HAZEL melihat, ada sebuah kereta Volkswagen Beetle dan sebuah BMW 5 Series yang tidak dikenali elok tersadai di pekarangan rumah. Warna kuning dan warna putih. Matanya sempat menjeling tempat duduk pemandu. Kedua-dua buah kereta itu kosong tanpa pemandunya.
Kemudian dia melihat pula ke arah pintu rumah yang diperbuat dari kayu jati itu. Nah, di situ dia melihat banyak kasut dan sandal. Semuanya datang dari jenama tersohor dunia. Pasti milik pemandu dan penumpang kereta Volkswagen Beetle dan juga BMW 5 Series tersebut.
Selalunya yang suka bertandang ke rumah, kawan-kawan Raja Ehsan. Raja Anis jarang-jarang menjemput teman-temannya ke sini.
Belum memasuki rumah, Hazel telah mendengar suara tawa lelaki dan perempuan bercampur. Cukup harmoni paduan suara mereka. Jadi Hazel memutuskan untuk masuk melalui pintu dapur. Tidak eloklah kalau kehadirannya menganggu saat-saat gembira tetamu rumah agam ini.
Lagipun Hazel yakin, kalau dia masuk melalui pintu depan, pasti dia jadi tumpuan nanti. Itu sesuatu yang sangat mahu dia hindarkan. Dia cuma anak pembantu rumah di rumah agam ini. Dia bukan kawan mereka. Dia tidak setaraf pun berkawan dengan mereka semua. Ada tembok besar yang menjadi pemisah.
"You're fool, Adib!"
Hazel mendengar lagi suara Raja Ehsan. Bezanya kali ini, Hazel memanjangkan lehernya ke arah ruang tamu. Dia kenal dengan Raja Adib. Sewaktu dia mula-mula tinggal di sini, Raja Adib yang banyak menolongnya menyesuaikan diri. Datin Rahayu, mama Raja Adib sempat bergurau mahu menjadikannya menantu.
Namun itu cerita enam belas tahun lepas. Ketika dia baru berumur sepuluh tahun dan Raja Adib berumur empat belas tahun. Dia putus hubungan dengan lelaki itu setelah Raja Adib melanjutkan pelajarannya di UK dan bekerja di sana. Lagipun, datin dan datuk memang ada rumah persinggahan di sana.
Lama dia tidak melihat Raja Adib. Hazel yakin lelaki itu pasti semakin segak. Menurut cerita Raja Anis, Raja Adib selalu bertukar pasangan sebelum akhirnya, hati lelaki itu berjaya disambar gadis blonde asal London.
Cuma sebulan yang lalu, beredar cerita tidak baik. Katanya, hubungan Raja Adib dengan gadis blonde itu patah dua. Mungkin Raja Adib balik ke sini demi mengubati hatinya yang lara.
Apa-apa sajalah. Hazel tidak mahu ikut campur. Dengan siapa Raja Adib mahu berhubungan, bukan urusannya untuk menyibuk.
Ruang dapur kosong tanpa kelibat emak. Hazel terus melangkah menghampiri peti sejuk. Tekaknya yang kosong mahu dilegakan dengan segelas air sejuk.
Namun itulah, jus oren Twister lebih menggoda jiwanya. Dia terbongkok-bongkok untuk mencapai kotak minuman tersebut. Entah siapa punya kerja meletakkannya di bahagian bawah?
Kalau emaknya nampak, pasti emak membebel. Maklumlah, datin pantang kalau setiap barang di dalam peti ais itu tidak diletakkan di tempat asalnya. Kalau datin membebel pada emak, kesudahannya emak membebel padanya semula.
Elok dia bangun, bulu roma di tengkuknya naik. Terus sahaja dia berpaling dan terus sahaja dia menemukan sepasang mata berwarna coklat jernih. Tajam. Sangat tajam renungan mata lelaki bermata coklat jernih itu. Entah sejak bila lelaki itu berdiri di situ.
Eyes, those damn eyes fucked me over!
Otaknya mula menggatal tak tentu arah. Waktu mungkin juga telah berhenti berputar. Sepi sekali suasana ketika itu. Lelaki itu hanya merenungnya dan terus merenungnya.
Demi Allah, bibir Hazel kelu untuk bersuara. Demi Allah, kakinya lemah untuk melangkah. Lebih parah, ada peluh renik yang sedang tumbuh disekitar dahinya! Hazel lemas dalam renungan mata lelaki itu.
"Hai."
Sapaan 'hai' lelaki itu seperti ucapan mengajaknya untuk bercinta. Merah-merah kedua-dua belah pipi Hazel. Hangat-hangat kedua-dua belah pipinya.
"Mereka nak minum jus oren." Jari telunjuk lelaki itu sempat menunjuk ke arah ruang tamu. Peliknya, renungannya masih lagi memandang Hazel. Masih lagi mematikan segala waras fikiran Hazel.
"Could you please..."
Belum habis lelaki itu berkata-kata, Hazel telah menghulurkan kotak minuman jus oren Twister yang memang sejak tadi berada di tangannya. Gelasnya yang belum diguna turut dihulurkan. Hazel rasa caranya bergerak seperti robot sahaja.
"Thank you."
Renungan mata lelaki itu yang sejak tadi tajam, perlahan-lahan jadi lembut. Dan oh Tuhan... ada senyuman untuk Hazel. Senyuman yang mengikat erat sukmanya. Hazel rasa dia baru sahaja diajak bermain dengan warna pelangi. Penuh warna pelangi jiwanya.
"Hazel. Nama saya Hazel." Dengan tak malunya Hazel memperkenalkan dirinya sendiri.
"Thank you, Hazel."
Baiklah, Hazel mahu membuat pengakuan. Dia sedang dilamun cinta dengan lelaki bermata coklat jernih ini. Hazel akan tanyakan namanya dan kemudian memulakan misi memikat.
"Sayang, jumpa tak jus oren yang saya minta?"
Hazel tercekik liur sendiri. Dari ruang tamu, muncul seorang perempuan. Cantiknya Masya-Allah, mungkin setanding bidadari syurga.
"Ya, dah jumpa."
Lelaki bermata coklat jernih itu melirik pada perempuan cantik itu sebelum matanya singgah semula pada Hazel.
"Saya senang berkenalan dengan awak, Hazel... tapi my girl dah panggil."
My girl? Hazel rasa dia baru sahaja ditimpa hujan lebat. Dia kuyup ditimpa hujan kecewa. Hatinya patah dua.
"Thank you again. Lain kali baru kita sambung affair kita."
Setelah hatinya patah dua, sekarang jadi berbunga-bunga pula mendengar perkataan affair tersebut.
"Silakan. Tak elok biarkan dia menunggu lama." Senyuman Hazel mekar. Tenang matanya mengekori langkah lelaki itu sehingga hilang.
My girl saja. Bukan my wife.
P R A T E M P A H A N K O M B O
L E L A K I S U D A H D I B U K A ‼️** KOMPLOT 18+ EXTENDED | CETAKAN KETIGA | TAMBAHAN 20 BAB BARU **
U N T U K P E R T A N Y A A N /
T E M P A H A N :
👉 +6 0 1 0 4 4 9 7 8 3 5
YOU ARE READING
KOMPLOT 18+ EXTENDED | Best Seller
Romance"Saya jadi kekasih awak. Dia akan naik cemburu dan awak akan dapat dia semula." "Ini deal sementara saja, kan?" "Ya, sementara saja." Komplot yang dirancang Hazel mudah. Setelah Raja Adib balik semula pada Hazel, komplot tersebut batal. Namun yang m...