4

31 19 0
                                    

        "Kau ni..."

Jackson tergelak dengan reaksi mingyu.  Dah hampir  enam bulan mereka di sini. Hampir kenal perangai masing-masing.

Jackson bersuara serius kali ni, "Mana  ahli kumpulan kau. Tak datang sekali ke? Mana dahyun?"

"Ish Minah tu. Spoil mood happy aku. Pepun,  Aku sekadar gabung dengan dorang je. Habis misi aku belah la."

"Yelah, dah berapa  group kau gabung.  Antaranya aku. Dan aku tak lupa kau kenakan kami."

Mingyu gelak tekan perut.

"Yah, kelakar la bila kenang balik. Mati-mati korang ingat aku dah tak bernyawa."

Jackson bertukar air muka mendung.

"Jangan tercedera lagi. Kalau kau betul-betul mati. Kau takkan kembali ke dunia semula."

"Tapi, itukan cuma khabar angin. Namjoon takkan buat dunia game ni jadi tempat kita mati. Game untuk kita enjoy."

"Kalau ya?  Apa kau akan buat?"

Mingyu terdiam.

Suasana jeda seketika.

Daeyeol turut terasa mendungnya,  walaupun dia tak faham apa yang mereka bualkan.

Mingyu berdiri. Dia pergi ke arah kaunter. Papan skrin dibuka. Dia keluarkan duit dari bahagian personal matter.  Ada Coin, map, seutas rantai, juga bahagian senjata ada bom gas dan sebuah contact len pengimbas.

Beberapa yen dihulurkan membayar.

"Banyak kau punya item? Rantai tu dahyun bagi ke?"

"Ish, kau ni!" mingyu pamer riak geram.

Jackson tergelak, "Iam a TT... Im a TT."

Mingyu meletupkan bom gas pada pintu utama jackson.

"Hya!!! Kurang asam betul!"

"Lari daeyeol!"

Berlari lelaki itu keluar. Daeyeol menuruti.

"Lahanat punya member. Ko tunggu  kat stage berikutnya. Aku akan mara segera!" Jackson menjerit penuh  bersemangat. Muka kedai ditatap.

Huwargh!!!

Mingyu bawa daeyeol ke sebuah kawasan yang lenggang dari manusia. Kawasan berumput.

"Aku hantar kau sampai sini saja. Jaga diri!  Ada rezeki kita jumpa di stage pertempuran."

Mingyu aktifkan screen portal dan terlihat di atas option wall 6 petak,  ada butang merah dan kuning. Jari naik ingin menekan butang kuning.

"Teleport time. Butang kuning. Kau akan dapat setelah kau berjaya special stage, beta tester.  Selepas stage 30." mingyu sempat tinggalkan kata-kata selepas menghilang.

"Apa?" terlopong luas mata dia.  Banyaknya stage tu?

Tiba-tiba tanah bergegar. Kepala didongak ke atas. Langit masih cerah.

Sebelah kaki digerakkan ke depan. Dia bersedia apa jua kemungkinan.

Jantung mengepam laju. Dup dap dup dap.

"Hai!" seekor arnab muncul.

Eh?  Comel sekali. Mata dia besar.

Daeyeol membelai bulunya. Tetapi tidak lama sebaik arnab tu bertukar jadi rasaksa. Dia jatuh ke tanah. Terbaring sambil ternganga.

Buwargh!!!  Arnab itu menjerit. Bergegar tanah dengan angin kuat.

"Omma,  help me juseyo!"

Daeyeol cuba melihat sekeliling.  Ada sebuah pokok besar.

Daeyeol menuipkan wisel dari tangannya  mengumpan lalu berlari ke pokok itu. Arnab itu mengejarnya.

Beberapa kali berpusing. Bukan arnab saja pening. Daeyeol sudah berjalan macam orang mabuk. Sebatang kayu yang terletak di tanah, dia ambil ketuk pada kepala arnab tersebut.

Akhirnya arnab itu jatuh dan bertukar menjadi bulatan cahaya. Dalam bulatan itu ada sebilah pedang.

Seperti suara diprogramkan bersuara,

"Black sword, ur skill. Stage one defeat!  Congrats!"

Papan skrin automatik muncul. Daeyeol melihat tiga dari 4 petak bernyala.

Dia dapat coin, pedang,  level 1, dan upgrade pada pakaian.

Wah!

Daeyeol tersenyum.

Tbc..

Vote dan comment amat dialu-alukan.❤️❤️

Virtual WorldWhere stories live. Discover now