48

1.2K 59 6
                                    

Rayyan masih lagi mendakap tubuh genit Aalisya. Gayanya seperti tidak mahu melepaskan gadis itu langsung.

Setelah lama mendiamkan diri, tangan Aalisya naik memeluk tubuh tegap Rayyan. Tangannya mengusap sedikit belakang tubuh Rayyan.

"Abang jangan la nangis. Isya kan ada dengan abang." Ucapnya perlahan. Dia tahu Rayyan menangis walaupun lelaki itu cuba menyembunyikan tangisan.

Rayyan cuma diam. Dia rindukan isterinya. Jika ini kali terakhir dia memeluk isterinya, biar la dia memeluk sepuasnya. Tidak sanggup lagi dia tahan rasa sakit melihat isteri kecilnya tidak mengenali dia sebagai seorang suami.

Tangisan Rayyan yang tadinya perlahan semakin kuat. Dia menangis teresak-esak bagai anak kecil.

"Sayang." Ucap Rayyan perlahan. Tangannya masih setia memeluk tubuh si isteri.

Aalisya diam. Menunggu bicara 'abangnya' itu.

"Jangan tinggal abang lagi. Abang sayang awak sangat-sangat."

Lama mereka berdiam sehingga Rayyan sendiri yang melepaskan pelukan.

Lelaki itu mengelap airmatanya. Bibir mengukir senyum nipis buat isteri tersayang.

"Abang nak keluar jap dengan atuk.

Rayyan terus melangkah keluar. Meninggalkan Aalisya dalam kebuntuan.

***
"Ayden Hezfirsyam bin Adli!"

Emma keluar dari biliknya, pantas kaki melangkah menuju ke tingkat bawah.

Bebola matanya ligat bergerak ke kiri dan kanan mencari figura Ayden.

"Ayden!"

Sekali lagi, rumah tersebut dihuni sementara oleh suara jeritan Emma.

"Yes, sayang. Anything?"

Ayden muncul dari bilik stor yang terletak di dapur.

"Sayang otak kau." Laju kaki Emma bergerak ke arah lelaki itu. Satu tumbukan kecil dilepaskan di abdomen Ayden.

Ayden mengaduh kecil. "Sayang, apani kasar sangat?" Ayden menyoal sambil menahan sakit. Sebenarnya tak sakit mana pun saja nak acah acah depan Emma. Mana tahu dapat attention.

"Ni? Apa benda ni?" Emma menunjukkan sesuatu yang ada di dalam telefon pintar nya.

Ayden melihat. Nak tahu juga apa yang buat minah ni marah sangat.

Seketika kemudian lelaki itu ketawa.

La, sebab ni je ke?

"Kenapa? Kau jeles ke?" Ayden sambung ketawa.

Emma jerit nama dia sebab nak tunjuk gambar dia dengan Intan ke? Cemburu? Mungkin.

"Asal kau gelak? Aku tengah bengang ni."

"Okay okay aku tak gelak." Tetapi ketawa kecil masih berbunyi.

Setelah puas gelak, Ayden kembali ke mood serius. Emma masih memandangnya.

"Kenapa? Kau jeles ke?" Soal Ayden sambil bibirnya membentuk senyum sinis.

"Aku tak ada masa nak jeles. Aku just nak tanya, bila kau keluar dengan dia?"

Ayden mendekatkan wajahnya dengan Emma. Emma mengundur sedikit.

"Kau jeles?" Soal lelaki itu perlahan. Cukup untuk membuat jantung Emma berdegup kencang.

Emma tahan gugup. Dia menolak tubuh Ayden menjauhinya sedikit.

"Aku tanya bila? Tu je." Emma fikir mungkin jawapan itu akan menutup gugupnya tadi.

"Semalam. Kau keluar tengok Aalisya kan. Aku bosan jadi aku ajak dia keluar." Balas Ayden selamba.

Emma sedikit kecewa. Argh, Ayden suka menyeksa perasaannya.

Dalam tak sedar, wajah gadis itu berubah sedikit. Ayden sedar akan hal itu.

"Jeles ke sayang?"

"Tak. Aku tak ada masa nak jeles." Jawab Emma dingin.

"Kalau jeles cakap, nanti melepas. You know, banyak perempuan yang kejar aku tau. Aku kan hot."

Emma sekadar memberikan jelingan tajam untuk Ayden. Sempat lagi tu angkat bakul sendiri.

"Eh, tapi tu kau tengok status sape? Asal nama Din?" Ayden menyoal.

"Status kau la."

"Aku? Din?"

Emma mengangguk. "Nama kau kan Ayden. Too international. Kita melayu kot. So aku letaklah nama melayu kau as Din."

Ayden ternganga. Minah ni gila ke apa? Nama aku punya sedap kau letak Din je?

Sorry peanut amik masa yg lama untuk update MPT... I am so sorryyyy guys..

I have a lot of work to do... skarang pun peanut dh smbung study..kat penang ye..sape nk jumpa meh la kita roger ii hehehehe...

Biasala bila dh sambung study ni..byk bnda kne settle..bz sesaje..

Maaf sgt buat korang menunggu lama...and Thank you for those yg setia tunggu berbulan... peanut hargai sgt ii...

Stay tuned for bab 49 !!

Bye !

Lama xckp mcmni

Peanut love you guyssss❤️

My Playboy Teacher | COMPLETEWhere stories live. Discover now