10

20 8 3
                                    

         Daeyeol bangun dari baringan dengan wajah terkejut. Mimpi buruk agaknya. Nafas tercungap dan berpeluh.

"Kau okay?"

Terkejut dia Taehyung depan mata.

"Bateri jangka hayat kau hampir warna merah. Mujur kami sempat bagi portion."

Terkejut kali kedua. Jungkook berdiri di hadapannya.

"Tak macam hari tu terus warna merah dan hampir shut down  kalau tak, melayang dah nyawa dia. Walaupun khabar angin. Tak mustahil boleh jadi betul." Seokjin bersuara.

Dahyun turut sertai perbualan mereka, "yelah, dan sekarang dia dah selamat. Oppa selamatkan dia dua kali. Kemudian nak masukkan dia dalam grup kita?  Again? "

Jungkook garu leher yang tidak gatal, "Kalau bukan sebabkan dia selamatkan aku rasanya aku tak ada kat sini sekarang."

"Okay!" Dahyun kecilkan mata.

Jimin dan j- hope peluk bahu Daeyeol sebelah menyebelah.

"Kita satu grup sekarang."

Jimin mengiyakan kata J-hope.

"Cek kau punya portal.  Rasanya duit dah masuk. Setiap peserta akan dapat auto."

Daeyeol turuti kata taehyung.

Papan skrin muncul. Daeyeol terkejut melihat. Banyak coin dia.  Juga level dia sekarang,   level 19."

Wah!

Daeyeol kemudian bersuara, "Aku hargai niat baik korang nak jadikan ahli grup korang. Tapi aku pilih untuk solo sampai aku bersedia."

"Ey, berlagaknya!" Dahyun naik marah.

Jin halang Dahyun mara hendak belasah Daeyeol. Bahu Dahyun dia genggam lembut.

"Kami faham. Terima kasih juga, disebabkan kau kami dah naik level  45. Juga kami dapat banyak coin."

Daeyeol juga ucapkan terima kasih.

Setelah itu mereka bergerak membawa haluan masing-masing.

     



       Daeyeol habiskan hampir sepenuh masanya di sini selepas dia pulang sekolah. Bila 12 malam baru dia pulang.

Dari berjalan jauh hingga melangkah ke kawasan bukit. Malah gua, semua dia redah. Perlahan-lahan level daeyeol bergerak double demi double.

"Sword double kill!"

Pedang milik Daeyeol membelah dua kali tubuh rasaksa bunga itu. Bersama hentaman cahaya.

Huh!  Daeyeol menepis peluh di dahi.

"Sword skill light flash, sword double kill dia memiliki dua skill buat masa sekarang. Bukan itu saja. Banyak sekali coin dia kumpul. Boleh saja dia unlock sebuah rumah dan membelinya. Tetapi Daeyeol mahu menyimpan untuk hal kecemasan.

Daeyeol tiba di sebuah Dataran. Tetapi Dataran itu ada sebuah Istana di sebelah. Serta di tengah Dataran ber tar itu terletak papan skor player yang hampir seribu lebih bermain game ini.

Terkejut dia melihat nama dia tersenarai top 10. Di tangga kesembilan.

Bertambah terkejut dia tiba-tiba bahunya disapa.

"Aku tak salah pilih kau masuk."

"Eh?" Jackson ingat dia rupanya. Tetapi kenapa waktu kali pertama jumpa di sini, dia buat tak kenal.

"Aku tahu kau boleh pergi jauh."

"Yelah, dah kau pilih dia lepastu susahkan aku guide dia."

Mingyu juga muncul.

"Kau pergi mana, dua hari tak muncul?  Kedudukan kau dah jatuh ke tangga keempat."

Mingyu diam.

"Apapun kau dah stage 25. Peluang beta tester cerah. Bergabung dengan kami." daeyeol angguk.

"Aku tetap solo  korang grup je lah sekali."

Mingyu mengatur langkah ingin pergi, namun terhenti saat kepala berdenyut. Mingyu tertunduk. Hujung dahi dicengkam.

Ark!  Dahi berkerut 

"Mingyu kau kenapa?" Jackson hampiri mingyu.

"Aku okay. Jangan risau."

Ark!  Makin sakit bila dia cuba melangkah.

Mingyu log out.

Tbc...

Vote Dan comments amat dialu-alukan. Terima kasih sudi singgah.

Virtual WorldWhere stories live. Discover now