🔫шесть🔫

184 42 20
                                    

Yuhu I'm back 😎

🔫🗡️🔫🗡️🔫

(𝕭𝖎𝖌) 𝕳𝖎𝖙𝖒𝖆𝖓
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 06


"Hah, sakatlah lagi kalau nak kena tikam tempat lain." sindir Hoseok sebelum mengukir senyuman psiko pada Jimin yang terduduk lemah atas lantai.

Jikalau dilihat keadaan Jimin sekarang yang berlumuran darah pada sekitar leher jinjangnya, pasti akan ada yang gerun. Tetapi, tidak kepada mereka bertiga.

Malahan Yoongi sendiri yang merapatkan tubuhnya pada Jimin lalu mengenggam helaian rambut jejaka itu tanpa belas kasihan.

"Cepat bagitahu, siapa yang sebenarnya songlap dana agensi tu?" soal Yoongi ingin sebelum menarik-narik rambut Jimin lebih kuat.

Keterdesakan yang diperlakukan S.W.A.G amatlah menonjol kali ini. Ini sebabnya maklumat individu yang terakhir di dalam fail bukan sahaja tidak lengkap dengan nama dan gambar, bahkan menjadi tanda tanya buat kumpulan pembunuh upahan ini.

"Dia uhuk, uhuk! +%? ¢€Π®¶£%." terbatuk-batuk Jimin kepenatan setelah sedari darah segar membasahi leher.

Wajah tampannya mulai lesu dan rona kulit bertukar pucat akibat kekurangan darah.

"Cakap bethol-bethollah!"

"Yoongi..."

Sedari dirinya tersasul menyebut oleh Hoseok, Yoongi kembali bersuara.

"Cakap betul-betullah, nama dia siapa?"

Tidak dapat menanggung keperitan dihadapi, Jimin mula rebah jatuh, berkeadaan nyawa-nyawa ikan. Jimin pasti, hayatnya setakat ini saja melihatkan keadaan sekarang.

"Nama dia..."

Suara halus Jimin tidak kedengaran setelah menjedakan percakapan. Seperti tidak percaya, tubuh terkulai jejaka itu disepak Yoongi, hinggakan posisi kujur tubuhnya terlentang menjadi tertiarap.

"Dah mampus agaknya." tebak Yoongi sebelum duduk bertinggung hadapan Jimin.

Jari telunjuk yang runcing didekatkan pada lubang hidung Jimin, cuba ketahui keadaannya. Yoongi sudah dapat membuat kesimpulan sendiri memandangkan tiada hela nafas yang keluar melalui hidungnya.

"Weyh korang, dia mampus betullah!" terkesima Yoongi, tidak sangka begitu mudah Jimin mati.

"Dia belum mati lagi, tengok mulut dia. Ternganga kan?" Yoongi sekadar mengangguk seraya menatap kembali wajah Jimin.

Tanpa diduga, Namjoon melepaskan tembakan pada belakang tubuh ketua penyelia syarikat itu.

"Taktik nafas melalui mulut dah lapok pun, kau masih tak perasan lagi ke?" air muka Yoongi bertukar cemberut lantaran disoal Namjoon penuh kesinisan.

"Dah jom blah." ajak Hoseok yang sudah menjengul kepala ke luar tingkap. Kelihatan ratusan anggota polis mengelilingi seluruh bangunan syarikat Yougotnojams.

"Sekejap," perbuatan mereka memboloskan diri tergendala seusai Namjoon bersuara.

Kocek sut dan seluar Jimin digagaunya, cuba mencari sesuatu untuk petunjuk gerangan misteri itu.

"Mungkin ini boleh petunjuk kita cari suspek seterusnya." ujar Namjoon lalu telefon IPhone X dibawa keluar dari kocek seluar Jimin yang sudah tidak bernyawa itu.

"Dah jom!"


🔫🔫🔫

"Aku rasa inilah suspek yang kita cari." kedua-dua mereka yang sibuk dengan tugasan masing-masing mula mengambil perhatian kepada Namjoon, menunjukkan sesuatu yang dijumpai dalam galeri telefon Jimin.

Terpampang wajah Jimin bersama seseorang dalam satu gambar.

Yoongi berkesempatan untuk mengambil gambar orang terbabit lalu diimbas menggunakan applikasi yang dikhaskan kumpulan pembunuh upahan ini.

Dia tersenyum setelah mendapat tahu gerangan yang bakal menjadi sasaran S.W.A.G.

Nama : Kim TaehyungUmur : 25 tahunKarier : Pegawai Eksekutif Syarikat Vantae Fashion Sdn

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nama : Kim Taehyung
Umur : 25 tahun
Karier : Pegawai Eksekutif Syarikat Vantae Fashion Sdn.Bhd.

"Patutlah Jimin taknak bagitahu, kawan baik dia rupanya." keluh Yoongi yang ligat menyeret jari pada skrin telefon, fokus membaca info tentang pemuda bernama Kim Taehyung.

"Dah nama pun kawan. Kalau tak, pasti dilabel kawan kencing kawan. Takpun, kawan ngap kawan." ujar Hoseok secara sarkastik.

"Tapikan..." kening separa halus Yoongi bertaut, menyangka dia tersilap baca petikan info. Tapi, apabila dibaca semula, memang betul.

"Tapikan apa?" Namjoon yang sibuk membelek galeri telefon Jimin mula mengangkat wajah, melihat si Yoongi yang tiba-tiba beriakan air muka terkedu.

"Taehyung ni, dia..."

🔫🗡️🔫🗡️🔫

Jengjengjeng, bukan anjenk keyh mueheheh

【✔️】(𝕭𝖎𝖌) 𝕳𝖎𝖙𝖒𝖆𝖓 || 𝐁𝐓𝐒 𝐑𝐀𝐏𝐋𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now