Second update for today, always support me 🔑💜
🔫🗡️🔫🗡️🔫
(𝕭𝖎𝖌) 𝕳𝖎𝖙𝖒𝖆𝖓
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 04"Apahal kau tembak dia, bahangong? Aku belum habis soal jawab dengan dia duhh!" pantas Yoongi menarik kolar sut milik Hoseok kerana tidak berpuas hati dengan tindak tanduk yang tidak diramal terjadi.
"Haih, buat apa tanya? Kau sendiri boleh selidik pasal Park Jimin tu kan?" balas Hoseok, cuba membela dirinya.
Namjoon yang memerhatikan telatah rakan sepasukannya hanya mampu menggeleng.
"Sudah-sudahlah tu, jom blah dari sini. Tak pasal-pasal perbuatan kita dihidu pihak polis." tegur Namjoon yang meneutralkan ketegangan mereka berdua.
Memandangkan urusan mereka sudah selesai di sini, jadi S.W.A.G pun membolos diri sebaik saja helikopter agensi (Big) Hitman tiba pada tepat masanya.
🔫🔫🔫
Nama : Park Jimin
Umur : 25 tahun
Karier : Ketua Penyeliaan Syarikat Yougotnojams Sdn.Bhd."Uwu, boleh tahan tampan supervisor ni." puji Yoongi perlahan-lahan, agar tidak didengari Hoseok dan Namjoon.
"Oit dah jumpa info pasal Park Jimin tu?" gelabah Yoongi tatkala Hoseok menegurnya dari belakang. Mujurlah komputer riba di atas ribanya tidak jatuh ke bawah. Jika tidak, pasti Hoseok bakal menghadapi zaman pekerjaan yang sukar nanti.
"Hm, nah tengok." komputer riba diangkat Yoongi, sengaja diletakkan betul-betul di hadapan Hoseok.
Hoseok memandangnya penuh menyampah sebelum meneliti butiran-butiran yang tertera pada skrin, memandangkan informasi yang dibekalkan dalam fail pemberian Bang Sihyuk kurang jelas.
"Walaupun tampak berkarisma dan tidak mudah terpengaruh, namun Park Jimin yang berjawatan sebagai ketua penyelia syarikat sebenarnya mudah tergoda dengan ajakan wanita, lebih-lebih lagi yang masih belum jadi kepunyaan sesiapa." satu akal mula muncul dalam benak fikiran Hoseok, sebelum dia menghadiahkan senyuman sinis kepada Namjoon dan Yoongi.
"Apa tengok-tengok? Nak cari gaduh?" gertak Namjoon yang ralit membelek senapang jenis Thompson M1921.
"Taklah, aku dapat idea macam mana nak masuk pejabat Park Jimin tanpa sebarang insiden tembak menembak." Hoseok mengurut bawah dagu, menandakan dia sedang fikir masak-masak untuk merencana idea gila ini.
"Yoongi." jejaka berona putih susu itu melemparkan tatapan kebuntuan kepada arah Hoseok.
"Since Namjoon sibuk bekalkan senjata dan aku tak pandai nak berlakon, so why not aku tak pilih kau."
"Pilih? Pilih jadi apa ni?"
"Jadi..."
🔫🔫🔫"Thanks sebab luangkan masa awak untuk saya, Yoonji." ucap jejaka itu sebelum meloncat turun dari katil. Sambil-sambil, seluar yang dilempar tadi segera dipakainya.
"Hehe. Apa-apa saja untuk awak, babe. Saya sanggup tunaikan." begitu lemah lembut Yoonji berbicara, boleh bergetar tulang rusuk kaum lelaki jikalau mendengarkan suaranya.
Memandangkan si jejaka mempunyai jadual kerja yang begitu padat, jadi dia meminta diri untuk keluar dari bilik hotel.
Yoonji yang memerhati pemergian jejaka itu mula menarik nafas lega.
"Fuh nasib tak terkantoi. Boleh buat aku tercyduk nanti."
Akibat rimas dengan pemakaian femininnya, Yoongi yang menyamar sebagai wanita mula merentap keluar rambut palsu ikal mayangnya.
"Kalau bukan sebab nak dapatkan bekas cap jari si Park Jimin, jangan mimpilah aku nak buat kerja terkutuk ni." omel Yoongi yang menanggalkan sarung tangan persis warna kulitnya dari tangan.
Telefon pintar yang diletakkan atas meja lampu tidur mula disambarnya.
"Weyh, aku dah dapat cap jari dia."
"Fuyo, Yoongi. Tak menyesal aku pilih kau jadi perempuan. Perempuan jadian haha." sempat Hoseok menyakatnya dalam talian.
"Ish dasar-" carutan Yoongi tertangguh disebabkan Hoseok sendiri yang menamatkan panggilan.
"-jurang Mariana betul!"
🔫🗡️🔫🗡️🔫
Mantulkan lakonan Yoongigi? muehehehe 😜
YOU ARE READING
【✔️】(𝕭𝖎𝖌) 𝕳𝖎𝖙𝖒𝖆𝖓 || 𝐁𝐓𝐒 𝐑𝐀𝐏𝐋𝐈𝐍𝐄
Azione©2020 -𝐊𝐇𝐀𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐁𝐔𝐄𝐍𝐎 (𝐖𝐀𝐒 -𝐏𝐔𝐁𝐆𝐌𝐈𝐍) 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘𝐋𝐈𝐍𝐄 [BULLETPROOF SERIES] ✧════════════•❁❀❁•════════════✧ ⚠️𝚁𝙴𝙰𝙳 𝙾𝙽 𝚈𝙾𝚄𝚁 𝚁𝙸𝚂𝙺⚠️ (Big) Hitman merupakan agensi rahsia yang merekrut ratusan pembunuh upahan termasu...