21

2.7K 118 0
                                    

Rayyan yang sedang bercakap di telefon itu dikerling. Serius benar nampaknya lelaki itu.

"Ye okay. Thank you Emma."

Jantung Aalisya seakan terhenti apabila mendengar nama sahabatnya. Emma? Emma yang mana ni?

Emma kawan aku atau...

Scandal mamat tu?

Aalisya tertanya-tanya dalam hati. Melihat pandangan mata tajam yang diberikan oleh Rayyan, segera gadis itu menunduk.

Tajam macam pedang. Pandangan dia tu, dah menusuk masuk kedalam jantung. Tak tentu arah gadis itu dibuatnya.

Melihat Rayyan yang mendekati, Aalisya meraung didalam hati. Nervous semacam!

"Kenapa tak bagitahu abang yang Hafiz duduk rapat dengan Isya?" Mendengar soalan daripada suaminya, Aalisya tahu Emma yang disebut oleh Rayyan tadi adalah sahabatnya.

"Perlu ke?"Aalisya menyoal.Tiada nada dalam percakapan. Tiada juga riak di wajah gadis muda itu.

"Isya, abang kan suami Isya. Mestilah abang kena tahu."

Aalisya gulingkan matanya keatas. Rolling eyes. Entah mengapa dia rasa sakit hati pula bila mendengar Rayyan menyebut perkataan suami.

"Isya masih sayangkan Hafiz kan?" Soalan daripada suaminya ternyata mengundang jelingan tajam bak pedang samurai Aalisya.

Namun Rayyan hanya tayang wajah kosong. Tidak terkesan dengan jelingan maha tajam yang dihadiahkan oleh si isteri.

"Baik you mengaku Puteri Aalisya Aryanna." Rayyan masih dengan wajah tenang namun nadanya tegas.

"Tak. Apa masalah abang sekarang ni? Hafiz tu...Dia duduk rapat sikit je bukannya banyak pun. And one more thing,kitotang still kat tempat terbuka."

Rayyan mendengus tak puas hati."Tak kisahlah rapat sikit ke rapat banyak yang penting you tu wife abang."

"Wife? Seriuosly Tengku Irfan Rayyan? Wife? Kahwin dengan orang lain, sayang dekat orang lain. Itu ke wife?" Aalisya gelak sinis. Walaupun sukar untuknya menuturkan ayat itu namun itulah kebenarannya.

Rayyan kahwin dengan dia tapi sayangkan si bekas kekasih, Rafina.

Rayyan terdiam. Mulutnya seolah digam setelah menerima serangan daripada si isteri.

"8 months.Then we get divorced." Sambung Aalisya. Rayyan yang mendengar sudah membulat mata.

"No. Kita takkan bercerai." Laju Rayyan berkata. Aalisya gelak sinis. Terasa lawak dengan kata kata suaminya.

"Abang lupa eh? Abang juga yang minta macam ni kan. Kita kahwin. After 8 months we get divorced. You lupa ke abang sayang?"

"Dahlah abang. Isya tetap dengan keputusan Isya. After 8 months we get divorced.After kita dapat harta yang arwah nenek wasiatkan. Then abang akan dapat jumpa dengan kekasih hati abang semula."

Aalisya terus membaringkan tubuh ke atas katil empuk itu. Mata dipejam rapat. Cuba membuang segala perasaan yang bertandang di hati ketika itu.

Rayyan pula hanya memerhati. Terbit keluhan di dua ulas bibirnya. Terasa menyesal apabila membuat keputusan terburu-buru suatu tika dahulu.

Bercerai? Mampukah dia?

***
Siap sekarang. In 30 minutes abang datang ambil Isya. Jangan pakai cantik cantik sangat. Simple je. Baju kurung is better.

Aalisya kerut dahi. Sudah beberapa hari tidak berbicara dan berbalas mesej tiba-tiba saja suaminya ini ambil tindakan dahulu.

Hati diselubung perasaan ingin tahu. Ingin bertanya tapi disimpan niatnya. Ego masih ada.

Selesai sahaja merapikan rambutnya, Aalisya mengikat rambut berwarna perang miliknya itu seperti pony tail.

Bak kata Rayyan. Simple.

