Hazel, Kita Putus

3.7K 62 0
                                    

"Adib, awak nak jumpa saya?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Adib, awak nak jumpa saya?"

Raja Adib memberinya senyuman paling indah, paling mekar pernah matanya saksikan. Dia melihat abang Raja Adib ada. Kawan rapat mereka juga ada. Pokoknya, semua yang tahu dia ada hubungan dengan Raja Adib ada di situ.

"Saya nak beritahu awak sesuatu."

Rasanya, Hazel tahu apa yang Raja Adib mahu sampaikan. Walaupun mereka baru lagi bercinta, tetapi isi hati Raja Adib jelas di matanya. Dia tidak kisah berkahwin pada usia 26 tahun. Dia janji, dia akan menjadi isteri terbaik untuk Raja Adib.

"Mulai hari ini, saya tak nak ada hubungan dengan awak lagi."

Hazel hampir melompat menerima khabar tersebut. Raja Adib, akhirnya melamarnya secara tidak rasmi di depan kawan-kawannya. Masya-Allah, Raja Adib melamarnya dengan cara yang sangat romantis.

Tetapi kenapa mereka yang menjadi saksi tidak bersorak untuknya? Kenapa raut muka mereka semua raut muka terkejut? Kenapa mereka semua memberinya sorotan simpati?

Belum terjawab pertanyaan di dalam kepalanya, Raja Ehsan yang terkenal sebagai abang yang penyayang, tiba-tiba sahaja meluru ke arah Raja Adib dan kemudian melepaskan penumbuknya pada rahang Raja Adib. Apa semua ini?

"Hazel, kita putus." Dalam keadaan berbaring dan bibir pecah, Raja Adib menyebut ayat tersebut. Ayat yang membangunkan semua sel-sel di dalam tubuh Hazel. Ayat yang membuat Hazel hampir tersungkur.



KOMPLOT 18+ EXTENDED | Best SellerWhere stories live. Discover now