Terpana aku. Segera aku melarikan badanku darinya.

"Hati hati lah, kau tu baru bangun...khayal lagi otak tu" ujar abang Faris lembut. Aku mengangguk. Aku membetulkan badanku sebelum berdiri di hadapan dia.

"Encik angkat saya sampai sini ke? Kenapa tak kejut saya jer malulahh!" marahku dengan mata tak berkelip. Rasa seperti muak sehabis tebal dah ni.

"Eh salah aku pulak, siapa yang tebal sangat muka pergi tidur atas bahu aku" marah abang Faris pula. Baru nak berbaik dah berbalah kembali.

Aku senyap. Betul juga cakap suaminya. Bukankah dia yang gatal pergi tidur atas bahu suaminya. Hai lagi malu yang ni! Rasa nak jerit jer.

Aku berhenti bila abang Faris merapatkan mukanya denganku. Aku berganjak ke belakang, tanpa berkelip aku memandangnya.

"Ke-kenapa encik?" terketar mulutku sekarang sekali dengan lutut pun turut sama.

Lama abang Faris merenungku sebelum dia menghalakan jarinya ke mukaku. Aku terus menutup mata serapat rapatnya.

"Rambut termasuk dekat tepi bibir kau ni..."  abang Faris mengalihkan rambut isterinya yang terlekat di tepi bibir. Kemudian dia menarik sedikit lengan bajunya dan mengelap tepi bibir isterinya yang bersisa air liur basi.

Aku membuka mata sebaik sahaja menedengar abang Faris berkata begitu. Dan yang lagi aku terkejut abang Faris boleh pula mengelap tepi bibirnya.

"Apa encik buat ni?" aku terus menolak badan abang Faris. Nak terencat lutut aku dibuatnya. Bulat mata aku sekejap.

Abang Faris menunjukkan hujung lengan bajunya yang sedikit basah. Terbuntang biji mata aku.

"Lap air liur kau. Nyenyak betul kau tidur ya" sukanya selepas itu. Nampak wajah tampannya itu. Maklumlah susah nak nampak abang Faris terenyum.

Semanis muka dia semasam asam jawa muka aku sekarang ni. Tapi dalam masa yang sama aku terharu sebenarnya. Sanggup dia buat begitu. Dengan ketawa pulak tu tak baran macam dulu. Cuma sindiran dia tu memang semula jadi dah aku rasa.

Melihat kebisuan isterinya abang Faris mula berdehem.

"Dahla pergi mandi, aku nak sambung study" lalu terus dia berlalu tapi aku sempat memegang tangan abang Faris.

"Kejap, encik tak nak saya basuh ke baju encik tu? Kan kena air liur basi saya.." tanyaku. Abang Faris memandangku sebelum memandang tangannya. Aku yang faham dengan maksudnya segera mengalihkan tanganku.

"Jadi encik?" aku kembali menanya. Aku perhati lama  abang Faris  senyap sebelum dia menoleh kepadaku.

"Air liur kau bukan racun ke asid ke toxic kan?" tanyanya. Berkerut dahi aku dibuatnya. Lambat lambat aku menjawab.

"Mestilah bukan. Kenapa?"

"Jadi tak payah basuh, aku malas nak tukar..lain la kalau kau tolong pakaikan baju untuk aku" kata abang Faris sambil mengangkat kening kemudian dia kembali pada meja belajarnya.

Eii ada masa pulak aku nak pakaikan baju untuk dia. Dah besar pakai lah sendiri , malas aku nak melayan. Aku terus mengambil tuala lalu menuju ke bilik air.

*********

Usai aku siap membersihkan diri  sedang aku mengelap rambut mataku memandang abang Faris yang berada di luar balkoni. Pelik aku, bukan berangin ke kat luar. Sesekali terdengar suara angin yang kuat lalu. Tak sejuk ke dia? Aku terus menuju ke almari dan mengambil sweater abang Faris lalu terus aku meluru padanya.

Cinta Untuk Abang Pengawas Famous Where stories live. Discover now