Hazel menggigit bibirnya. Dia melangkah menghampiri Tuan Ahadiat. Perbincangan perlu dibuat sebelum kepala lelaki itu mula berfikir untuk memilikinya.
"Tuan tahu kita berdua bukan kenal sangat.”
“Awak nak apa Hazel?”
Ayat mukadimahnya baru keluar, dan Tuan Ahadiat sudah memintanya berterus-terang.
“Saya nak minta maaf sebab malam ni saya tak boleh tidur dengan tuan.”
"Awak period?”
Mahu menipu, bibirnya memilih jujur pula.
“Tak.”
“Then?”
Berkerut-kerut dahi Hazel. Maksud Tuan Ahadiat ini apa?
“Kalau awak bukan period, kenapa tak boleh tidur dengan saya?”
"Saya tak biasa dengan semua ni.”
“Biasakan.”
“Tuan takkan dapat…”
Tuan Ahadiat melirik padanya, mengucar-ngacirkan terus susunan ayat Hazel.
"Kalau saya nak, awak takkan mampu menolak. Takkan awak nak menjerit minta tolong bila saya mulakan kerja mengukur setiap inci tubuh awak. Awak nak satu rumah ni gempar dengan suara urgh argh urgh argh awak?"
Merah padam muka Hazel. Membahang kedua belah pipinya. Hazel rasa dia mahu pengsan. Perasaan geram di dalam hatinya terlalu meluap-luap, sehingga tanpa sedar dia mula menumbuk lengan Tuan Ahadiat sekuat hatinya.
“Tuan jangan macam-macam dengan saya!”
Pergelangan tangannya ditangkap dan dikunci. Puas dia menarik tangannya semula, namun gagal. Dia kalah melawan tenaga lelaki Tuan Ahadiat. Kesudahannya, dia berada dalam dakapan kemas Tuan Ahadiat. Elok sahaja lelaki itu merehatkan dagunya di atas kepala Hazel.
“Siapa yang macam-macam sekarang, hurm?"
P R A T E M P A H A N K O M B O
L E L A K I S U D A H D I B U K A ‼️** KOMPLOT 18+ EXTENDED | CETAKAN KETIGA | TAMBAHAN 20 BAB BARU **
U N T U K P E R T A N Y A A N /
T E M P A H A N :
👉 +6 0 1 0 4 4 9 7 8 3 5
YOU ARE READING
KOMPLOT 18+ EXTENDED | Best Seller
Romansa"Saya jadi kekasih awak. Dia akan naik cemburu dan awak akan dapat dia semula." "Ini deal sementara saja, kan?" "Ya, sementara saja." Komplot yang dirancang Hazel mudah. Setelah Raja Adib balik semula pada Hazel, komplot tersebut batal. Namun yang m...