day 5 before sunday
pagi itu, pagi yang suram sekali buat hanbin, biasanya dia akan mendapat mesej 'selamat pagi' daripada minhee, tetapi tidak untuk harini. tiada apa pun dapat menceriakan paginya.
hanbin masuk ke dalam office dan memulakan kerjanya, dia perasan ada kopi di atas mejanya dengan nota 'hyung cheer up!' hanbin tersenyum sikit, dia tahu si jinho tu je yang sanggup beratur untuk membeli kopi. dia bersyukur mendapat kawan seperti jinho walaupun kadang-kadang hanbin berkasar dengannya.
walaupun tiada semangat, hanbin tetap meneruskan kerjanya untuk menyiasat latar belakang pembunuh itu. hanbin mengerling ke arah office ketua park, nampaknya dia masih tak masuk lagi.
" sunbae! " jinho memanggil hanbin yang fokus membuat kerjanya itu
" wae? " balas hanbin dengan nada yang malas
" saya dapat lagu clue pasal pembunuh tu " kata jinho dengan perlahan, yela tiada siapa tahu hanbin dan jinho menyiasat tentang perkara ini
" apa! apa kau dapat? " soal hanbin
" mangsa kesembilan tu sebelum dia mati, dia berkemungkinan besar berpaut kepada si pembunuh tu, jadi pembunuh tu mematahkan tangannya dan mengelarkan tangan si mangsa, tetapi mangsa masih lagi bertahan dan berpaut kepada si pembunuh. "
" jadi apa cluenya??? "
" someone yang jumpa dia kata bau scent strawberry kuat mungkin dari bau si pembunuh tu yela mangsa kan berpaut kat si pembunuh tu "
" macam mana boleh bau strawberry? kalau mayat dia baru dibunuh dan dibuang, bukan ke sepatutnya bau darah je? " soal hanbin, masih lagi keliru.
" itu yang saya pelik jugak, saya sempat dengar ni je.. " kata jinho dan membuat kerjanya.
hanbin hanya termenung, memikirkan tentang klu yang baru sahaja diterima daripada jinho. dia meragui dengan klu itu, mungkin juga si pembunuh ingin bermain dengan pihak polis? dia menyembur minyak wangi kepada mayat itu. tetapi kenapa? selama 9minggu ni pihak polis takdapat menjumpai sebarang klu pun tentang si pembunuh ni. dan bila minhee diculik, dia mendapat dua klu dalam dua hari–
" uk 9, scent strawberry " kata hanbin lalu mencatatkannya ke dalam flipout notepadnya itu, masih lagi berfikir tentang 'permainan' penjahat itu.
+.*
donghyuk meletakkan tape recorder dibawah meja di bilik soal siasat itu. tidak banyak benda yang berada di dalam bilik itu melainkan cctv,meja,kerusi dan one-way mirror.
hanbin masuk ke dalam bilik itu dan membaca sedikit latar belakang tentang salah seorang suspek di dalam kes ini.
" thanks donghyuk " kata hanbin
hanya mereka berdua sahaja yang datang, si jinho tu biarkan di office siapkan kerja dulu!
beberapa minit menunggu, akhirnya suspek pertama iaitu min sunwoo. sunwoo duduk di kerusi yang disediakan, selepas polis membuka gari ditangannya, dia menghentak meja
" lepaskan aku! aku takbuat semua ni! " katanya
" kalau encik bekerjasama dan jawab soalan saya 70% peluang untuk encik dilepaskan " kata hanbin tenang
" lagi 30%? "
" mati di tali gantung "
sunwoo mengeluh kasar " arraseo, apa soalan dia? "
hanbin menutup file sunwoo dan memandang tepat ke matanya.
" kenapa encik beli kapak jenis g10 dengan jumlah yang banyak? " soal hanbin
" aku dah bagitahu– "
" encik takbagitahu saya dan saya taktahu lagi "
" ugh, aku beli sebab– sebab aku tinggal di kawasan dekat dengan hutan jadi aku nak belah kayu api, untuk bagi orang orang kat sana " balas sunwoo
hanbin masih lagi melihat ke dalam matanya, ingin memastikan bahawa sunwoo ini menipu atau tidak.
" tolong jangan tipu kami encik. " kata hanbin
" buat apa nak tipu? aku nak keluar dari sinilah! " jeritnya
hanbin menghentak meja dengan kuat, dia bangun dari duduknya dan mencengkam kolar sunwoo
donghyuk yang berada di luar pula, menahan pihak polis untuk masuk, dia kenal dengan hanbin, hanbin tidak akan mencederakan suspek.
" kalau kau nak tahu, nyawa mangsa minggu ni ada kat tangan kau, sama ada kau bagitahu aku perkara yang sebenar atau kau akan mati di tali gantung, tell me berapa banyak lagi konco kau kat luar sana" kata hanbin, sudah tidak lagi menggunakan ayat formal.
" aku takde geng! aku yang beli semua tu sorang-sorang! lagipun ada je orang lain yang beli kapak jenis macamtu selain aku! " kata sunwoo apabila dia melihat mata hanbin merah, dan tatapannya agak menakutkan.
secara perlahan, hanbin melepaskan cengkamannya dari kolar baju sunwoo. dia duduk dan membetulkan bajunya.
" sumpah aku kata, aku tak kenal dia! tapi dia berpakaian turtleneck and dia tutup half muka dia guna baju tu. aku tahu sebab dia pernah beli kapak jenis macamtu dengan jumlah yang banyak, lagi banyak dari aku. " kata sunwoo
pihak polis yang berada di dalam sedikit terkejut, kerana sunwoo akhirnya membuka mulut.
+.*
" seo minhee " panggil lelaki itu dengan nada yang lembut
minhee yang termenung itu sedikit terkejut, dia memandang ke arah lelaki itu dan menjelingnya.
lelaki itu tertawa kecil
" hm nothing to do ya princess " kata lelaki itu lalu menarik kerusi dan duduk di atasnya
" stop calling me that you bitch " kata minhee
" oh wow, bitch? kau patut bersyukur, aku belum apa-apa kan kau. you know what? story telling! mangsa mangsa sebelum ni, mereka dah ada banyak kesan lebam kat badan dan muka dorang, sebab apa? sebab aku nak ajar dorang supaya behave. tapi kau, kau special minhee, hanbin baik sangat dengan aku. sadly, aku terpaksa balas jasa dia dengan pinjam kau " kata lelaki itu.
minhee tidak berkata apa-apa, dia memandang tepat ke anak mata lelaki itu, agak lama
" siapa kau sebenarnya? " soal minhee
lelaki itu tergelak dan dia mengeluarkan pocket knife dan secara perlahan mengelar lengan minhee
" argh "
" how dare you, we met before " kata lelaki itu lalu mendalamkan lagi pisau itu ke lengan minhee
+.*
YOU ARE READING
a week / k.hanbin
Short Story[✓] kim hanbin's crime story seminggu sahaja peluang yang diberikan untuk menyelamatkan tunang yang diculik oleh pembunuh bersiri yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. highest ranking; #1 in ikonic #3 in kim hanbin #1 in kim jiwon #9 in donghyuk ...