11 [ day 3 | place ] (2)

27 5 0
                                    

day 3 before sunday part two

minhee menangis secara senyap, tiada bunyi dikeluarkan dari mulutnya hanya air mata sahaja yang jatuh membasahi pipi.

dia sepatutnya mendengar nasihat hanbin secara serius. dia amat merindui hanbin, keluarganya dan suasana kafe yang sering dikunjungi olehnya. benarkah minggu ini minggu terakhir dia akan hidup?

jika ya, bagilah dia melihat hanbin sebelum matanya tertutup buat selamanya. dia ingin sangat mengatakan kepada hanbin 'mianhaeyo saranghaeyo' dua patah perkataan itu sudah cukup untuk membuat dia mati dengan tenang.

hanya kim hanbin sahaja di fikirannya.

+.*

suasana di dalam bilik ketua park sepi dan dingin tiada seorang pun bersuara dan air cond dibuka pada suhu 16°C. tegak bulu roma hanbin di dalam situasi ini. bukan takut, dia memang akan jangka perkara ini akan berlaku, dia cuma tak prepare apa-apa untuk situasi ini.

balik sahaja dari bilik siasatan, hanbin dipanggil oleh ketua sendiri untuk masuk ke biliknya, hanbin memandang jinho, jinho mengangkat bahu sebagai jawapan

mereka masih lagi diam, ketua park mungkin ingin menyusun ayat dan hanbin tiada apa yang dia ingin cakapkan, buat masa sekarang la

" jadi awak pergi ke bilik siasatan dan menyiasat suspek tanpa kebenaran saya dan warran. awak menggunakan id sebagai kuasa untuk awak buat semua ni? " soal ketua park

" ya. saya menggunakan kuasa saya untuk menyiasat kes ini " balas hanbin jujur

ketua park menyandarkan badannya ke kerusinya itu, dia memandang hanbin. dia kenal sangat dengan pekerja dia ini, memang tak dengar cakap.

" hanbin awak tahukan tindakan awak boleh– "

" ya saya tahu, dipecatkan? saya tahu takde disiplin. tapi tolonglah bagi saya sedikit masa, saya akan cari pembunuh tu sehingga dapat " kata hanbin, dalam nada yang merayu.

ya hanbin sangat desperate sekarang ni.

" tuan boleh berikan pecat kepada saya jika saya gagal menangkap pembunuh tu " kata hanbin lagi

ketua park memicit kepalanya. macam macam benda berlaku sepanjang kes ni berlalu.

" hanbin, saya memang nak pecat awak. tapi awak berjaya membuat suspek membuka mulut tentang kes ni " kata ketua park

" apa yang kami dapat kaji ialah pembunuh ini mungkin hanya ada satu tempat di mana dia menyorokkan mangsa-mangsa ni. kerana pada badan mangsa, ada luka baru yang disembuhkan olehnya. dan jahitannya sangat kemas, kesemua mangsa mempunya jahitan kemas yang sama. jadi mungkin dia ini solo dan tidak mungkin dia membawa mangsa ke tempat berbeza. " jelas ketua, dia malas untuk memikirkan tentang kesalahan hanbin. baginya pembunuh tu harus ditangkap segera. tentang hanbin ni nanti nanti la.

hanbin mendengar dengan teliti. tidak dapat klu daripada suspek, at least dia dapat daripada ketua. hanbin mengeluarkan flipout notepad nya dan menyerahkan kepada ketua.

" itu klu yang dapat saya kumpul. termasuk pembunuh ini solo dan mempunyai satu tempat " kata hanbin

" macam mana awak dapat semua ni dalam masa yang singkat? team saya– "

" perkara ini saya nak bincangkan dengan ketua " kata hanbin

+.*

a week / k.hanbinWhere stories live. Discover now