06 [ fuck up ]

40 5 0
                                    

" donghyuk, datang rumah aku. and pastikan kau bawak segala maklumat yang kau tahu tentang pembunuh takguna tu " kata hanbin, tanpa menunggu balasan donghyuk, hanbin mematikan panggilan.

dia berada di apartmentnya sekarang. sejak semalam dia tidak dapat tidur, bagaimana kalau minhee sedang diseksa? pasti minhee sedang ketakutkan, memanggil nama hanbin untuk menolongnya.

semakin hanbin berfikir tentang ini, semakin membuak buak perasaannya untuk menangkap si pembunuh yang menghilangkan sembilan nyawa yang tidak bersalah itu.

sementara menunggu, hanbin memeriksa file tentang kesemua mangsa lelaki ini. nasib baik jinho okay untuk mengambil file ni pada ahad pagi.

+.*

" bro " donghyuk menegur hanbin yang kelihatan tak terurus itu.

hanbin tidak membalas, dia menatap foto minhee yang sedang tersenyum itu, mesti dia tengah menangis kan sekarang..?

" hanbin hyung " panggil donghyuk

" hm? "

" aku tahu hyung tengah fuck up sekarang, tapi tolonglah come to your sense hyung! you need to wake up for fight this serial killer! " kata donghyuk

hanbin tidak membalas, masih memandang foto minhee itu.

donghyuk mengeluh, dia mengambil foto minhee dan menggantikan foto itu dengan beberapa helai kertas.

" yah! " marah hanbin, dia cuba untuk mengambil foto itu semula tetapi gagal.

" hyung, sekarang ni takde masa untuk bersedih. kita takbanyak masa. hyung pun tahu macam mana dia bertindak kan? "

" yeah i know " balas hanbin lalu mengambil kertas itu.

" okay, bedasarkan source dari team aku, 70% kemungkinan si pembunuh ni lelaki " kata donghyuk

" sebab, kalau hyung tengok gambar mangsa, mereka dipukul dan diseksa, dan kesan luka, lebam semua ini kita boleh tahu si mangsa takboleh lawan, dan tentula lelaki. " jelas donghyuk

hanbin diam, dia perlu fokus untuk mengumpul maklumat tentang kes ini.

" obviously si pembunuh ni seksa si mangsa sebelum membunuhnya. dan bedasarkan daripada pihak hospital, tiada seksaan yang seksual atau si pembunuh ini 'menyentuh' si mangsa. " kata donghyuk

hanbin menangguk faham.

" so hyung tahu dah siapa suspek dia? " soal donghyuk

" tak. aku tak ambil tahu sebab ni bukan kes aku " kata hanbin

" okay kalau macam tu " donghyuk mengeluarkan lagi beberapa keping kertas dari bag galasnya

" suspek pertama min sunwoo, 32 tahun. suspek dipercayai membeli kapak g10 yang sering dilihat pada mayat mangsa dengan jumlah yang banyak

suspek kedua, kim woojoo, 32 tahun. suspek menjumpai mangsa ketiga tetapi badannya dibasahi darah mangsa. dan kedua-dua suspek mempunyai kaitan kerana mereka adalah keluarga. " terang donghyuk

" lagi? "

" suspek ketiga hong taesung, 29. keluarga dan kawan rapat suspek mengatakan bahawa suspek pernah keluar dengan dua orang mangsa sebelum mereka mati.

suspek terakhir kwon dongyeo, 25 suspek dipercaya pernah menghantar mesej ugutan bunuh kepada mangsa kelima " donghyuk meletakkan profile suspek suspek itu di hadapan hanbin.

" dorang kat mana? " soal hanbin

" masih di dalam tahanan. tiada siapa yang mengaku mereka bersubahat di dalam kes ini " balas donghyuk

hanbin mengeluh

" dan kami tak pasti bahawa si pembunuh ni solo atau dalam kumpulan, hyung tahukan benda ni agak sulit untuk dibuat seorang diri. tapi pihak polis menyuruh kami untuk tidak membuat kesimpulan dulu, boleh jadi je pembunuh tu solo "

" file aku pula, " hanbin mengambil file itu dan menyerahkannya kepada donghyuk

" kesembilan-sembilan mangsa itu dijumpai tanpa kepala, tetapi ada mangsa yang patah kaki atau tangan. and haritu aku dengar ketua cakap kaki atau tangan yang dipatahkan ni kemungkinan disebabkan mangsa menggunakan anggota badan mereka untuk menyerang si pembunuh, jadi si pembunuh mematahkan anggota itu untuk melemahkan si mangsa " kata hanbin

" ya bedasarkan profile mangsa memang, ada yang patah tangan atau kaki " kata donghyuk

" kapak g10 yang dijumpai sebelah mangsa tu, tak terusik pun, tiada darah atau kesan apa-apa. masih baru. dan ketua syak kapak ni mesti salah satu senjata yang digunakan oleh si pembunuh. "

" so sekarang kita dah ada source, now what? " soal donghyuk

" we investigate " kata hanbin

dia tak kisah jika ketua akan memecatnya, dia tekad untuk menyiasat kes ni sendiri!

+.*

" sesiapa tolongg!!! " jerit minhee sudah semalaman dia terkurung di bilik kosong ini hanya kipas siling, lampu malap dan katil side rail menjadi penemannya.

" tolong!! " jerit minhee lagi, air matanya jatuh dengan laju, entah kali keberapa entah dia menangis hari ini.

tangan dan kakinya sudah luka kerana cuba untuk melepaskan diri daripada gari ini.

minhee ingin menjerit lagi sekali tetapi dia terkejut saat mendengar tapak kaki menghampiri bilik ini.

jantungnya berdegup laju.

seorang lelaki yang berpakaian tshirt turtleneck berwarna hitam yang menutupi separuh mukanya, hanya mata sahaja yang kelihatan, berserta ripped jeans dan sneakers hitam membuka pintu bilik itu dan tersenyum melihat minhee sudah sedar.

" well good morning princess " tegurnya

" lepaskan aku " kata minhee kasar

" oh, susah tau nak tangkap kau. kuat juga rupanya kau ni, nampak je kecil " kata lelaki itu lalu membelai pipi minhee

" ugh " minhee memalingkan mukanya, dia taknak lelaki ini menyentuhnya, melihat dirinya pun taknak!

" garangnya. at least berterima kasih la kat aku, im the one yang jahitkan luka kat perut kau tu " kata lelaki itu

" nanti aku mati jugakkan "

" yes, but not now princess, kita tengok sejauh mana hanbin boleh cari aku " kata lelaki itu dan mendekatkan dirinya untuk mencium dahi minhee

minhee mengelak dan lelaki itu hanya dapat mencium rambutnya sahaja.

" nice shampoo " katanya lalu keluar dari bilik itu.

minhee mengerutkan dahinya, dia kenal hanbin?? jadi pembunuh ni sudah lama memerhatikan dia? atau dia salah seorang close friend hanbin atau close friend minhee sendiri? minhee melihat pintu itu ditutup, perfume lelaki ni.. dia kenal bau ni! tetapi kenapa dia lupa kat mana! ugh

+.*

a week / k.hanbinWhere stories live. Discover now