Baju kurung moden gabungan warna pink dan putih itu diperhatikan. Tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Blusher disuakan ke pipi putihnya. Tidak terlalu menonjol warnanya.

Tit Tit

Turun cepat!!

Pantas gadis itu mengambil begnya dan telefon yang sedang dicas. Laju kakinya melangkah menuruni anak tangga.

Selesai memilih kasut yang sesuai dan seiring dengan tema baju, Aalisya berlari kecil memasuki kereta yang dipandu suaminya.

"I said simple." Komen dari Rayyan membuatkan Aalisya menoleh.

"Simple lah ni."

"No. Abang cakap baju kurung not baju kurung moden. Kenapa sampai nak kena pakai blusher?"

Serangan Rayyan berjaya mematikan suara gadis itu.

Aalisya terlihatnya tercengang dengan pernyataan suaminya.

"Whatever." Rayyan memulakan pemanduan. Malas nak bahas lebih-lebih.

Isterinya sudah berhias untuknya. Apa lagi? Menghargai sudah cukup tapi hatinya dikuasai perasaan cemburu yang sangat tinggi.

Macam mana kalau ada mata-mata nakal yang melihat isterinya nanti?

Rayyan resah sendiri.

***
"Kenduri?" Soal Aalisya pelik. Tidak pernah lagi suaminya itu membawanya ke kenduri atau majlis besar seperti ini.

"You will know later. Dah jom."  Rayyan keluar dari perut kereta sekaligus menarik Aalisya keluar.

Pinggang gadis itu dipeluk erat dengan sebelah tangan. Tersentak Aalisya dengan perbuatan suaminya.

Tangannya cuba melepaskan pelukan Rayyan. Tak selesa.

Masuk sahaja didalam dewan besar itu, Rayyan segera memilih tempat duduk untuk mereka berdua.

"Isya tunggu sini. Biar abang ambilkan makanan untuk Isya." Aalisya terpinga-pinga.

***
"Abang, jom balik."ucap Aalisya. Rayyan sedang melihat ke suatu sudut itu tidak menunjukkan respon.

"Abang."

Tiada tanda-tanda lelaki itu untuk menjawab panggilannya. Aalisya merengus. Bebola matanya dialihkan melihat ke sudut yang ditenung oleh suaminya sedari tadi.

Jantung gadis itu berdetak hebat. Tiba tiba rasa tidak sedap hati pula. Wajah Rafina merangkap bekas kekasih suaminya itu dipandang sebelum dia menundukkan kepala.

Entah mengapa dia rasa sebak pula mengenangkan hal itu. Tambahan pula pengantin perempuan yang sedang tersenyum mesra disebelah pengantin lelaki itu merupakan bekas kekasih Rayyan.

Airmata yang sudah bergenang ditahan daripada mengalir. Pandangannya masih terarah ke bawah meja.

"Jom." Tangan Aalisya ditarik lembut. Sebelah tangan kembali memeluk erat pinggang isterinya.

Mereka berdua melangkah mendekati pasangan raja sehari itu.

"Congrats." Rafina kelihatan terkejut dengan kehadiran mereka berdua. Tak. Kehadiran Rayyan. Itu yang lebih tepat.

"Rayyan." Lelaki itu hanya senyum. Tangan dihulurkan bagi menyalam tangan suami Rafina.

Saat bersalaman, Rayyan tahu bahawa lelaki yang kini bergelar suami kepada bekas kekasihnya tidak senang dengan kehadirannya.

"Congratulations Kak Fina." Aalisya menyalam pengantin perempuan itu.

"Thank you, Isya." Senyuman nipis menjadi balasan bagi ucapan Aalisya.

"Oh ya! Kenalkan, Aalisya my wife." Tubuh Aalisya ditarik rapat mengena tubuhnya. Terkejut gadis itu dengan tindakan Rayyan.

Aalisya tayang senyum kekok. Rafina tercengang.

"Ouh, dah kahwin?" Rayyan mengangguk sambil tersenyum.

"And saya sayangkan dia." Kali ini tangan Aalisya pula digenggam erat.

Aalisya diam membatu. Apabila melihat wajah suaminya, dia dapat rasakan yang Rayyan ikhlas tapi entahlah...




My Playboy Teacher | COMPLETEWhere stories live. Discover now