Aku dan Fina terkejut mendengar suara yang lantang itu. Kami terus berpusing ke belakang. Kelihatan kak kak senior sedang memarahi Hija.
"Kak...sabar laa....kak tak boleh redah kelas orang macam beruk redah rumah orang!" marah Hija dengan sindiran.
"Hey budak! Kau sedap kata aku ni beruk kan! Kau budak tak sedar diri, kau memang tak pandai hormat senior ke?!" tengking kak itu. Aku dan Fina terus bangun mendapatkan Hija sebelum keadaan makin menjadi huru hara.
"Eh kak saya bukan nak kurang ajar tau tapi saya dah cakap lembut dengan akak tapi akak tolak saya tengking saya ingat saya tak da kesabaran! Eh akak lembu pun paham la kalau cakap elok elok! Ingat ni sekolah nek akak ke?! Sedap sedap tolak orang macam tuh?!" marah Hija lagi kuat daripada tadi. Aku dan Fina mengusap belakang Hija menyuruhnya bersabar.
"Eh kau tuh budak yang tau pakai lutut je, aku ni the most famous girl in this school, setakat kau ni aku bukan boleh tolak je malah pijak kau dengan kasut mahal aku, itulah kalau nama budak miskin yang tak sedar darjat dia kan girls?" kata akak itu dengan sombong.
PAK!!
Tanganku terus melayang ke muka akak tadi. Tergamam dia dibuatnya, termasuklah Fina dan Hija. Kawan kawan akak tadi pun turut terkejut.
"Berani kau tampar aku ye budak!" marah akak Gia sambil mengusap pipinya.
"Ye memang saya berani! Ape kak ingat akak ni ajela yang boleh buli orang ingat saya tak boleh! Ape akak ingat kekayaan tuh boleh bawak pergi syurga ke? Akak kata kat kawan saya ni miskin sebenarnya akak ni yang miskin, tau miskin ape? miskin pahala" kataku dengan sepuas hati. Kak Gia senyap sahaja.
"Huh lepas tuh kau ingat kau baik sangat laa? Kau tuh yang tak da perasaan rampas hak milik orang!" balas Kak Gia sambil tersenyum sinis.
"Ape yang kak maksudkan?" tanyaku.
"Kau ingat kau boleh rampas Faris Farhan daripada aku? Kau tuh just budak hingusan yang mengharap cinta orang je yang tuh kau kena sedar" kata Kak Gia pedas. Tergamam aku dibuatnya. Aku hanya senyap sahaja. Tetapi aku tak boleh kalah dengan orang yang merendahkan kawan aku, aku mesti lawan!
"Huh, sekurang kurang saya selamatkan abang Faris daripada orang gila macam akak, saya tak nak lah nanti perangai dia sebijik dengan perangai tak tau malu akak ni" kataku pedas. Kak Gia yang mendengar terasa panas.
"Kurang ajar kan kau budak...."
"Gia!"
Panggilan abang Faris yang menggerunkan membuat kami senyap.
"Ehh awak....awak baru balik dari kantin eh?" tanya Kak Gia dengan lembut sekali. Menyampah pulak aku dibuatnya.
'Tadi dengan aku bukan main marah mengalahkan beruang! Dengan abang Faris manja macam anak kucing! Hish menyampah aku' monologku dalam hati.
"Kalau aku baru balik dari Jepun sekalipun bukan hal kau" jawab abang Faris selamba sambil menjeling ke arah Kak Gia.
Aku dengan yang lain ketawa kecil melihat jawapan dari abang Faris. Padan muka!
"Memang bukan hal saya tapi saya kan future wife awak mesti kena ambil tahu" kata Kak Gia manja. Aku yang mendengar terasa nak muntah.
"Huh future wife? In your dream" balas abang Faris sinis.
"Assalamualaikum" sapa Fiqry tiba tiba di muka pintu kelasku. Aku agak terkejut melihat kehadiran Fiqry.
"Waalaikumussalam" jawab abang Faris diikuti orang lain.
