Mohon korang tak terkejut tengok gambar di bawah tu nanti hehe 😂
🔫🗡️🔫🗡️🔫
(𝕭𝖎𝖌) 𝕳𝖎𝖙𝖒𝖆𝖓 𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 08
Sungguh, perasaan serba salah dan ralat bertandang secara tiba-tiba. Tiada siapa diantara mereka mampu ungkapkan apa-apa sejurus tubuh tidak bernyawa itu ditenung kosong.
"Tak silap aku, dia ni pegawai audit dari agensi (Big) Hitman tu, kan?" soalan Hoseok dijawab sepi oleh kedua-dua mereka.
"Betullah tu. Dialah orangnya." pantas S.W.A.G menoleh ke arah gerangan yang mengungkapkan jawapan yang ditanya tadi.
"KIM TAEHYUNG?"
Nampaknya, manusia yang mereka jejaki selama ini akhirnya munculkan diri, terpacak berdiri di pintu penuh bangga.
Tanpa menghiraukan mereka, Taehyung mengatur langkah mendekati tempat duduknya. Seraya menghenyak punggung atas permukaan lembut itu, dia pun memusingkan kerusi penuh teruja, tanpa mengendahkan kujur tubuh Jungkook yang tidak bernyawa.
Seperti diperhatikan, dia mengangkat wajah sebelum menghadiahkan pandangan maut buat mereka bertiga.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Apa tengok-tengok? Nak kena kerat 14 ke?" dingin Taehyung mengajukan soalan buat jejaka-jejaka S.W.A.G itu.
"Aku ada pertunjukan fesyen bertemakan kostum sekejap lagi. Sebab tu aku kenakan mekap mulut lebar ni."
"Dah tahu sibuk, buat apa singgah sini?" sindir Yoongi bertanya.
"Saja aku munculkan diri sebab dah tahu mesti ada orang cari aku."
Masing-masing mengetap gigi, geram tatkala ayat yang diatur Taehyung cukup angkuh, membengkakkan hati jikalau didengar. Sedang dia leka berada atas kerusi, sempat jejaka bersolekan gaya Joker itu mengeluarkan sesuatu dari poket jaket berhud kelabu dipakainya.
Kegusaran melanda diri ketiga-tiga S.W.A.G lantaran Taehyung mengepit sekeping daun terup di celah-celah jari runcingnya. Mereka mula mengandaikan, Taehyung bukan calang-calang suspek.
"Jadi, kaulah yang gelapkan semua dana pembiayaan syarikat kita orang bekerja tu, kan?" Taehyung sekadar merobek senyuman sinis apabila diajukan soalan oleh Namjoon, yang setia berdiri bersama senjata di tangan.
Namun, itu langsung tidak mengugat Taehyung untuk berhadapan dengan sekumpulan pembunuh upahan ini. Malahan, dia rasa selesa untuk bergaul dengan mereka.
"Kalau aku kata 'ya', apa kau orang boleh buat?" berderau darah Yoongi akan kata-kata Taehyung, rasa tercabar.
Disebabkan terlampau ikutkan kata hati, Yoongi dengan tidak gentar mula meluru ke arah Taehyung yang kekal duduk di tempatnya. Sempat dia mengeluarkan sepucuk pistol yang diselit pada tali pinggang.
"Apa kita orang boleh buat? Ini!"
Tanpa ragu-ragu, Yoongi menarik picu lalu melepaskan tembakan kepada Taehyung.
Malangnya, Taehyung sempat mengelak daripada terkena tembakan sebelum dia melemparkan daun terup, tepat mengena pada sebahagian muka Yoongi.
Akibatnya, pistol jenis Glock 20 terlepas dari genggaman Yoongi sejurus kedua-dua tangan mula menekup wajah.
"ARGHH!"
Perit dia mengerang kesakitan sekitar wajahnya, ternyata bucu daun terup yang dilemparkan Taehyung tajam persis mata pedang.
"Alah, baru kena daun terup sikit pun dah meraung bagai. Macam budak-budak." pantas Yoongi mengangkat wajah, berdesing telinganya tatkala diherdik Taehyung.
Pistol yang terlepas jatuh dari tangan segera digapai lalu diacukan pada jejaka bersenyuman petak itu.
Sementara Hoseok dan Namjoon pula terkesima, menatap raut wajah bengis Yoongi yang dihiasi sedikit luka torehan.
Jelas ketara wajah mulus milik jejaka berona putih pucat itu sudah dinodai luka berukuran sejengkal, tepat menjalar dari atas kening hingga ke pipi.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Baik kau bagitahu, mana kau sorok duit-duit tu? Jangan sampai bagi aku tembak." ugut Yoongi dengan suara seraknya.
Seperti biasa, Taehyung akan hamburkan ketawa, entah apa yang lawaknya.
"Ada dekat sini."
Tanpa berselindung dengan apa-apa, Taehyung mengepit sekeping cek diiringi kening yang terangkat-angkat, sengaja menunjuk-nunjuk.
Tetapi, peluang S.W.A.G untuk merampas cek tersebut menjadi lebur berikutan sekeping kertas yang bernilai selain wang itu disorokkan dalam kedua-dua tapak tangan, secara tiba-tiba ghaib setelah Taehyung mendepakan tangannya.
"Magic trick? Cubaan yang baik, Taehyung. Mari kita tengok kalau kau suka trick aku pulak."
Memandangkan sudut keberadaannya tidak diendahkan Taehyung, jadi dia merencana agenda untuk memulakan tembakan.
Bang! Bang!
Tanpa aral melintang, tubuh tegak Taehyung tiba-tiba rebah pada hamparan karpet.
Kedua-dua mereka mula menoleh ke arah si penembak hendap itu.