10 [ day 3 | place ] (1)

34 5 0
                                    

day 3 before sunday (part one)

suspek kedua iaitu kim woojoo masuk kedalam bilik siasatan dengan tenang, bukan seperti min sunwoo, yang ingin dilepaskan.

pita rakaman telah disediakan dibawah meja seperti biasa, hanbin menekan butang merah dan sekarang perbualan mereka dirakam.

" encik woojoo, jika encik beri kerjasama, saya jamin encik akan dibebaskan " kata hanbin

woojoo tidak berkata apa-apa sebaliknya mengangguk sebagai tanda balasan.

hanbin mengambil nafas sedalam yang mungkin sebelum membuka bicara

" encik menjumpai mangsa ketiga iaitu jeon miyeon di sungai di kampung yang tidak terlalu jauh dari seoul. betulkan? " soal hanbin

sekali lagi woojoo mengangguk

" dan badan encik dibasahi darah mangsa "

woojoo masih menganggukkan kepalanya sebagai balasan

" boleh saya tahu cerita disebalik ini? "

muka woojoo berubah menjadi takut, kedua-dua tangannya kini berada di kepalanya, rambutnya digenggam kuat

" saya taktahu apa-apa, sumpah! saya sampai je dia dah macam ni, saya taknampak apa-apa " kata woojoo lalu menangis

" dia ugut encik ke? " soal hanbin

woojoo memandang hanbin lalu menggelengkan kepalanya

" tak, tak! dia tak cakap apa-apa, dia tak buat apa-apa saya taktahu! " katanya

hanbin melihat file suspek kim woojoo, dia mengalami ptsd kerana semasa dia kecil, dialah menjadi saksi dimana bapanya membunuh ibunya dengan kejam sekali. jadi saudaranya yang menjaganya iaitu keluarga suspek pertama.

" encik bertenang, dia tiada untuk cederakan encik, saya ada, pihak polis ada untuk menjaga encik " hanbin cuba menenangkan woojoo

woojoo tidak bertenang, masih lagi menangis.

" tolong jangan apa apakan saya, saya memang taktahu apa-apa. saya merayu " kata woojoo

hanbin melirik ke jam tangannya, waktu lunch hampir tamat, jadi hanbin menamatkan soal siasat ini dan kembali ke ibu pejabat.

sampai di dalam kereta hanbin mengeluarkan flipout note padnya, pen dikeluarkan dari poket bajunya

suspek mungkin menjadi saksi
pembunuhan itu dan diugut
untuk tidak berkata apa-apa

+.*

matahari yang memancar dari tingkap kecil itu menyilaukan pandangan minhee, perutnya lapar walaupun semalam dia dipaksa makan.

takboleh ke dia mati terus?

" hanbin " katanya dengan lemah.

flashback

" suprise "

dengan perlahan minhee menoleh–

lelaki itu memakai bathrobe kepunyaan hanbin tetapi mukanya ditutupi oleh mask, siapa je bawak mask dalam bilik air?

lelaki itu mengeluarkan pisau yang jenis double edged dan mengacukannya ke minhee

dengan pantas minhee mengambil pasu di meja kopinya dan membalingnya ke arah lelaki itu.

" shit " katanya kerana pasu itu tepat terkena di lengannya, pasti lebam. yelah minhee baling bukannya kuat sangat pun.

minhee melarikan diri ke dapurnya, mengambil pisau dapurnya untuk menjadi pelindung buatnya, handphone yang tertutup itu dihidupkan semula, tanpa melengahkan masa dia menekan nama hanbin di contact dan sebaik sahaja dia ingin menekan icon call, lelaki itu merampas telefon minhee serta pisau dan menarik rambutnya ke ruang tamu.

" arghh " minhee menjerit kesakitan kerana genggaman lelaki itu sangat kuat.

" nak call sweetheart? " soal lelaki itu sinis dan di hadapan mata minhee dia mencampak telefon minhee sehingga retak. manakala pisau itu pula dicampak jauh, jauh dari mereka berdua.

" aniya, hanbin " minhee merangkak untuk mendapatkan telefonnya, air matanya sudah jatuh berguguran

" not so fast " lelaki menyeret minhee dengan menarik rambutnya, nasib baik minhee ini seorang penari, dengan kakinya yang fleksible itu dia mengangkat kakinya ke atas seperti gaya ballet dan menendang lengan lelaki itu.

" ugh " lelaki itu melepaskan genggamannya dan dengan itu, minhee berlari masuk ke dalam biliknya dan mula mencari apa-apa yang dapat pertahankan dirinya

semasa dia sibuk mencari, lelaki itu masuk ke dalam bilik minhee dan menolaknya sehingga gadis itu jatuh ke katil, tanpa membuang masa, lelaki itu berada on top minhee dan menekup mulutnya dengan kuat, sebelah tangannya pula memegang pisau double edged dan mencucuk perut minhee. gadis itu menjerit kesakitan tetapi mulutnya masih ditekup oleh lelaki itu.

setelah beberapa minit, minhee pengsan kerana kekurangan oksigen dan darahnya juga makin berkurangan.

lelaki itu tersenyum sinis dan mengangkat tubuh minhee dan bawa ke bilik ini.

end of flashback

a week / k.hanbinWhere stories live. Discover now