05 [ tenth ? ]

38 6 0
                                    

bunyi siren polis memecahkan sunyi. hanbin masih lagi terkaku, bouquet bunga itu masih di lantai, air mata lelakinya jatuh ke pipi.

dia berada di dalam bilik tunangnya. bilik minhee bersepah dan katilnya dipenuhi darah. hanbin takdapat berfikir apa-apa kerana dia terkejut. semuanya berlaku dengan pantas

...

hanbin ingin membuat kejutan untuk tunangnya kerana hanbin sedar bahawa dia memang sibuk semenjak dua menjak ni, jadi dia membeli bouquet bunga dan memandu ke rumah minhee.

password rumah ditekan, hanbin terkisma kerana ruang tamu minhee bersepah. sangat bersepah handphonenya juga retak. hanbin mula rasa tidak sedap hati dan terus menuju ke bilik minhee, jantungnya seakan berhenti apabila melihat katil minhee dibasahi darah.

dengan pantas, hanbin menelefon polis dan ketua park kerana dia jumpa axe g10 di hujung katil minhee.

+.*

jinho memberikan hanbin sebotol air mineral dan menenangkan sunbaenya itu. dia faham, betapa terkejutnya hanbin dengan situasi sekarang.

" kalau aku cepat sikit tadi, mesti perkara ni takkan terjadi kan? " soal hanbin

" kalau aku tak sibuk dengan kes bodoh ni mesti aku dapat selamatkan dia.. kan? "

" sunbae, sudahlah tu. benda nak jadi " pujuk jinho

" kenapa mesti dia jinho? kenapa dia!!? " hanbin menjerit dan kemudian dia menundukkan mukanya, dia tidak mahu jinho melihat dia menangis.

" hyung " panggil donghyuk, dia tidak bertugas malam ni, dia datang untuk menenangkan hanbin.

" i hate myself " kata hanbin

" no hyung, hyung kita pasti dapat selamatkan minhee nuna! " donghyuk memberi semangat

" betul tu sunbae. saya pasti dia akan ditangkap " kini jinho pula yang memberi semangat

tetapi semangat mereka bagai masuk ke telinga kanan, keluar telinga kiri. dia tidak mahu berfikir apa apa selain minhee.

hanbin melihat ketua park yang keluar dari bilik minhee itu, terus menahan lengannya.

" saya dah cakap, nanti saya akan inform– "

" benarkan saya masuk dalam kes ni " kata hanbin

+.*

minhee secara perlahan-lahan membuka matanya, badannya terasa lemah. perutnya juga sakit. dengan perlahan dia bangun dari pembaringannya dan otaknya terus mengimbas kembali tentang kejadian tadi

dengan panik, minhee ingin turun dari katil itu, tetapi gagal kerana tangan dan kakinya digari pada side rail katil itu.

" kenapa.. ni? " soal minhee dia cuba untuk bergerak tetapi gagal kerana luka di perutnya masih baru.

" hanbin... " panggil minhee lemah

+.*

" tak boleh! " tegas ketua park bersuara

" saya akan cuba yang terbai– "

" bukan masalah itu, tetapi jangan disebabkan tunang awak ditangkap, awak membuat keputusan yang terburu-buru. saya taknak awak kecewa " kata ketua park

" saya takkan kecewa kalau ketua bagi saya kebenaran untuk masuk team ni! " tegas hanbin

" sunbae, sudah sudah la tu, jangan macam ni " pujuk jinho, dia risau jika hanbin ni overwork, dia pula yang sakit. bukan tak kenal hanbin ni macam mana.

" hanbin, mana pergi disiplin awak! "

" masukkan saya dalam team ni! "

kedua duanya menjerit membuatkan staff disitu memandang mereka, donghyuk pula mengeluh. dia tahu dia tak dapat menahan hanbin kerana apa yang hanbin nak, dia akan usaha kan sehingga dia berjaya

" sunbae, bertenanglah "

ketua park tidak berkata apa-apa dan keluar dari rumah minhee, menuju ke officenya. hanbin pula meraup mukanya. keluhan berat dilepaskan.

dia buntu. tetapi dia harus bertindak demi keselamatan minhee kan?

+.*

a week / k.hanbinWhere stories live. Discover now