🔫fem🔫

202 41 25
                                    

(𝕭𝖎𝖌) 𝕳𝖎𝖙𝖒𝖆𝖓
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 05


"Selamat pagi, Encik Park Jimin." ucap penyambut tetamu di lobi utama seraya menunduk hormat kepada pemuda berkerjaya itu.

"Ya, selamat pagi." jawabnya ringkas sebelum meluru masuk ke dalam lif.

Langkah diderapnya melalui tempat pekerja mulai laju, bersegera untuk tiba di pejabat. Setibanya tiba di hadapan pintu, Jimin lantas melekap ibu jarinya pada peranti pengimbas identiti yang dipasang berhampiran tombol.

Ting!

Secara automatik, pintu dikuak luas. Dalam kesempatan yang berbaki, pantas saja derapan kakinya memasuki ruang dalaman pejabat itu.

Mungkin ada perkara penting yang perlu dilakukannya.


🔫🔫🔫


"Arghh! Mana benda tu?"

Suasana pejabat milik Park Jimin kini berselerakan dengan timbunan fail kewangan syarikat di atas lantai, tak ubah seperti tongkang pecah.

"Tak ada?"

"Tak ada!"

"TAK ADA!"

Tempik Park Jimin sepuasnya ekoran tidak menjumpai sesuatu yang dicari-cari dari tadi.

"Cari apa, Park Jimin 'jadian'?" terbungkam jejaka itu setelah Jimin yang sebenar sudahpun memasuki pejabat.

Perit dia menelan liur, merasakan objek yang tajam dan sejuk meneroka sekeliling batang lehernya.

"Aku ca-ri, cari, INI!"

Dengan tangkas, jejaka yang menyamar sebagai Park Jimin mula menyelit kaki, hinggakan Park Jimin sebenar yang pada mulanya berdiri statik terus jatuh tersembam.

Pisau lipat yang digenggam erat Jimin lantas disambarnya.

Mungkin disebabkan berasa rimas, dia pun menanggalkan topeng yang menyerupai wajah Jimin itu. Jimin yang melihat gerangan menyamar sebagai dirinya, terpana seketika.

Mana tidaknya, wajah orang itu memang seiras dengan wanita yang bersamanya malam tadi.

"Jangan nak acah-acah terkejutlah! Mana kau sorokkan cek dari Agensi (Big) Hitman tu, hah? Hah!" desak Yoongi sambil mengacukan mata pisau itu betul-betul pada batang leher kepunyaan Jimin.

"Cek? (Big) Hitman? Apa yang kau cuba nak bagitahu ni?"

Sungguh, kebuntuan menyelubungi diri jejaka berjawatan ketua penyelia ini.

"Jangan buat-buat tak tahulah! Seokjin sendiri bagitahu yang kau sendiri buat penyelewengan dana agensi tu, kan?" terkedu Jimin pabila satu suara asing menyapa deria pendengarannya.

Dalam menahan perit akibat terjatuh, sempat dia menoleh ke arah pemilik suara itu yang sudahpun mengulum senyuman sinis buatnya.

Namjoon yang perasan dirinya direnung Jimin mula membuka langkah ke arah mereka berdua.

Tubuh Jimin bingkas berdiri, bukan kerana atas keupayaannya, tapi kolar sutnya direntap kasar oleh Namjoon sehingga kujur tubuh separa longlainya terarah kepada jejaka berlesung pipit itu.

"Mengaku sajalah!" ugutan Namjoon itu disambut tawa acah-acah oleh Jimin.

"Haih, yang kau orang percayakan si Seokjin tu kenapa? Dia tu antara penipu paling penipu dalam kalangan penipu tahu? Aku tahu memang berbelit-belit, tapi itulah realiti seorang penipu seperti dia.

Jadi, tak hairanlah dia muda-muda dah berpangkat tinggi." tutur Jimin, tenang saja nada suaranya didengari halwa telinga Yoongi dan Namjoon.

"Habis tu, kau nak kata bukan kaulah yang seleweng dana tu?"

"Of course I'm not. Apa ingat aku yang kaya ni nak jadi kaya lagi? Itu tamak haloba namanya." selar Jimin sepuasnya.

"Kalau bukan kau, siapa lagi, hah?" tengking Yoongi sekerasnya.

"Siapa agaknya, ye? Hm, pergilah cari sendiri, hahaha. Takkan semua aku nak kena bagitahu." menyirap kedua-dua pembunuh upahan itu setelah disakat Jimin.

"Kau dah melampau!" jerkah Hoseok yang bengang memerhati lagak Jimin dari tadi.

Cepat-cepat Hoseok menyambar pisau lipat dari tangan Yoongi lalu menghunuskan mata pisau itu ke arah leher Jimin.

Terlepas cengkaman kolar sut Jimin yang digenggam Namjoon lantaran terkejut akan tindak tanduk drastik Hoseok.

"AUCH!" menyeringai Jimin dibuatnya akibat mata pisau dibenamkan sedalam-dalamnya.

🔫🗡️🔫🗡️🔫

Bukan selalu nak buat scene sadis tak berapa sadis ni 🐝

【✔️】(𝕭𝖎𝖌) 𝕳𝖎𝖙𝖒𝖆𝖓 || 𝐁𝐓𝐒 𝐑𝐀𝐏𝐋𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now