Lampu nerve gear terpadam. Daeyeol tanggalkan helmet dari kepala.
Dia shut down komputer. Kaki diatur ke muka pintu lalu tombol pintu dipulas.
Eh?
Terkejut dia melihat wajah ibunya terpampang depan mata.
"Maaf, omma cuma nak periksa kamu dah bangun ke? Kamu online kelas lama ke? Omma tertidur waktu tunggu kamu."
"Omma tunggu? Mian."
Wanita itu menggeleng.
"Kamu pergi sekolah dulu. Omma bergerak ke tempat kerja ya."
"Hati-hati omma!" Terusik hati dia melihat senyuman lebar ibunya sebelum melangkah pergi.
Terima kasih omma!
Daeyeol segera masuk ke dalam bilik. Bersiap lalu bergerak ke sekolah.
Dia duduk di sebuah bangku di taman ketika rehat. Badan bersandar pada kerusi batu. Daeyeol pejamkan mata sambil dongakkan kepala ke atas.
"Hya, kau tengah buat apa tu?"
Daeyeol terkejut melihat wajah seseorang hampir dengan wajahnya.
Cepat-cepat dia betulkan posisi duduk.
"Waktu rehat dah habis. Kau tak nak masuk kelas ke?"
Daeyeol melihat saja gadis itu berlalu pergi. Itu Yoojung. Crush nya. Pipi Daeyeol merona merah.
Setibanya di rumah. Daeyeol isi perut dengan onigiri yang dia beli di kedai tadi. Setelah itu dia selesaikan soalan Algebra Matematik. Di mana ada X disitu ada Why You leave me? Eh, Y la. Siap ulangkaji beberapa latihan dengan formula. Dia mulai bergerak ke katil dan aktifkan nerve gear.
Virtual World,
Kali ini dia berhadapan dengan dua ekor Burung Garuda. Gulp! Dengan Lebah pun dia hampir tewas. Inikan bertarung dengan Garuda pula.
Daeyeol memeriksa status sword skillnya. Masih separuh charge auto. Jika mahu gunakan lagi, dia perlukan sedikit masa lagi.
Daeyeol tanggalkan pedang dari sarung. Hendak tidak hendak, dia perlu menyerang jua.
Kali ini hanya padang pasir yang terbentang luas. Kosong semuanya. Daeyeol hanya berharap pada teknik pedangnya sahaja.
Bwargh!
Sebaik garuda itu melepaskan jeritannya, Daeyeol berlari ke arahnya. Pedangnya naik melibas tubuh Garuda itu di udara. Beberapa kali dilepaskan. Namun dia tersungkur sebaik sayap milik burung itu melibas tubuhnya.
Argh! Daeyeol tersungkur ke tanah.
Seekor Garuda lagi, mara padanya lalu memijak tubuh Daeyeol dengan kakinya.Beberapa kali Daeyeol menahan kesakitan dihentam. Berkerut dahi menahan sakit. Bateri jangka hayat nyawa turun ke tepi setengah. Kali ini dia tidak biarkan kaki rasaksa itu menyentuhnya lagi.
Daeyeol menghunus pedangnya ke depan, menolak pedangnya terus menerus pada kaki burung itu.
Malangnya, seekor pula datang menghentam dari belakang. Kali ni Daeyeol terbaring bersama kesakitan dipijak kaki Garuda yang menekan perutnya. Argh!
BAM!
Satu letupan menghasilkan gas dilepaskan.
Daeyeol lihat seseorang terbang ke udara membelah dengan pedangnya bersama suatu bayang hitam. Di belakangnya terdapat dua sayap besar putih.
Taehyung? Seekor lagi dilibas pedang Jungkook lalu dada Garuda itu dicucuk dengan kuat oleh Jungkook. Garuda itu tumbang. Rakannya pula musnah.
Daeyeol lihat, Jimin, J-hope, Jin dan Dahyun mendekati padanya.
Bwargh!
Jungkook? Garuda itu di belakangnya.
Daeyeol memaksa diri bangun lalu dia hayunkan sebelah kakinya melompat ke udara, pedangnya itu menghasilkan sebuah pancaran kilat bersinar sebelum menghentam Garuda yang diserang Jungkook itu hancur berkecai, menjadi sebuah coin yang banyak.
Daeyeol tidak berjaya mendarat dengan baik. Dia biarkan tubuhnya jatuh terbaring ke lantai.
Buk!
Mata terpejam.
Tbc..
Vote dan comment amat dialu-alukan.
Terima kasih sudi membaca. 💖
YOU ARE READING
Virtual World
FanfictionPada tahun 2025 , suatu eksperimen full dive dijalankan. VRMMORPG Satu program virtual dihasilkan. Para players menggunakan nerve gear untuk masuk ke dalam dunia tersebut. Mereka boleh log in dan keluar bila-bila masa sahaja. Sungguhpun begitu...