Short story ni bakal berakhir lama lagi, sabaq nohh 😼
🔫🗡️🔫🗡️🔫
(𝕭𝖎𝖌) 𝕳𝖎𝖙𝖒𝖆𝖓
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 07
Topeng muka menyerupai wajah orang lain disarungkan mereka bertiga."Sekejap, apasal nak kena pakai topeng bagai ni?" Yoongi menepuk-nepuk dahi jendul seusai wajah buntu Hoseok ditatapnya.
Namjoon yang berada bersebelahan Hoseok sekadar menggeleng kepala.
"Kan aku dah bagitahu semalam, Taehyung upah pembunuh dari agensi (Big) Hitman jugak." geram Yoongi, acapkali mengulangi ayat yang sama dari semalam.
"Tapi, engkau orang sanggup ke nak bunuh kawan sesama kita?" entah kenapa lahir rasa simpati dari hati keras Hoseok.
"Seok, ingat waktu kita direkrut dulu? Mentor kita ada pesan, kalau pembunuh upahan itu berpaling tadah kepada pihak musuh, kita kena hapuskan mereka biarpun kita semua dari agensi yang sama." celah Namjoon, dengan panjang berjela dia berkata-kata.
"Betul tu. Lagipun kita buat penyamaran ni nanti dia orang tak cam kita. Jadi, senanglah nak 'picu-picu' dia orang sampai mampus haha.
Hati tu kental sikit, jangan nak lembut sangat. Kita bakal lawan api sama api." Yoongi menyudahkan bicara dengan menepuk-nepuk dada bidang Hoseok.
"Dah kau orang cakap begitu, ayuh kita tumpaskan Taehyung dan lain-lain!"
"Ayuh!"
🔫🔫🔫
Dibalik akhbar bercetak yang tegak berdiri, anak matanya tajam memerhatikan sekumpulan pembunuh upahan yang terdiri daripada 8 orang. Mereka yang lengkap bersenjata berlegar-legar sekitar lobi utama syarikat.Peluru diisi terlebih dahulu sebelum genggaman pada senapang hendap (sniper) jenis FN FAL buatan Belgium itu dipereratkan.
Sesekali, tatapan Namjoon begitu fokus dalam menyasarkan beberapa orang pembunuh upahan yang tidak jauh dari kedudukannya, begitu selesa dirinya duduk bersilang di atas sofa mewah yang empuk.
Tanpa menghasilkan sebarang bunyi, peluru dari berjaya dilepaskannya kepada salah seorang mereka, hinggakan menembusi tempurung kepala. Akibat itu, semua pembunuh upahan yang berdekatan tergamam melihat rakan sekerja mengalami pendarahan kepala yang kritikal.
"Yeosang!"
"Pedulikan dia. Sekarang ni, kita kena pertahankan kawasan syarikat kalau tak nak musuh masuk." tersenyum lebar Namjoon melihatkan Hongjoong agak gementar memberikan arahan kepada anak buahnya.
Senyumannya kian tersungging tatkala kesemua pembunuh upahan di situ sudahpun jatuh tersungkur bersama kesan tembakan pada anggota badan. Namjoon tahu, ini pasti tembakan daripada Yoongi dan Hoseok yang menyamar sebagai penyambut tetamu di kaunter.
Seusai memastikan mereka sekumpulan berjaya ditundukkan, S.W.A.G dengan megahnya menghayunkan langkah, cuba meninjau keadaan kumpulan Agile Teenager of Educat-Ed Zone yang secara singkatannya, A.T.E.E.Z.
Wajah keanak-anakan milik Hongjoong, Seonghwa, Yunho, Yeosang, San, Mingi, Wooyoung dan Jongho ditenung Namjoon, sambil-sambil dalam fikiran menyusun ayat untuk diperkatakannya.
"Alahai, ini ke pelajar-pelajar terbaik dalam program Assassination Classroom?" begitu bersahaja Namjoon meremehkan prestasi kumpulan juniornya sendiri.
"Kan? Takkan perasan kami tengah menyam-" kepala Hoseok dicepuk Yoongi, nyaris-nyaris membongkarkan rahsia penyamaran mereka bertiga.
"Tak guna! Macam kau orang tahu pasal kami hah?" tergelak Yoongi setelah mendengarkan soalan berbaur kemarahan daripada Jongho.
"Itu rahsialah, ingat senang-senang saja aku nak bagitahu." perli Yoongi membalas.
"Kalau tak ada apa-apa, kita orang blah dulu. Ciao!"
🔫🔫🔫Pintu pejabat milik Kim Taehyung dihempas kuat, menandakan S.W.A.G mula menyerbu masuk.
"Kau dah tertangkap, Kim Taehyung. Berdiri dan angkat kedua-dua tangan kau!" jerkah Hoseok memberikan arahan kepada orang yang duduk membelakangi mereka.
Seraya itu dia pun mengikuti yang Hoseok katakan, namun dia masih tidak memalingkan wajah ke arah S.W.A.G.
"Pusing ke arah kami!" arahan Hoseok kali ini tidak diikutinya, malah dia kekal menghadap pada tingkap yang terbuka.
"Ouh degil, ya? Hah, rasakan!" satu das tembakan dari pistol jenis Ruger Super RedHawk. 454 Casull berjaya dilepaskan oleh Yoongi, tepat mengena di kepala jejaka degil itu.
Sekadar ingin ketahui keadaan jejaka ditembaknya, Yoongi pun mengorak langkah menghampiri tubuh terdampar itu.
"Finally, jumpa jugak orang yang songlap dana agensi kita." lega Namjoon melepaskan hela nafas, rasa bebanan yang dipikul pada bahunya mulai ringan.
Hoseok mengangguk, tanda bersetuju.
"Em tak jugak. Kita tersilap oranglah!" tergamam kedua-dua mereka, memandang Yoongi yang beriakkan wajah penuh kegusaran.
Kepala mangsa tembakan Yoongi dihala kepada Namjoon dan Hoseok.
"JEON JUNGKOOK?"
🔫🗡️🔫🗡️🔫
Muehehehe tau scene saspens tak jadi😮
YOU ARE READING
【✔️】(𝕭𝖎𝖌) 𝕳𝖎𝖙𝖒𝖆𝖓 || 𝐁𝐓𝐒 𝐑𝐀𝐏𝐋𝐈𝐍𝐄
Aksiyon©2020 -𝐊𝐇𝐀𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐁𝐔𝐄𝐍𝐎 (𝐖𝐀𝐒 -𝐏𝐔𝐁𝐆𝐌𝐈𝐍) 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘𝐋𝐈𝐍𝐄 [BULLETPROOF SERIES] ✧════════════•❁❀❁•════════════✧ ⚠️𝚁𝙴𝙰𝙳 𝙾𝙽 𝚈𝙾𝚄𝚁 𝚁𝙸𝚂𝙺⚠️ (Big) Hitman merupakan agensi rahsia yang merekrut ratusan pembunuh upahan termasu...