"Emm maaf ganggu tapi boleh saya nak jumpa dengan Fatin?" kata Fiqry minta izin. Aku terkejut bila mendengar namaku di mulut Fiqry. Fiqry membuat signal supaya berbicara di luar. Aku hanya mengangguk dan mengikut Fiqry.
"Ye abang Fiqry kenapa nak jumpa saya?" tanyaku. Fiqry kulihat tersenyum.
"Tak payah nak ber'abang' sangat la ngan saya just call me Fiqry okey?" kata Fiqry sambil tersenyum. Aku just mengangguk saja.
"Ha pehal panggil saya?" tanyaku lagi.
"Emm ada tak cikgu Zu bagi awak apa apa kertas?" tanya Fiqry. Aku hampir terlupa tentang hal kertas itu.
"Ouh sorry lupa, ada jap" kataku pusing dan masuk ke dalam kelas lalu menuju ke arah beg sekolahku. Zip dibuka dengan perlahan sehelai kertas dikeluarkan dan aku terus berjalan ke arah Fiqry.
Sempat lagi aku mengerling ke arah abang Faris. Abang Faris kulihat hanya perhatikan gerak geriku termasuklah yang lain. Aku hanya buat endah sahaja.
"Nah borang awak" kataku dengan senyuman. Fiqry mengambil borang ditanganku dengan perlahan.
"Huh seriously? Duet nyanyi?" kata Fiqry ketawa kecil. Aku mengangkat bahu.
"Awak okay tak dengan ni?" tanya Fiqry sambil mengangkat borang dengan dua jari. Adik adik yang sedang memerhati terjerit kecil melihat gaya Fiqry yang agak mencairkan hati. Tapi tak bagi aku, kut.
"Hmm ya" jawabku ringkas. Fiqry tersenyum lalu mengusap kepalaku, agak terkejut aku dibuatnya. Hati aku tiba tiba berdegup tak tentu hala. Fiqry tersenyum melihat aku resah.
"You're such a good girl, okayla bye" kata Fiqry lalu pergi melintas adik adik form 1 yang terkejut melihat adegan kami. Aku hanya kaku disitu.
"Baguslaa kan buat maksiat depan adik adik" kata abang Faris sambil berdiri disebelahku. Aku merengus kuat. Tak boleh ke kalau tak cari pasal ngan aku sehari?.
"Ape yang encik Faris maksudkan ni?" tanyaku lalu pusing menghadap si pakcik singa. Abang Faris memeluk tubuh.
"Huh kau depan orang baik belakang orang lebih daripada binatang aku rasa" kata abang Faris sinis. Aku merenung tajam mata abang Faris, geram betul aku nak ketuk kepala dia dengan batu! Fuh, sabar Fatin kau kena sabar.
Aku mengenggam kedua tanganku dan mengangkatnya. Aku menghala ke muka abang Faris, abang Faris kelihatan relaks sahaja.
"Apa? Kau nak tumbuk aku?" tanya abang Faris sambil mendekatkan mukanya padaku. Aku merengus kuat sebelum membawa turun tanganku dengan kasar. Aku memang malas nak cari gaduh depan semua orang, kakiku diangkat lalu blah dari situ.
"Faris, awak okay? Ape betina tu buat kat awak?" tanya Kak Gia sambil memegang tangan abang Faris. Aku yang sudah masuk kelas mengintai dari tingkap.
"Jangan sibuk hal aku" kata abang Faris lalu merentap tangannya dengan kasar dan berlalu pergi dari situ. Aku yang menyedari gerakan abang Faris terus duduk supaya abang Faris tidak nampak akan kehadiranku.
Aku menarik nafas lega selepas bayang abang Faris sudah tidak mula kelihatan. Telinga aku juga mula menangkap rengekan kak Gia, tergelak kecil aku dibuatnya.

YOU ARE READING
Cinta Untuk Abang Pengawas Famous
RandomBagi dia umur 16 tahun tidak berhak untuk bercinta.... Bercinta hanya akan menyakitkan hati dan menyusahkan duit untuk membeli topup.Itulah makna 'ber'cinta bagi Fatin Ardyana. Namun semuanya berubah apabila dipaksa berkahwin dengan Faris Farhan a...