32

2.1K 91 3
                                    

"PUTERI AALISYA ARYANNA!"

Aalisya terkekek ketawa sambil berlari keluar tandas. Puas hati dapat mengusik suami kesayangannya.

"Abang keluar toilet nanti siap awak, Isya."

Aalisya tetap ketawa. Tak takut langsung dengan ugutan yang diberi Rayyan.

Bunyi pintu tandas yang terbuka membuatkan Aalisya menoleh. Rayyan keluar dengan wajah geram.

Mana tak geram. Tengah sedap tidur, isterinya itu boleh pula 'ubah' muka dia yang hensem ni jadi badut.

Aalisya lari dari Rayyan.

"Nak pergi mana? Dah make up muka abang, nak larikan diri pula?"

Rayyan masih mengejar isterinya.

"Hehe, Isya bosan. Tu je melukis tu."

"Melukis apanya? Dah macam badut gila terlepas dari sarkas tahu tak?!"

Aalisya tersengih tak bersalah. Ala, gurau saja mah!

Melihat Rayyan yang mendekat, gadis itu segera menjauhkan diri.

"Abang pakai baju dulu!"

"Taknak!"

"Abang!!"

Tawa Rayyan meletus. Aalisya sudah memejam mata. Baru saja ingin melarikan diri, Rayyan sudah dapat menangkapnya.

"Abang dah pakai baju lah. Buka mata."

Aalisya menggeleng.

Tersenyum kecil Rayyan.

Tangan Aalisya diambil lalu diletakkan di bahagian dadanya.

"Sentuhlah, abang dah pakai baju ni."

Dengan perlahan Aalisya membuka matanya. Dia mengeluh lega sebelum tangan ketamnya memulakan kerja menyerang Rayyan.

"Jahat."

"Aduh Isya. Sakitlah." Rayyan mengaduh sambil menepis tangan kecil gadis itu.

Aalisya ketawa jahat. "Padan muka. Buat orang lagi."

Tangannya galak mencubit bahgian abdomen Rayyan. Sesekali bahagian lengan Rayyan menjadi mangsa.

Tiba-tiba...

Tangannya digenggam erat oleh si suami.

Terkaku sebentar gadis itu. Rayyan senyum sinis. Belagak lagi!

Tangan yang berada dalam genggamannya ditarik sedikit kuat. Akibatnya, Aalisya bergerak ke hadapan sedikit. Tersentak gadis itu.

Rayyan merapatkan wajah mereka. Tiada jarak walau seinci. Hidung mereka berlaga.

"Berani ye tukar muka abang jadi badut sarkas?" Rayyan menyoal serius.

Aalisya tersengih tak bersalah. "Ala, dah abang asyik tidur je. Tu Isya make up sikit muka abang. Kan cantik tu."

Sejurus selepas itu, dia tergelak sendiri.

Cantik sangat! Kesan gincu yang ada pada bibir membuatkan bibir suaminya kelihatan tebal. Auch!

Sebiji macam maknyah luar sana yang reti make up.

"Abang nak pakai tudung tak? Manalah tahu lagi bertambah keayuan tu. Nampak sikit macam perempuan celup terakhir."

Aalisya tahan ketawanya. Suka menyakat Rayyan.

Rayyan tahan geram. Nasib baik sayang.

"Macam ada yang kurang lah. Jap, Isya tambah lagi okay." Bedak compact dan blusher diambil. Dia memulakan kerja.

Rayyan pula hanya pasrah dikerjakan isterinya.

Apalah nasib.

***
Faez masuk ke dalam rumah besar milik Rayyan.

Matanya memerhati sekeliling. Takut ada yang perasan akan kehadirannya.

Bilik tidur milik pasangan suami isteri itu dituju.

Pintu dibuka dengan perlahan. Figura Aalisya yang sedang berbaring membelakanginya diperhati.

Faez terpaku sebentar.

Aalisya, sudah 5 tahun dia menunggu gadis itu.

"Isya, turun makan. Papa ada beli makanan kegemaran Isya ni." Suara Tan Sri Arshad kedengaran. Dengan pantas Faez masuk ke dalam bilik tersebut.

Aalisya turun dari katilnya. Papa datang bawa food! Yeay!

"Pa ... Argh!!!" Dia menjerit kuat sebelum seseorang menekup mulut.

"Diam !" Lelaki misteri itu berbisik halus.

"Isya kenapa tu?" Perasaan risau bertapa di lubuk hati si ayah. Kakinya laju melangkah ke arah bilik anak dan menantunya.

Baru saja pintu dibuka, Dia sudah ditendang kuat oleh seseorang.

Tan Sri Arshad sudah berusia, mana mampu untuk bangkit melawan, tambah pula dia ditendang kuat di bahagian dadanya.

Matanya melihat anak gadisnya meronta minta dilepaskan.

"Lepaskan aku lah bodoh." Tangannya tidal henti memukul lelaki misteri yang menculiknya.

"Papa!" Dia melaung kuat. Papanya kelihatan lemah. Airmata sudah bergenang.

"Papa! Lepaskan aku lah." Sekali Lagi Aalisya cuba melepaskan diri walaupun telah menaiki kenderaan yang dipandu penculik itu.

"Lepaskan aku lah bodoh." Dia menjerit sekuat hati.

"Diam !" Dengan sekali tamparan, gadis itu pengsan dipangkuan penculik itu.

Hye everyone!!

Tgh buat apa tu?! Hehehe

HAPPY NEW YEAR TO ALL MY READERS 🥳❤️

Nad minta maaf kalau ada salah silap xlayan korang or buat korang sakit hati ke.. Kosong kosong eh🥺❤️

Thank you sbb you guys, tahun 2020 Nad jd sgt bermakna🥺

Nad dpt best ranking, first ranking anddd

MPT DAH 4K READERS 🥳🥳❤️

WAH KORANG HAPPY TAK?

I just hope that I will meet you guys one day🥺

Thank you, cause you guys keep support me during write this story🥺❤️

Xprnh jemu tunggu nad update chapter baru🥺

Thanks a lot❤️

May your 2021 will be better than before, InsyaAllah❤️✨

My Playboy Teacher | COMPLETEWhere stories live. Discover now