17

2.6K 116 2
                                    

Seperti yang diberitahu oleh Rayyan,Aalisya menunggu di pagar belakang.Seram jugalah dia kerana pagar itu sudah terlalu lama tidak digunakan oleh para pelajar sedangkan pagar ini elok saja terbuka.

Aalisya gelisah.Dapat dia rasakan seperti seseorang sedang memerhatikannya.

Aduh,mana pula si Rayyan ni.Hatinya mengomel.

Resah memikirkan si stalker yang masih belum dapat dikesan.

Walaupun dia berada didalam kawasan sekolah,dia tetap berasa resah.Dia memang berada didalam kawasan sekolah tapi pelajar lain satu pun tidak nampak hidung mereka.

Memang dikawasan itu ada kamera keselamatan litar tertutup tapi bagaimana kalau stalker itu datang menculiknya dengan memakai topeng.

Akalnya mula berfikiran negatif. Aalisya menidakkan akalnya,itu cuma pengaruh dari cerita-cerita yang selalu ditontonnya.

Aalisya memandang kearah belakang.Seperti ada seseorang tapi tidak nampak langsung bayang-bayng seorang manusia.

"Abang Rayyan."mulutnya menggumam.Takut.

Takut jika dicuik dan dijadikan tebusan.

Sekali lagi akalnya berfikiran negatif namun segera ditegah Aalisya.Cuba menyedapkan hati yang sedia gundah.

"Hey."Aalisya menoleh dan bergerak kebelakang.

Figura Hariz menyapa pandangan.Aalisya mengusap dadanya.Lega.

"Kau buat apa kat sini?"Aalisya tersentak.

Ha sudah!Apa aku nak jawab ni?

Aalisya tayang sengih."Tunggu abang."

"Kat pagar ni?Sorang-sorang?Berani."komen Hariz,si atlet sekolah.

Aalisya hanya senyum.Kereta Rayyan yang meluncur laju bergerak kearah pagar sekolah itu diperhatikan.

"Saya balik dulu.Abang dah sampai."

Aalisya ukir senyum nipis buat Hariz sebelum berlari masuk ke dalam kereta.

Atlet sekolah itu hanya melihat.Macam kenal je kereta tu.

***
"Lama dah tunggu?"Rayyan mula menyoal.

Aalisya sekadar mengangguk."Kenapa lambat?Abang tahu tak Isya takut duduk kat situ sorang-sorang."

"Sorrylah,tadi abang banyak kerja sikit tu yang lambat."

Aalisya tayang wajah geram.Rayyan ni tak fikir pasal keselamatan dia ke?

"Abang tak fikir ke pasal lelaki psiko tu?"

Soalan daripada isterinya membuat Rayyan terdiam seribu bahasa.

"Kalau dia culik Isya macam mana?"

Rayyan seperti tadi.Diam tanpa balasan.

Aalisy mengeluh.Rayyan memang tak pernah sayangkan dia.

Buktinya jelas depan mata.Suaminya itu langsung tidak peduli akan keselamatannya.

"Kalau dia culik Isya,abang akan datang selamatkan.I'm your hero,right?"balas Rayyan setelah lama mengunci mulut.

"Abang nak bawa Isya pergi mana?"

Rayyan ukir senyum."Secret."

***
"Rumah siapa ni?"soalan pertama yang muncul di dua ulas bibirnya.

Rumah teres dua tingkat itu menjadi sasaran matanya sejak tadi.

Cantik benar dipandangan matanya.

Walaupun rumah teres tapi keluasan lamannya luas.

Aalisya terpegun seketika.

"Jomlah keluar."bicara Rayyan berjaya mematikan lamunan Aalisya tentang rumah dihadapannya ini.

"Abang,ni rumah siapa?"

"Nanti awak tahu juga Isya oi."

Aalisya terdiam.Rumah siapa agaknya.

Rayyan membuka pintu rumah dengan menggunakan segugus kunci yang berada dalam genggamannya.

"Masuklah."Aalisya melangkah masuk.

"Cantiknya."keadaan rumah itu cantik tapi nampak seperti semua tempat sudah dilitupi debu.

Rayyan ukir senyum."Pergilah tengok bilik kita kat atas tu."

"Kita?"Aalisya menyoal kembali.

Rayyan senyum.Suka melihat wajah bingung isterinya.Comel!

"Ni rumah kita,sayang."Aalisya dapat merasakan bahang dipipinya apabila Rayyan memanggilnya sayang.

"Bila abang beli?"

"Ni rumah abang time kecil."Rayyan memberitahu.

"Time kecil?"Rayyan ketawa melihat isterinya yang kelihatan keliru.

"Ni rumah family kandung abang."

Aalisya terpegun seketika.

Rayyan still boleh ingat dimana rumah tempatnya bergurau senda dan bermain bersama keluarganya dulu.

Dalam diam Aalisya bangga dengan suaminya.

My Playboy Teacher | COMPLETEWhere stories live. Discover now