" good morning sunbae! " tegur nam jinho, junior yang baru masuk kerja di bidang ini dan memilih hanbin sebagai 'sunbaenim' nya
" morning " balas hanbin sambil meletakkan beberapa buah file di atas mejanya.
" sunbae nak kopi ke? saya belikan? " pelawa jinho, sejak jinho masuk ke dalam office, dia sering membantu staff lain membeli air, budak baru kan?
" nope thanks. " balas hanbin ringkas, matanya fokus ke arah file yang dipenuhi dengan kes kes yang belum diselesaikan itu.
jinhoo mengangguk faham dan menyambung tugasnya. suasana di dalam office itu sepi, semua fokus dengan kerja masing masing, hanya jinho sahaja yang sibuk bermain permainan video di komputernya, tugasnya tergendala kerana permainan video ini.
hanbin memandang jinho dengan tajam, walaupun dia tidak nampak apa yang jinho sedang buat kerana mereka duduk berhadapan sesama sendiri, tetapi hanbin masih dengar bunyi tembakan pistol dari dalam komputer itu.
" jinho " panggil hanbin tegas
jinho terus sahaja menutup permainan video itu dan menjengah hanbin di hadapan.
" mianhae sunbae " kata jinho
+.*
minhee memulakan paginya dengan berjogging selama beberapa km dan pulang ke rumahnya untuk mandi dan menyalin pakaian. kemudian gadis itu ke kafe berdekatan untuk membeli kopi dan roti sebagai sarapan.
selepas itu minhee pulang ke rumahnya dan selama satu jam setengah minhee practice yoga untuk menjaga bentuk badannya. selesai work out, minhee mandi dan makan sarapan yang dibeli di kafe tadi sementara menonton television.
" mangsa kelapan pada minggu kelapan ditemui di tebing sungai di sebuah perkampungan di anyang. mangsa ini dipercayai sudah mati 2 hari sebelum ditemukan, dan kepalanya tiada pada badannya. rakyat korea terutamanya kaum wanita dinasihatkan untuk duduk dirumah dan jangan keluar tanpa peneman. "
meremang bulu roma minhee mendengar berita itu. jujur dia memang takut dengan keadaan sekarang tetapi dia pasti benda begini tidak akan terjadi kepadanya kerana dia tidaklah pulang terlalu lewat dari studio dan ketika dia pulang ke rumah, masih ramai lagi manusia berkeliaran.
drrt drrt
minhee menangkat panggilan daripada tunangnya itu, belum sempat ingin mengungkap "hello" tunangnya sudah menerjahnya terlebih dahulu.
" tengok berita tak? dengar tak wartawan kata apa? tahu tak macam mana keadaan mangsa? " soal hanbin
" ya saya dengar. jelas " balas minhee, dengan malas
" dah tu tak takut lagi? " soal hanbin
" tentula takut sayang, saya dah awalkan class so student balik tengah hari. so malam saya stay rumah " jelas minhee
" good to hear that. saya bukan apa tapi— "
" yea yea i know awak risaukan saya,student saya,adik awak,mak awak, dan semua wanita di korea ni. " potong minhee, dia tahu sangat apa yang hanbin nak cakap.
" hehehe i love you " kata hanbin dan mematikan panggilan.
minhee mengerutkan dahinya, end call macam tu je? takguna kim hanbin! nasib sayang.
+.*
detektif park memasuki office itu dengan muka merah, barangkali bengang kerana sudah 8minggu, tetapi pembunuh bersiri masih tidak dapat ditangkap.
pembunuh bersiri ini hanya membunuh satu mangsa di dalam satu minggu, kesemua mangsa yang dibunuhnya dibiarkan di merata tempat dan mayat yang terbaring tiada kepala. dan disebelah mayat dia meletakkan mini axe g10, ini membuktikan bahawa mungkin dia membunh menggunakan kapak. selain itu, mangsanya adalah perempuan yang umur dalam lingkuan 20-30s. itu sahaja pemerhatian yang dapat dikumpul selama 8minggu ini.
" sial ! " ketua park membaling file itu ke lantai dan mengurut kepalanya yang sakit itu.
sudah beribu ribu siasatan dibuat namun pembunuh bersiri masih lagi tidak dapat ditangkap. kesemua staff hanya diam tidak berani bersuara nanti ditengking sia sia sahaja.
" sunbae " panggil jinho dalam keadaan berbisik
" mwo? " balas hanbin matanya masih di file
" sunbae tengok tak gambar mayat kelapan tu? " soal jinho
hanbin menggeleng sebagai jawapan.
" tak mampu nak tengok " kata hanbin
" seram betul sunbae mayat mayat ni. gila betul pembunuh tu " kata jinho
" entah apa yang jadi kat otak dia sampai sanggup buat macamni " kata hanbin pula
jinho mengangkat bahunya dan menyambung ker—bukan kerja tetapi sambung buat kerja lain.
YOU ARE READING
a week / k.hanbin
Krótkie Opowiadania[✓] kim hanbin's crime story seminggu sahaja peluang yang diberikan untuk menyelamatkan tunang yang diculik oleh pembunuh bersiri yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. highest ranking; #1 in ikonic #3 in kim hanbin #1 in kim jiwon #9 in donghyuk ...