🔫une🔫

427 63 12
                                    

(𝕭𝖎𝖌) 𝕳𝖎𝖙𝖒𝖆𝖓
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 01

Si ketua menjalinkan jari jemarinya, kusut memikirkan sejenak akan sesuatu yang baru saja terjadi.

Terngiang-ngiang lagi perkhabaran buruk yang dibawakan oleh pegawai audit yang tampan rupa parasnya sebelum beredar pergi dari pejabatnya.

"Tuan, saya mendapati jumlah dana untuk pembiayaan senjata api dan upah lesap dari penyata kewangan.

Harap tuan segera bertindak sebelum produktiviti agensi (Big) Hitman semakin merudum dan berkemungkinan agensi ini terpaksa gulung tikar."

Interkom ditekan penuh kasar sebelum suara resahnya keluar memberi arahan kepada orang kanannya.

"Charlotte, panggilkan S.W.A.G. Suruh dia orang datang ke pejabat saya, segera."

"Baik, tuan Bang." interkom dinyahaktifkan Bang Sihyuk sebelum meramas geram rambut, masih tidak dapat menerima kenyataan.

Mana tidaknya, agensi (Big) Hitman ini diselia sepenuhnya oleh pembunuh upahan profesional. Jadi, ramai dalam kalangan ahli politik mengupah pembunuh bagi menjaga keselamatan mereka disaat menjalankan tugas dalam mentadbir negara. Ahli perniagaan terkemuka pun tidak terkecuali menggunakan perkhidmatan mereka.

Tetapi entah mana silapnya hingga tidak menyedari akan kehilangan dana itu.

Tok! Tok!

Akibat terlebih fikirkan perkara itu, Bang Sihyuk tersentak lantaran pintu diketuk bertalu-talu.

Pasti itu mereka.

"Masuk." ketiga-tiga jejaka masuk melangkah masuk ke pejabatnya seusai diarahkan.

Bang Sihyuk kekal di posisi, cuba berlagak tenang di hadapan mereka. Takkanlah dia nak tampilkan perasaan gelabah terhadap ketiga-tiga jejaka itu yang merupakan kumpulan pembunuh upahan yang tersohor di agensi berikutan tangkas dalam mengendalikan sasaran dan pakar menggunakan pelbagai senjata api.

Jadi, tidak hairanlah jikalau mereka digelarkan Special Weapon Assassin Group atau secara ringkasnya, S.W.A.G.

"Sebenarnya saya ada perkhabaran yang kurang menyenangkan untuk diberitahu."

"Teruskan saja, tuan. Kami sedia mendengar." ujar salah seorang ahli kumpulan S.W.A.G.

"Saya dikhabarkan oleh pegawai audit yang agensi ini sudah kehilangan dana sejumlah 1 billion won."

"APA-"

"Seok, perlahankan suara tu. Kita tengah hadap bos ni." bisik salah seorang pembunuh upahan pada rakan sekerja yang digelar Seok itu.

"Tapi, jangan risau. Pegawai audit sudah menjumpai nama-nama syarikat yang dikatakan terlibat dalam menggelapkan wang dana agensi ini. Yang pastinya, salah satunya ada dalam senarai ini." fail yang lengkap dengan informasi beberapa syarikat diserahkan Bang Sihyuk kepada S.W.A.G.

"Tuan nak kami bawak balik pemilik syarikat-syarikat untuk disoal siasat atau bunuh terus?"

"Kamu semua uruslah macam mana pun. Dah boleh keluar." Bang Si Hyuk mula memicit-micit kepala pabila runsing menerjah diri.

Mereka bertiga mula menapak keluar bersama fail diserahkan oleh pengasas agensi itu.


🔫🗡️🔫🗡️🔫

How was it, yay or nay?

【✔️】(𝕭𝖎𝖌) 𝕳𝖎𝖙𝖒𝖆𝖓 || 𝐁𝐓𝐒 𝐑𝐀𝐏𝐋𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now