04 [ minhee ? ]

40 5 0
                                    

minhee point of view

aku menggulung tikar yoga aku dan meletakkannya di tempat asalnya. aku mengelap peluh dengan menggunakan tuala kecil dan bersandar di sofaku.

aku melihat ke arah tingkap, nampaknya matahari sudah pun terbenam. aku mengeluh, sejak kes si pembunuh bersiri melanda di korea, rutin harianku menjadi kacau bilau, sebelum ni aku sibuk menguruskan studio dan mengajar ballet, sekarang hanya terperap di rumah. takbanyak benda yang boleh dibuat. keluar pun untuk berjogging dan membeli makanan.

" bosannya " keluhku

ya memang bosan! dahla hanbin busy, aku pula tiada kerja. duduk rumah macam penganggur je.

remote tv dicapai dan aku menghilangkan bosan dengan menonton crikey! it's the irwin. rancangan di mana keluarga irwin menunjukkan cara cara mereka menjaga haiwan di australia zoo.

aku tersenyum saat melihat keluarga kecil itu sangat ramah dengan haiwan. walaupun haiwan liar, tetapi mereka tetap menjaga haiwan itu dengan penuh kasih sayang.

+.*

aku mencapai hoodie yang diletakkan di atas katil dan menyarung hoodie itu untuk pergi ke kedai seberneka.

aku tidak perasan yang bahan memasak di dalam rumah ni dah habis. hm esok ajak hanbin teman beli barangla. dan aku pun mencapai wallet dan menuju ke kedai seberneka yang tidak jauh dari apartment ku.

...

sampai sahaja di kedai seberneka, aku mencapai sebungkus ramen,2 instant rice dan 3 tin pepsi. cukupla untuk dinner malam ni.

selesai membayar, aku pulang ke rumah.

" eh hanbin ada ke? " soalku kerana tv dibuka dan bunyi pancuran di bilik air kedengaran dan kasut hanbin juga berada di dalam rak kasutku.

" sayang? " aku mengetuk pintu bilik air

hanbin tidak membalas, mungkin tak dengar, jadi aku hanya biarkan sahaja, lagipun dia bukannya orang asing.

langkahku ingin ke dapur terhenti kerana aku ternampak baju dan seluar hanbin bersepah di bilikku. aku mengeluh, susah sangat ke nak kemas dulu sebelum mandi?

dan aku pun mengambil baju hanbin dan seluarnya untuk dimasukkan kedalam bakul baju.

" eh- " aku membau baju itu, ini bukan bau hanbin, maksud aku ini bukan bau perfume yang digemarinya. lain dari taste hanbin, dan bau ni juga aku pernah bau sebelum ni, tapi di mana aku lupa.

aku melihat baju yang dipegang itu, dan ini bukan baju hanbin.. hanbin jarang sekali untuk memakai sweatshirt berwarna merah jambu. aku mengerutkan dahiku, takkan la ada orang lain? tapi hanbin je tahu password rumah ni.

aku melepaskan baju itu dan segera ke ruang tamu untuk menelefon hanbin.

bunyi pancuran air kini tertutup, jantungku kini berdebar. tanpa membuang masa aku mencapai telefon dan menekan nama hanbin di contact ku.

tetapi entah kenapa aku tidak menekan icon call, rasa macam ada someone kat belakang, dengan perlahan aku menoleh

" suprise "

+.*

a week / k.hanbinWhere stories live. Discover now