09 [ day 4 | height ]

29 5 0
                                    

day 4 before sunday

jam menunjukkan pukul 12:30, bermaksud waktu rehat telah bermula, office hampir kosong kerana staff staff turun kebawah untuk membeli makanan tengah hari mereka, tetapi tidak untuk hanbin dan jinho. mereka memandu ke alamat kedai hardware yang donghyuk sediakan malam semalam.

selepas minwoo memberitahu di mana kedai hardware yang dia kunjungi, donghyuk menuliskan alamatnya dan hanbin mengajak jinho untuk mengikutnya.

dalam 20 minit juga perjalanan mereka, kedai itu tidak jauh dari ibu pejabat. hanbin memakirkan keretanya betul betul di hadapan kedai hardware itu.

hanbin dan jinho memasuki kedai itu, dan tidak pelik kerana tiada pelanggan di kedai itu, kerana jarang orang pergi ke kedai hardware pada waktu petang tambahan pula ini hari bekerja.

" ya encik cari apa " sapa cashier kedai itu m

hanbin mengeluarkan id polisnya dan menyuruh jinho mencari kapak jenis g10.

" nah sunbae " jinho meletakkan kapak g10 itu di atas meja cashier itu

" ada tak seseorang yang berpakaian turtleneck membeli kapak ni dengan jumlah yang banyak? " soal hanbin

cashier itu cuba mengingati semula tentang pelanggan yang datang ke kedainya.

" dalam shift saya, tiada siapa yang membeli kapak dengan jumlah yang banyak, tapi kalau encik nak check cctv boleh je " kata pekerja itu

dan hanbin setuju

...

" boleh check dalam minggu kedua bulan april " kata hanbin, kata sunwoo dia menjumpai lelaki turtleneck itu pada awal bulan 4.

" baik " pekerja itu pun mencari rakaman cctv pada bulan april di komputernya itu.

" tuan boleh check one by one kat sini " kata pekerja itu.

hanbin pun memulakan misi mencari rakaman itu, hari isnin, selasa,rabu,dan khamis masih tiada lelaki turtleneck itu, hanbin menekan pada hari sabtu dan yeah! dia menjumpai lelaki itu sedang berdiri disebelah sunwoo dengan kapak g10 yang agak banyak. sunwoo bercakap benar.

hanbin memberhentikan video itu dan dia menyuruh jinho untuk memasukkan video itu kedalam usb, senang untuk dia periksa nanti.

+.*

" memang dia tutup muka dia " kata donghyuk setelah dia melihat rakaman cctv itu

" tapikan, pelik jugakkan sebab suspek tu dia tak bagitahu pihak polis perkara sebenar, dia bagitahu sunbae je " kata jinho

hanbin sedar tentang perkara ni, kenapa ketua park tak dapat apa-apa petunjuk tentang si pembunuh tu? kenapa bila dia siasat semudah abc dia mendapat maklumat? pembunuh tu memang menunggu dia untuk masuk ke dalam gelanggang permainan dia ke?

" aku pun perasan, tapi takpela biar je " kata hanbin, dia taknak berkongsi maklumat ni kepada jinho atau donghyuk. too risky, biarlah benda ni menjadi teka teki buatnya sendiri.

" tapi hyung, cctv belah pintu ni tinggi dia macam dalam 5'7 macamtu " kata donghyuk

" yakinnya " kata jinho pula

" tentula yakin, sebab dalam video ni nampak sangat dia ni lagi rendah dari hanbin hyung dan tinggi dia macam aku je " balas donghyuk

" 5'7? 170cm la kan? " soal hanbin

" yup " balas donghyuk dan jinho serentak

hanbin mengeluarkan flipout notepad nya dan mencatat tinggi si pembunuh itu.

+.*

malam menjelma, bilik itu tersangatla gelap kerana tiada lampu dipasang, dan di dalam kegelapan itu, minhee cuba untuk melepaskan dirinya dari gari ini.

" auchhh " minhee mengaduh kesakitan kerana lukanya yang masih belum sembuh dan tenaganya juga tidak cukup kuat. dia tidak makan apa-apa sejak pagi tadi. semalam dia dipaksa makan oleh lelaki itu.

bunyi tapak kaki kian mendekat, minhee tahu siapa 'pelawatnya' tetapi dia masih cuba untuk melepaskan diri

klik

bunyi suis ditekan, lampu yang berada di siling menyala tetapi malap. lelaki itu tersenyum disebalik turtle necknya itu.

" oh princess, masih cuba untuk lepaskan diri? " soalnya sinis

minhee tidak membalas, masih cuba sedaya upaya untuk melepaskan diri

" memang sebijik dengan hanbin, dia pun jenis yang apa yang dia nak dia pasti dapat " kata lelaki itu

" stop talking bullshit, bagitahu aku siapa kau sebenarnya! " kata minhee

" well not that easy, kalau bagitahu sekarang takde suprise la kan? "

minhee akhirnya mengalah, dia tidak tahan dengan kesakitan di perut dan ditangannya ini. air matanya mengalir untuk kali yang keberapa pun dia tidak pasti

" princess doesn't cry " katanya

" apa kau nak dari hanbin? atau aku? aku pasti kami kenal kau.. perfume kau, bau dia familliar sangat " kata minhee

" oh perfume ni? tak sangka kau perasan, well good job. "

mereka berdua diam selepas itu.

" lapar? " soal lelaki itu

minhee tidak membalas

" aku tanya, lapar ke? " soalnya lagi

minhee masih lagi mendiamkan diri

" fucking hell " dia mencarut secara perlahan lalu mengeluarkan hammer dari tool box yang berada tidak jauh dari katil side rail minhee itu

dengan tenaga lelakinya, lelaki itu mengetuk kuat lutut minhee

" arghh " minhee menjerit, air matanya berderai laju

" aku taksuka ulang soalan yang sama " katanya lalu mengetuk lutut minhee ditempat yang sama

minhee menjerit kesakitan, merayu supaya lelaki itu berhenti

lelaki itu tersenyum sinis dan mengetuk sekali lagi lutut minhee

" ini pengajaran buat kau. tunggu sini, aku bawakkan makanan untuk kau. " katanya lalu mencampakkan hammer itu ke lantai

sebelum keluar lelaki itu memandang minhee

" remember seo minhee, i treat you very nice becausei respect hanbin. " katanya dan keluar dari bilik itu.

minhee hanya menangis, lututnya terlalu sakit dan kebas.

+.*

a week / k.hanbinWhere stories live. Discover now