(𝕭𝖎𝖌) 𝕳𝖎𝖙𝖒𝖆𝖓
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 03"Damn!" hambur sumpah seranah dari belahan bibir Yoongi tatkala tembakan sniper jenis McMillan TAC 50 tersasar dari pengawal-pengawal upahan syarikat Eatjin.
Untuk elakkan diri daripada cedera ditembak, tubuhnya yang tegak berdiri terus berubah posisi kepada duduk bercangkung di balik dinding konkrit yang terletak bertentangan dengan bangunan syarikat itu.
"Bukan kau dah selidik habis ke pasal hal dalaman syarikat tu?" tatapan tajam Yoongi tepat pada Hoseok yang fokus melepaskan tembakan.
"Memang pun, tapi tak tahu pulak dia upah ramai macam ni." ujar Yoongi sebelum mengeluh kecil, tidak menyangka jumlah pengawal di aras bumbung melebihi daripada jangkaan.
"Tak mengapalah, lagipun banyak lagi peluru yang aku bawa ni." Namjoon cuba meleraikan pertelingkahan kecil antara mereka berdua.
Tanpa membiarkan emosi menenggelam diri, mereka pun kembali posisi untuk membalas tembakan kepada musuh.
Setelah beberapa minit bergelut dengan para pengawal peribadi, akhirnya tubuh-tubuh mereka jatuh terkulai, menunjukkan misi tembakan di aras bumbung berjaya ditundukkan S.W.A.G.
"Dah mampos dia orang semua tu. Cepat Joon ambik benda tu." arah Yoongi sedikit keras.
Namjoon pun bergegas mengambil tempuling yang dibawa bersama.
Seusai melaras kedudukan mata tajam pada sasaran, Namjoon melepaskan tembakan tempuling berhampiran tingkap aras paling tinggi bangunan di hadapan mereka.
Hasilnya, tali keluli tahan lasak menegang ekoran mata tempuling tepat menembusi pada dinding konkrit bangunan syarikat itu.
Memandangkan bangunan mereka bertiga berada lebih tinggi daripada bangunan syarikat Eatjin, jadi masing-masing mula memasang abah-abah sebelum menggelosor turun menyeberang ke bangunan bertentangan, seperti permainan lasak flying fox.
🔫🔫🔫Pprang!
Bunyi kaca pecah berderai mengundang tolehan sang jejaka yang sedia ada di dalam pejabat. Sungguh, tubuh separa sasanya mulai rasa seram sejuk tatkala tatapannya tepat terpandang tingkap kaca yang sudah pecah.
Mahu saja bingkas berdiri dari tempat duduk, jejaka lengkap berkot warna beige tercengang lantaran sesuatu yang sejuk menyapa kepalanya.
"Encik Kim Seokjin, maaf kami datang tanpa diundang, tapi kami ada tujuan ke sini sebenarnya..."
"A-pa, apa? Ca-kaplah." tergagap-gagap ketua pengarah usia setahun jagung itu bercakap.
"Ish, tak payah nak berencik-encik dengan orang macam ni." dengan gopoh gapah, Yoongi merampas pistol jenis Smith & Wesson 500 Magnum dari genggaman Namjoon lalu mengacu tepat ke arah Seokjin.
"Baik kau mengaku cepat, kau ada suruh orang bawahan kau menjalankan transaksi wang secara haram sebelum ni?" Yoongi menyoal bersuara seperti mengugut.
Sesekali dia melaraskan peluru sebelum berkira-kira untuk menarik picu pistol, sengaja menakut-nakutkan Seokjin.
Jelas terpancar kelihatan pada penglihatan S.W.A.G, manik-manik keringat mula merenik keluar dari dahi si Seokjin, menandakan ketua pengarah syarikat itu berasa gerun menghadapi situasi tegang ini seorang diri.
Mana tidaknya, kesemua pengawal keselamatan yang diupahnya sudahpun mati bergelimpangan di aras bumbung.
"Cepat jawab!" tengking Hoseok yang turut sama mengacukan muncung pistol pada belakang kepala Seokjin.
"TAK! Bukan aku yang songlap duit dana agensi kau orang!" akuinya yang bermandikan peluh gemuruh.
"Habis tu siapa, hah?"
"PARK JIMIN! Dialah orang yang kau orang cari sebenarnya." tutur Seokjin bersama hela nafas yang tersekat-sekat.
"Terima kasih informasi berguna tu." ucap Hoseok penuh senang hati sebelum melepaskan tembakan pada kepala jejaka berpangkat ketua pengarah.
🔫🗡️🔫🗡️🔫
Pitchu, pitchu muehehehe 😆
YOU ARE READING
【✔️】(𝕭𝖎𝖌) 𝕳𝖎𝖙𝖒𝖆𝖓 || 𝐁𝐓𝐒 𝐑𝐀𝐏𝐋𝐈𝐍𝐄
Aksi©2020 -𝐊𝐇𝐀𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐁𝐔𝐄𝐍𝐎 (𝐖𝐀𝐒 -𝐏𝐔𝐁𝐆𝐌𝐈𝐍) 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘𝐋𝐈𝐍𝐄 [BULLETPROOF SERIES] ✧════════════•❁❀❁•════════════✧ ⚠️𝚁𝙴𝙰𝙳 𝙾𝙽 𝚈𝙾𝚄𝚁 𝚁𝙸𝚂𝙺⚠️ (Big) Hitman merupakan agensi rahsia yang merekrut ratusan pembunuh upahan termasu...