BAB 04

2.1K 27 0
                                    

WARNA biru yang menjadi warna asas di dinding kafe itu menyejukkan mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

WARNA biru yang menjadi warna asas di dinding kafe itu menyejukkan mata. Susun atur hiasan dalamannya juga begitu mendamaikan hati yang memandang. Dia suka dengan apa yang matanya nikmati sekarang. Kalau ada pun yang mencacatkan suasana sekarang adalah pekerja kafe yang mengambil pesanannya tadi.

Sekarang pekerja itu kembali semula ke mejanya. Gemalai langkahnya. Hayunan punggungnya begitu ketara. Malah, sudah tiga butang kemejanya dibuka. Padahal tadi sewaktu mula-mula wanita itu mengambil pesanannya, hanya satu sahaja kancing kemeja putih wanita tersebut yang dibuka.

Tanpa sedar keluhannya meletus. Kadang-kadang dia tidak faham kenapa sesetengah perempuan suka merendahkan maruah sendiri.

"Encik nak tambah pesanan?"

Dia memandang wajah wanita itu tepat-tepat. Dia tahu wanita itu sengaja membongkokkan kepalanya. Dia sudah lali menerima layanan yang sebegini. Layanan supaya matanya melihat aset kebanggaan mereka. Mungkin kerana sudah lali, dia sudah tidak teruja. Diganti dengan perasaan jengkel.

"What are you doing?"

Pelayan wanita itu jelas keliru mendengar pertanyaannya. Dahinya berkerut seribu. Pun begitu masih juga sempat membasahkan bibirnya. Masih juga sempat menjadikan suaranya serak-serak basah.

"Serving you, sir?"

"I see. Service tu termasuk awak tayang gunung-ganang awak tu sekali?"

Jari telunjuknya tepat terarah pada bahagian dada pelayan wanita itu. Sudah mahu tersembul keluar. Sudah mahu jatuh bergolek di atas meja.

Merah padam muka pelayan wanita tersebut. Dia nampak marah dan tidak berpuas hati. Dia sudah bangun dan tidak membongkokkan tubuhnya lagi.

"Saya tak nak tambah pesanan. Awak boleh pergi."

Cemberut raut muka pelayan wanita tersebut.

"Oh satu lagi, saya nak staf lain yang serve saya nanti. Saya tak nak awak," luahnya lagi tanpa memandang pelayan wanita tersebut. Jari telunjuknya sudah bergerak-gerak memberi isyarat pada pelayan wanita tersebut supaya beredar.

"That was bitter. No wonder tak ada wanita yang berani dekat dengan awak, Ahadiat."

Tipis senyumannya melihat Raihana. Akhirnya setelah lambat selama hampir tiga puluh minit dari waktu yang dijanjikan, Raihana sampai juga.

"Awak lambat."

"Ya, tapi saya dah beritahu awak yang saya akan lambat."

Kalau dengan Raihana, dia selalu kalah bahas.

"Tadi tu kenapa?"

"She tried to seduce me using her boobs."

Terangkat kedua-dua belah kening Raihana. Sempat merah kedua-dua belah pipi Raihana. Akhirnya, tawa Raihana meletus.

KOMPLOT 18+ EXTENDED | Best SellerWhere stories live. Discover now