8

21 8 3
                                    

        Mereka yang berada di situ seolah tidak percaya.

Masing-masing menunjukkan riak tidak puas hati.

Taehyung bersuara sama waktu dengan Jungkook bersuara,

"Kau jangan baik sangat hyung."

"Kita tak kenal siapa dia hyung. Ntah dia baik atau jahat. Hyung nak masukkan stranger terus dalam grup kita?"

Biarpun Jimin dan J-hope tak bersuara tetapi mereka menyokong kata itu.

Jin kekal tenang dan tersenyum. Daeyeol pula tiada riak. Dia agak terasa tapi memahami situasi itu.

Dahyun lagakan sudu dan garfu dengan pinggan.  Mereka terdiam memandang gadis itu yang sedang merenung saki baki nasi.

"Korang ganggu Dahyun makan!  Haih!" Dahyun terus bangun meninggalkan situ.

Seokjin kemudian bersuara lembut ke arah mereka, "Dengar, hyung tahu Korang masih marah pada Mingyu yang tinggalkan grup kita tiba-tiba. Korang juga marah dia tolak cinta Dahyun. Tapi jangan layan player lain macam tu."

Taehyung dan Jungkook tertunduk. Jimin dan J-hope saling berpandangan.

Daeyeol pula terus diam. Memandang pinggan yang berisi nasi berkuah kari belum bersentuh.  Jika dia bersuara, takut pula mengeruhkan keadaan.

   


         Seokjin membawa Daeyeol ke biliknya.

Sebelum tinggalkan Daeyeol sempat dia berbual dengannya.

"Jadi, kau player solo? Tak cuba untuk bergabung dengan mana-mana grup?"

Seokjin berada di muka pintu. Tangan naik memulas tombol pintu. Bermain-main dengannya.

Daeyeol geleng. "Aku masih baru kat sini. Dua hari lepas aku baru daftar masuk."

"Ouh, Yeke?  Patutlah kau macam tak tahu apa-apa. Semua orang kenal Mingyu tu siapa. Dia top 10 player kat sini.  Juara bertahan. Semua stage dia lepas. Sendiri. Tanpa bantuan sesiapa. Kecuali jika ada yang ajak bergabung."

"O.... Jadi apa kelebihan bergabung?" Daeyeol mulai menunjukkan minat terhadap kata-kata Seokjin.

"Kalau kau bergabung. Kau akan skip 5 stage dan naik ke level baru."

"Wah, banyaknya."

"Tapi, tak mudah. Sebab dalam level tu kau kena tempuh rasaksa tahap tinggi. Sebab tu lah banyak kelebihan. Melainkan kau ada sword skill hebat untuk defeat semua musuh yang ada."

Daeyeol angguk berkali-kali tanpa sedar.  Mindanya sudah hilang modal untuk berkata-kata.

"Dahlah, kau rehatlah. Jumpa esok."

Daeyeol mengangguk. Tubuh dibaringkan. Kali pertama dia bermalam di Dunia Virtual.  Rasa seperti janggal pula.

Sudah beberapa kali berpusing. Tapi dia masih tak boleh lelapkan mata.  Daeyeol bangun dengan keluhan. Aih!

Screen portal diaktifkan. Daeyeol memeriksa kotak pertama,  personal matter. Level 14.  Skill,  Sword skill light flash.  Dia berharap dapat terpilih sebagai beta tester. Teringin juga dia rasa apakah kelebihannya. Tanpa sedar, mata tertutup perlahan. Daeyeol tidur.

   

             "Kau dah nak pergi?" Seokjin menegur Daeyeol yang sudah segak dengan pakaian miliknya. Serba hitam.

"Sarapan dulu." pelawa jin.

"Terima kasih. Tapi aku kena pergi. Omma aku mesti risau aku tak balik semalam."

"Anak mak..." dahyun memerli. Yang lain hanya diam saja menjamah makanan.

"Ya, Hati-hati semasa perjalanan."

"Baik! Terima kasih banyak-banyak."

Daeyeol menunduk.

Dia mula berlalu pergi. Daeyeol mengatur langkah berjalan, kepala di ditoleh ke belakang semasa di luar. Besar sungguh rumah agam itu!  Mana mereka dapat duit beli?

Banyak lagi yang aku kena teroka dalam dunia ini.

Daeyeol buka papan skrin.

Butang merah ditekan.

Tbc...

Vote dan comment amat dialu-alukan.

Terima kasih sudi singgah. 💖💖

Virtual WorldWhere stories live. Discover now