I Love You

1.6K 9 8
                                    

"Mana  tetamu  saya?"

Penyambut  tetamu  itu  terus  melihatnya.  Begitu juga  Tuan  Ahadiat.  Malah  wanita  cantik  yang  berada  di sisi  lelaki  itu  turut  memandangnya.

"Awak  tunggu  saya  dekat  atas.  Selepas  saya selesai  dengan  dia,  saya  cari  awak.”

Biarpun  jarak  yang  menjadi  pemisah  mungkin 200  meter,  telinga  Hazel  masih  boleh  menangkap  betapa lembutnya  pesanan  Tuan  Ahadiat  kepada  wanita  itu.

"Jangan  lama  sangat.  Takut  rindu."

Mekar  senyuman  Tuan  Ahadiat  mendengar luahan  wanita  tersebut.

"Saya  takkan  lama.  Takkan  sampai  sepuluh minit."

"I  love  you."

Jawapan  balas  Tuan  Ahadiat  adalah  menyentuh pipi  wanita  itu.  Patutlah  Raja  Adib  menyebut  Tuan Ahadiat  kaki  perempuan.  Sudahlah  kaki  perempuan, gatal  pula!  Dasar  lelaki  tua  tak  sedar  diri!

Hazel  telah  meraih  beg  totenya.  Sebelum  Tuan Ahadiat  melangkah  ke  tempatnya  menunggu,  dia  yang terlebih  dahulu  melangkah  ke  arah  pintu  keluar. Kedatangannya  ke  sini  adalah  kesilapan.  Dia  salah apabila  beranggapan  lelaki  tua  dan  gatal  seperti  Tuan Ahadiat  boleh  menolongnya.

Deras  langkah  kaki  Hazel.  Dia  mahu  segera sampai  ke  tempat  dia  meletakkan  kenderaan.  Lagipun cuaca  sangat  terik.  Berpinar  biji  matanya  diterjah teriknya  matahari.

"Hazel." Sayup-sayup  dia  mendengar  namanya  disebut oleh  Tuan  Ahadiat.  Jawapan  balas  Hazel  pastilah melangkah  lebih  laju.

Ketika  dia  begitu  hampir  dengan  keretanya  dan alarm  telah  pun  dinyah  aktif,  lengannya  ditangkap kemas.  Tubuhnya  berpusing  180  darjah  secara  paksa. Nasib  baik  dia  tidak  terjatuh.

Mata  bertentang  mata.  Sekarang  Tuan  Ahadiat meneliti  setiap  inci  raut  mukanya.  Haruslah  Hazel mengaku,  dia  rasa  seperti  sedang  dibogelkan!

"Awak  ke  sini  nak  jumpa  saya.  Kita  belum  pun berjumpa,  awak  dah  nak  balik?"

"Saya  nampak  Tuan  sibuk,  saya  tak  nak ganggu."

"Saya  boleh  luangkan  masa  untuk  awak."

Geli  Hazel  mendengar  susunan  ayat  Tuan Ahadiat.

"Tak  perlu.  Lagi  elok  masa  tu,  Tuan  habiskan sentuh-sentuh  pipi  girlfriend  Tuan  tu.  Mana  tahu  nanti dapat  kumpul  banyak  pahala.  Terus  Tuan  masuk syurga."

Hazel  melihat  lima  garis  halus.  Mungkin  enam garis  halus  di  sekitar  dahi  Tuan  Ahadiat.  Kemudian  tiba-tiba  sahaja  lelaki  itu  ketawa.  Ketawanya  menggerunkan hati  Hazel.  Tawa  lelaki  itu  terdengar  gelap  dan  penuh kejahatan.

"Berani  awak  sindir  saya?"  soal  lelaki  itu  terus setelah  tawanya  berhenti.

Nota Bonda PK :
J U A L A N  S E C A R A  O N L I N E  SAHAJA. U n t u k  m e n e m p a h /
p e r t a n y a a n :
🛒 +6010 449 7835

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 03, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KOMPLOT 18+ EXTENDED | Best SellerWhere stories live. Discover now