Abang-abang suwek bakal mengundurkan diri, bye ✨
🔫🗡️🔫🗡️🔫
(𝕭𝖎𝖌) 𝕳𝖎𝖙𝖒𝖆𝖓
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 09 (Finale)"Maaf sangat-sangat. Cara dia tu memang mencabar tahap kesabaran aku yang nipis macam kulit bawang ni."
Bahu Hoseok di tepuk-tepuk oleh mereka berdua.
"It's okay bro. Sekurang-kurangnya aman sikit nak geledah tempat ni." tenang Namjoon menyusun kata-katanya, tidak mahu Hoseok dilanda perasaan serba salah atas tindakan melulunya tadi.
"Dah jom cari cek tu."
Mereka pun menapak sekitar meja Taehyung seraya diajak Yoongi.
🔫🔫🔫Setelah berjam-jam bertungkus lumus menggeledah pejabat, akhirnya Hoseok menjumpai sesuatu yang terselit dicelah fail-fail kertas kerja.
"Weyh aku jumpa!" ujarnya yang sudah bersorak keriangan, seperti mendapat lollipop daripada emak.
Bersinar-sinar mata mereka melihatkan kepingan kertas berharga itu. Jikalau Bang Sihyuk ketahui apa penemuan ini, pasti dia tumpang gembira.
"Jomlah kau orang, balik ke agensi (Big) Hitman. Kita surprisekan Encik Bang, okey tak?" usul si Namjoon yang melakar senyuman nakal, sedang membayangkan akan kejutan yang bakal dilakukan mereka bertiga nanti.
"Okey! Jom!"
Dalam mereka bertiga meninggalkan ruangan pejabat bersama perasaan gembira yang tidak terhingga, ada sepasang mata memerhati dari jauh.
🔫🔫🔫Di balik almari kelengkapan pejabat, aku cuma membiarkan saja pemergian mereka bertiga hingga tidak kelihatan dari pandangan.
Sebaik sahaja aku mendapati mereka sudah tiada di ruang pejabat, daun pintu almari mula aku kuak seluas-luasnya, memudahkan pergerakanku keluar dari tempat yang agak berhabuk.
Jari jemari mula menari-nari atas bahu, bagi memastikan segala debu dan habuk yang melekat pada sutku mulai tidak kelihatan.
Dengan terujanya aku mengatur langkah ke arah satu-satunya meja kerja di situ. Namun tiba-tiba, kakiku terpijak sesuatu yang melekuk dan separa pejal.
Prak! Prak!
Baru kusedari, bunyi patah riuk yang jelas kedengaran itu berpunca daripada jari-jari mayat yang mati mengiring.
"Maaf, mendiang Jeon Jungkook sebab terpijak jari kau, tak sengaja." ujarku sebelum duduk bercangkung di hadapan kujur tubuh tidak bernyawa itu.
Sesekali wajahnya yang kian pucat itu kuelus penuh kelembutan sebelum menarik-narik pipinya.
Tanpa belas kasihan, pipi Jungkook aku robek sepuas-puasnya, hinggakan 'kulit'nya tertanggal begitu saja.
Aku hanya mampu tersenyum kecil melihat wajah sebenar di sebalik topeng silikon itu. Ternyata yang mati ini bukannya Jeon Jungkook.
"Kesian kau Tae kena tembak dengan dia orang, dan maafkan aku sebab buat kau terpedaya dengan perjanjian kita. Moga kau tenang di sana."
Setelah ucapan takziah kutitipkan pada Taehyung yang tidak bernyawa itu, aku beralih kepada mayat kedua.
"Mwo?" terpempanku melihat wajah mayat itu, saling tak ubah seperti Taehyung.
Sekadar untuk ingin tahu, pipi mayat Taehyung kedua kutarik-tarik.
Tersengih-sengih aku melihatkan wajah sebenar dibalik topeng berwajahkan Taehyung.
"Minta maaf weyhh sebab pukaukan kau jadi orang lain, tapi nak buat macam mana kan?
Aku ni dah lama berdendam dengan kau, sejak dari kecil lagi. Takkanlah aku ni nak kena jadi pegawai audit kau buat selama-lamanya, Encik Bang SiHyuk?
Jadi, tak salahkan kalau aku nak pecah amanah sekali sekala kan? Haih kesian pulak aku dengan S.W.A.G. tu, tertipu dengan cek palsu.
Beria saja dia orang bawak balik semata-mata nak tunjuk dekat kau, padahal kau dah mampus kena tembak dengan anak buah sendiri hahah."
Seusai luahkan segala yang dipendamkan selama ini, aku dengan rasa puasnya cuba beredar keluar dari situ bersama cek sebenar bernilai 1 bilion won, milik agensi rahsia (Big) Hitman.
Tetapi, langkahku menghampiri pintu terhenti sebaik terlihat sekeping daun terup di atas lantai. Setelah digapai, aku pun membelek daun terup yang terdapatnya bekas darah beku di bucunya.
"Haih, tak sangka pandai jugak kau porak-perandakan keadaan. Ingat pandai buat silap mata saja." omelku sendirian, mengenangkan peristiwa yang sebelum ini pernah aku lakukan.
Mana tidaknya, aku Jeon Jungkook, seorang penyamar yang berselindung di balik pekerjaan sebagai pegawai audit. Dan pastinya, ini bukan calang-calang punya penyamaran kerana aku sebenarnya penjenayah yang dikehendaki polis.
Memandangkan aku sudah puas hati membalas dendam kesumat terhadap Bang SiHyuk, aku akan kembali menjadi penjenayah ahli silap mata.
Mantel lapisan hitam dan merah yang menjerut longgar sekitar leherku lantas diangkat, sebelum aku membaluti diri dalam lapisan berbaldu.
Sekelip mata, aku lesap dari pejabat Taehyung.
TAMAT
🔫🗡️🔫🗡️🔫
╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮
❝ Jaga-jaga yang baca ni, mana tahu kalau-kalau kau oranglah yang bakal aku pukau nanti muehehehe. ❞
- 𝓙𝓮𝓸𝓷 𝓙𝓾𝓷𝓰𝓴𝓸𝓸𝓴
╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯
•
❁
•
❀
•
❁
•Hai korang, Wauthormelon nak ucapkan jutaan terima kasih buat korang semua yang sudi singgah ke karya pendek ini.
Che mohon ampun dan maaf kalau-kalau fanfic ni banyak typo / tak saspens/ tak memenuhi kriteria macam korang jangkakan.
Dengan ini fanfic (Big) Hitman sudah completed ✨
Completed on 12 June 2020 at 13.16 p.m.
YOU ARE READING
【✔️】(𝕭𝖎𝖌) 𝕳𝖎𝖙𝖒𝖆𝖓 || 𝐁𝐓𝐒 𝐑𝐀𝐏𝐋𝐈𝐍𝐄
Action©2020 -𝐊𝐇𝐀𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐁𝐔𝐄𝐍𝐎 (𝐖𝐀𝐒 -𝐏𝐔𝐁𝐆𝐌𝐈𝐍) 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘𝐋𝐈𝐍𝐄 [BULLETPROOF SERIES] ✧════════════•❁❀❁•════════════✧ ⚠️𝚁𝙴𝙰𝙳 𝙾𝙽 𝚈𝙾𝚄𝚁 𝚁𝙸𝚂𝙺⚠️ (Big) Hitman merupakan agensi rahsia yang merekrut ratusan pembunuh upahan termasu...