"Kau?"
Daeyeol melihat figura yang bertutup kepala dengan sweater maroon.
"Aku jugak bakal beta tester. Jom gabung!"
Daeyeol menghunus pedang ke depan. Menerima baik ajakan dia.
"Hiyah!"
Figura itu berlari laju ke arah naga tadi. Lalu cuba membelah leher naga itu. Bertalu-talu. Diikuti Daeyeol dari belakang. Namun, Daeyeol terjatuh dilibas ekor naga itu.
Daeyeol bangun. Ergh! Tak boleh jadi.
Figura tadi terus berlari lagi dari melekap kaki ke dinding, lalu dia lompat ke udara. Hiyah...!
Tika itu sarung kepalanya terbuka lalu mendedahkan rambut panjang miliknya.
Mata Daeyeol melopong.
Eh?
"Argh!"
Figura tadi jatuh dihentam hembusan api dari bibir naga tadi.
Tersungkur dia ke lantai.
Mujur dia sempat tepis dengan pedang. Jika tidak, mau hangus.
Gelombang apinya menyebabkan figura itu tidak dapat kawal.
Daeyeol bangun, dia berlari laju ke arah naga itu. Langkah diatur sepantas kilat lalu dia berlari melibas dadanya. Bateri jangka hayat nya bertukar ke warna merah.
Figura tadi perasan akan tanduk naga yang bergerak.
Mungkinkah itu? Tanduk itu yang menyerap kuasa.
Figura itu menjerit ke arahnya, "Hapuskan tanduk dia!"
Daeyeol melihat ke arah tanduk itu.
"Cepat sebelum bateri dia menjadi tiga garis!" Jeritan figura itu bergema lagi.
"Hiyah!"
Dengan sepenuh kudrat dan semangat, Daeyeol hayunkan pedang itu memotong kedua tanduk naga itu.
Jeritan nyaring bergema sebelum naga tadi hancur berkecai lalu menjadi serpihan.
Daeyeol terduduk di atas lantai.
Figura tadi sudah terbaring di atas lantai dimensi biru itu.
"Dah selesai!" Kelihatan dia hampir menangis.
Daeyeol melihat ke arahnya. Dia rasa malu pula tika itu.
Papan skrin muncul pada mereka berdua. Suara yang diprogramkan keluar, congrats special beta tester enemy defeat. Next level 31. Power upgrade.
Kedua mereka dihadiahkan suatu skill. Pedang mereka berdua bernyala.
Level 30. Beta tester unlock. Skill upgrade. Profesional skill sword.
Figura tadi turut muncul papan skrin padanya. Level 30. Beta tester unlock. Skill upgrade. Double triple lighting sword.
Kemudian muncul dua tiga botol portion masuk ke dalam personal matter mereka.
"Eh? Bukan dia kata portion ni kena beli?" Daeyeol teringat wajah Seokjin.
"Pemula beta tester akan dapat percuma. Pertempuran seterusnya akan lebih susah dan mencabar."
Daeyeol masih diam. Sebenarnya dia malu hendak bersuara depan crush dia.
"Seronok dapat grup dengan kau. Atas jasa kau dapat jugak aku jadi ahli beta tester. Jumpa lagi!"
Daeyeol kekal diam.
Ekor mata menghantar gadis itu pergi.
Selamat tinggal Yoojung!
Daeyeol turut membawa diri pergi. Dimensi biru tadi hilang dengan sendirinya mengembalikan Daeyeol ke tempat asal.
Dia berada di hutan. Tempat dia dan Jackson berlawan sebelum dia masuk ke dimensi biru.
Daeyeol buka papan skrin. Dia tersenyum. Benar, ada butang kuning di sebelah butang merah. Daeyeol teleport ke dataran. Hebatlah benda ni! Dia kagum sejenak.
Kelihatan riuh di situ. Terjenguk-jenguk leher Daeyeol.
Ada apa tu?
"Wah! Hebatnya."
"Skor berubah."
"Ye, ketara pulak tu kali ni."
Yang lain mengangguk.
Daeyeol melihat ke papan tanda skor setelah semua player bergerak pergi.
Wah! Dari tempat kesembilan kini, Daeyeol ketiga. Tempat pertama pula Jackson. Nama Mingyu cuba dicari. Eh? Mingyu berada di tangga kelapan. Jackson stage 75. Mingyu pula 80.
Tbc..
Vote Dan comment amat dialu-alukan. Terima kasih sudi singgah.
YOU ARE READING
Virtual World
FanfictionPada tahun 2025 , suatu eksperimen full dive dijalankan. VRMMORPG Satu program virtual dihasilkan. Para players menggunakan nerve gear untuk masuk ke dalam dunia tersebut. Mereka boleh log in dan keluar bila-bila masa sahaja. Sungguhpun begitu...