Sesuai dengan kemahiran black sword, daeyeol mendapat pakaian serba hitam. Berbaju kot labuh hitam. Di dalam t-shirt putih. Di hujung pinggang terlekap pedang dalam sarung hitam. Seluar tailored hitam, ikut saiz kaki.
Daeyeol bergerak mengikut peta. Maju untuk ke stage berikutnya.
Hari masih panjang.
Beberapa bulatan merah dalam peta dirujuk. Itulah stage pertempuran.
Dari stage 1 kini daeyeol melepasi ke stage 7.
"Nais, semua cabarannya Agak mudah. Masih seekor arnab dan beberapa haiwan lain seperti kucing, keldai dan kura-kura."
Daeyeol mendongak ke langit. Sudah muncul lintasan garis jingga merah.
"Sudah nak malam. Baik aku balik segera ke rumah."
Masa yang diprogramkan sama dengan dunia sebenar membuatkan daeyeol tidak rasa dunia itu terlalu asing.
Butang merah ditekan dari papan skrin.
Log out!
Daeyeol terjaga dari tidur lama. Helmet ditanggalkan.
Bilik yang gelap disimbahi cahaya lampu. Daeyeol aktifkan lampu tidurnya. Tubuh menggeliat kecil. Daeyeol kemudian melangkah ke ruang tamu. Masih gelap! Omma dia belum pulang.
Wajah daeyeol agak mendung.
Dia masuk ke kamar semula mandi dan malam itu hanya makan tiga bungkus roti bun pandan.
Esoknya daeyeol melangkah ke sekolah. Rutin biasa. Menaiki motorsikal berkuasa tinggi dan tiba di hanlim high school.
Masuk ke kelas, dia belajar seperti biasa. Kekal fokus dalam kelas walaupun kadang-kadang dia lari tumpuan jugak.
"Weih, kau masuk ke dunia virtual tu tak hari ni?"
Daeyeol melihat si gerangan bersuara.
Kelihatan dua orang berbual.Jackson dan mingyu?
"Mereka pun sekolah sini?"
Dia melihat dua lelaki itu masuk ke kelas sebelahnya.
"Jadi, dorang budak kelas kedua."
Daeyeol tidak hairan jika dia tidak kenal mereka. Dia memang sentiasa dengan dunianya. Tak ambil tahu sekeliling.
Daeyeol menggalas beg berjalan menuju ke motorsikal untuk pulang ke rumah.
Kerja sekolah bertimbun menanti.
Pulang saja ke rumah, dia bersihkan diri. Setelah itu masuk ke dapur dan masakkan telur petak tebal bersama kimchi instant untuk dimakan bersama nasi.
Habis saja jamahan, daeyeol masuk ke kamar siapkan kerja sekolahnya. Penuh tekun pen bergerak memenuhi garis kosong. Selesai itu dia buat ulangkaji dengan peta minda saja. Letakkan basic dan key words untuk faham.
Seketika foto yang terletak di hadapan menyapa penglihatan.
Dua foto, dia dan ayah ibunya. Satu lagi, gambar dia dan ibu angkatnya. Ada adik lelaki dan perempuan angkat yang tinggal di asrama. Ibu bekerja siang malam tanpa henti. Perasaan rindu menjengah.
Dia mahu hilangkan rasa sepi.
"Virtual world!"
Tiba-tiba dia teringat kata mingyu.
"Tempat ini lebih baik dari dunia sebenar..."
Daeyeol segera aktifkan komputer. Wayar dicucuk pada nerve gear.
Log in.
Username dan kod naik.
Mata dipejam.
Sebaik cahaya dari nerve gear aktif, daeyeol hilang dari dunia nyata.
Dia tiba di kawasan utama. Sebuah dataran luas yang terdapat pentas batu. Ruang itu lenggang.
Daeyeol memeriksa papan skrin. Level 7? Dia mahu menaikkan level nya lagi untuk menjadi beta tester.
Peta dirujuk. Daeyeol bergerak ke sebuah tempat di atas air.
Ugh! Berlawan dalam kapal. Bila-bila masa je kapal akan tumbang.
Kali ni daeyeol berdepan dengan duyung yang cantik bertukar hodoh.
Tidak pula dia terkejut, kerana dah terbiasa alami situasi ini.
Tbc...
Vote dan comment amat dialu-alukan.❤️❤️
YOU ARE READING
Virtual World
أدب الهواةPada tahun 2025 , suatu eksperimen full dive dijalankan. VRMMORPG Satu program virtual dihasilkan. Para players menggunakan nerve gear untuk masuk ke dalam dunia tersebut. Mereka boleh log in dan keluar bila-bila masa sahaja. Sungguhpun begitu...