Mereka terus berjalan dan berjalan sehinggalah mereka melihat ada pencakar langit di hadapan. Daeyeol melihat ke bawah. Jalan berpasir tadi sudah tamat. Disambung ke jalan tar.
Kepala didongak ke atas. Wah! Kagum dia melihat suasana jalan yang seperti dunianya. Kereta tersusun di atas jalan. Orang ramai kelihatan berpusu-pusu tahu arah. Bangunan tinggi dan gah berdiri di mana-mana.
"Macam seoul kan?"
Daeyeol mengangguk.
"Jom kita ke situ."
Daeyeol turuti langkah mingyu memasuki sebuah kafe.
Ding dong! Loceng kafe berbunyi.
Dalam kafe seperti kelam. Eh? Melopong daeyeol melihat seseorang yang seolah dia pernah nampak.
Mata turun ke arah name tag yang tertera pada tepi dada.
"Jackson...?"
Lelaki itu tersengih pada daeyeol. Di dunia sebenar dia menjadi cashier. Di sini pula dia menjadi pemilik sebuah kafe kopi. Semua tugas dia buat. Lagipun tak ramai yang singgah. Hanya ada hari tertentu.
Mingyu melagakan tangan dengan jackson menyapa.
"Aku bawak sorang member. Bakal beta tester."
"Kau yakin ke dia akan jadi beta tester macam kita."
"Kita tengok."
Mingyu memandang daeyeol. "Ini jackson, dia ada skill flying sword. Kalau nak suruh dia terbang di udara. Itulah kepakaran dia. Aku amatur jek."
"Ceh, amataur lagi kalau dah sampai stage 75."
Pergh! Daeyeol kaget.
"Kau tu stage 69. Tak lama sampailah tu!"
Tergelak dua mereka. Sedangkan daeyeol masih blur.
Menyedari daeyeol wujud. Mingyu cuba control cool. Malulah depan player baru.
"Ha, jom duduk. Kau takde coin lagi kan? Aku belanja."
Mingyu menoleh ke arah kaunter lalu menjerit, "Jackson, dua set wafel dan capuccino!"
Jackson kecilkan mata, "Tak ada orang kat sini mingyu. Aku dengar. Kau takyah lah jerit-jerit."
Mingyu sekadar tersengih.
Dia menumpu ke arah daeyeol semula.
"Okay, ada apa-apa soalan kau nak tanya aku?"
"Er, aku..."
"Haih...aku faham kau masih blur. Tak faham apa jadi. Aku nampak dari muka yang kau ni macam tak berapa enjoy kat sini."
Daeyeol tersentak.
Mingyu membuang pandang ke sebelah. Dinding berkaca lut sinar itu menampakkan suasana laut. Wah!
"Aku jugak macam tu memula. Aku tak tahu ni tempat apa. Aku rasa tempat ni mencabar dan pelik. Tapi tempat ni lebih baik dari dunia sebenar. Dekat sini aku dapat jadi apa yang aku nak."
Daeyeol agak tersentuh dengan kata itu.
Mingyu kembali menjadi dirinya pabila, jackson datang menghantar pesanan mereka.
Dua pinggan wafel dan dua cawan diletakkan di atas meja. Masih panas dan bau nya sungguh wangi.
Perut daeyeol tiba-tiba je berbunyi.
"Benda tu boleh makan. Jangan tenung aja. Bau je mana kenyang."
Mingyu mulakan jamahan.
Daeyeol turut makan wafel tersebut. Lembut! Ye, boleh sentuh!
"Lepas ni kita akan tempuhi stage one. Kau perlu dapatkan pedang."
"Stage one? Tapi tadi tu?"
"Ouh ya, tempat berpasir tu? Kau mendarat dekat tempat yang salah. Mungkin sebab kau bakal beta tester jadi dorang nak uji kau mampu ke tak. Tapi...tak kasi pedang. Diaorang ingat tangan kau boleh bertukar jadi bom ke pedang, ke apa."
Daeyeol terkebil dengar bebelan mingyu.
Jackson menyampuk dari kaunter, "Dia bukan macam tu, tapi pas lama kat sini. Dah macam mak aku."
Dasar!
Tbc...
Vote dan comment amat dialu-alukan. ❤️❤️
YOU ARE READING
Virtual World
FanfictionPada tahun 2025 , suatu eksperimen full dive dijalankan. VRMMORPG Satu program virtual dihasilkan. Para players menggunakan nerve gear untuk masuk ke dalam dunia tersebut. Mereka boleh log in dan keluar bila-bila masa sahaja. Sungguhpun begitu...