Pedang ditanggalkan sarung hitamnya. Daeyeol menggerakkan pedang itu ke hadapan dan ke belakang, melibas duyung yang sudah bertukar menjadi rasaksa.
Buwargh!
Jeritan buih yang terhasil buatkan mata daeyeol pedih.
Setelah itu dia dilibas ekor oleh duyung itu.
"Argh!"
Daeyeol rebah ke tanah. Tenaga rasa terhakis. Tiba-tiba naik garis status nyawa daeyeol. Atau juga dikenali bateri jangka hayat. Eh?
Garis hijau menurun ke tepi menjadi setengah.
Daeyeol cuba bangun. Ergh! Siku disentuh. Rasa terseliuh.
Dia fikir, dia tidak akan merasa sakit. Kerana waktu mula-mula jatuh dan tulangnya berbunyi seakan patah tidak memberikan kesan.
Tidak imbang ketika berdiri. Kaki daeyeol bergetar masih terasa sakit. Ditambah kepala berdenyut.
Duyung itu menghasilkan jeritan buihnya lagi. Tetapi kali ini dia menepis semuanya dengan pedang miliknya.
Satu dua tiga buih yang melayang di udara dia tolak ke luar kapal. Jika dipecahkan, ianya akan menghasilkan pemedih mata.
Daeyeol berlari laju ke arah duyung itu lalu naik ke atas ekornya. Leher duyung itu dia sasarkan pedang membilah.
Terbuntang luas raksaksa duyung itu hingga dia terbelah dan pecah menjadi serpihan dan lenyap.
Papan skrin muncul. Suara bergema seperti sebelum ini
"Level 8 defeated. Congrats! Upgrade to level 11. black sword upgrade to Sword skill light flash."
Petak sword skill menyala.
Daeyeol terpegun melihat pedangnya turut bercahaya.
Dia berjalan keluar dari kapal itu. Darat sudah! Air sudah! Sekarang dari udara.
Daeyeol melihat ke bawah.
Wargh! Tingginya! Kalau jatuh memang mati terus. Menara yang tinggi 4 kaki dari aras laut.
Kali ini daeyeol bertemu sekumpulan lebah.
Gulp! Sudahlah dia tiada pertahanan.
Sebaik lebah itu berbunyi mengelilinginya dia menepis dengan pedangnya sekumpulan lebah seperti angin itu.
Buzz.. Buzz.. Bingit bunyinya.
Daeyeol hilang tumpuan seketika.
Dahi daeyeol sempat diserang dua tiga ekor lebar. Argh!
Daeyeol tidak betah! Jika begini, dia akan kalah dan mati. Mati sebab lebah!
Daeyeol hunuskan pedang ke depan. Kemudian dia berlari mengelilingi beberapa kali menara itu. Setelah itu dia berlari melompat ke tingkap menara. Buz.. Buz.. Lebah mengejar dan jatuh ke bawah. Mujur tangan berjaya dipaut pada tebing tingkap menara.
Daeyeol panjat naik ke atas semula.
Huh! Dah selesai. Tetapi kenapa papan skrin tak muncul?
Buzzz!
Terkejut dia melihat sekumpulan lebah tadi datang semula.
Dia bangun.
Daeyeol menghunus pedang nya ke depan. Kali ni dia berlari ke arah mereka. Pedang dilibas ke mereka. Mungkin dia patut menggunakan sword skill light flash itu sekarang.
Hiyah!
Melompat lalu pedang itu menghasilkan pancaran kilat. Lebah-lebah tadi tersungkur ke lantai.
Daeyeol mendarat dengan baik ke bawah. Dalam pose sebelah kaki terlipat dia bangun berdiri.
Muncul paparan skrin. Satu dari 4 petak bernyala. Status level naik ke level 14. Dapat dua kali ganda level naik setiap kali defeat dengan musuh yang susah. Hm...
Daeyeol tersandar duduk ke lantai. Penat! Dan ugh teringat gigitan lebah! Ugh! Aku akan mati ke?
Tiba-tiba naik paparan jangka hayat bateri daeyeol. Dari hijau menurun ke tepi berwarna merah.
Aku? Mati?
"Hya, kau tak apa-apa ke?"
Penglihatan samar. Daeyeol yakin itu wajah yeoja. Tetapi dia sudah tidak larat mahu membuka mata lagi.
Tbc..
Vote dan comment amat dialu-alukan.❤️❤️
YOU ARE READING
Virtual World
FanfictionPada tahun 2025 , suatu eksperimen full dive dijalankan. VRMMORPG Satu program virtual dihasilkan. Para players menggunakan nerve gear untuk masuk ke dalam dunia tersebut. Mereka boleh log in dan keluar bila-bila masa sahaja. Sungguhpun begitu...