42

2.1K 88 2
                                    

"Sa..saya nak jumpa Isya. Dia kat mana?"

"Dia dekat hospital sekarang. " Jawapan Emma buatkan Rayyan tergamam.

Melihat reaksi Rayyan membuatkan Emma mengeluh.

"Dia hampir bunuh diri."

Lutut Rayyan tiba-tiba menjadi lemah. Dia bersalah. Dia tuduh Aalisya.

Dia tak sepatutnya buat begitu. Dia sepatutnya melindungi gadis itu.

"Saya nak jumpa dia."

"Jomlah kita pergi hospital sekali. Saya tak rasa Sir mampu nak drive sendiri sekarang ni."

Rayyan bangun dari duduknya. Ingin mengikuti langkah Emma dan Ayden.

Langkah Emma terhenti apabila telefonnya berbunyi. Laju dia menjawab.

"Hello abang Iz. Kenapa.."

"Isya hilang."

"What? Bila?" Mendengar apa yang keluar dari mulut Izwan buatkan Emma panik.

Ayden dan Rayyan juga turut memandang.

"Abang tak tahu. Bila abang datang dia dah tak ada. Doktor dengan nurse semua tak perasan." Ujar Izwan cemas.

"Abang check cctv dulu. Emma datang sekarang."

Talian ditutup.

"Isya hilang."

Rayyan panik apabila mendengar berita itu.

***
"Abang Iz. Macam mana?" Soal Emma.

"Ada lelaki yang bawa dia tapi tak nampak muka."

Jelas Izwan. Dia pandang wajah Rayyan.

"Kenapa kau ada sekali? Kau... Kau punca semuanya tahu tak." Nampak benar sekarang ini Izwan sedang lepaskan amarahnya pada Rayyan.

"Kau janji nak jaga dia. Mana? Mana janji tu? Sekarang kau seronoklah kan bila dia hilang." Amarah Izwan makin menjadi-jadi.

Rayyan sekadar mendiamkan diri. Tiada apa yang mampu dia katakan buat masa ini.

"Iz, apa jadi ni? Sejak bila Isya masuk hospital pula ni?"

Suara Puan Sri Aisyah menyapa pendengaran mereka berempat.

Rayyan pandang wajah ibu mertuanya.

"Maafkan Rayyan, ma. Rayyan yang salah. Rayyan tak jaga Isya baik-baik. Rayyan biarkan ego kawal diri Rayyan. Rayyan abaikan Isya. Rayyan dah buat Isya sedih. Maafkan Rayyan."

Tak disangka Rayyan sanggup melutut dihadapan semua orang demi memohon kemaafan.

"Rayyan, bangun. Apa dah jadi ni?" Soal Puan Sri Aisyah lembut.

"Rayyan yang salah. Rayyan minta maaf." Tidak henti lelaki itu mengeluarkan kata maaf.

"Sudah Rayyan. Bangun. Sekarang bukan masa untuk minta maaf." Tan Sri Arsyad membantu Rayyan untuk bangun.

"Rayyan minta maaf." Lelaki itu terlihat menangis.

Tan Sri Arsyad tepuk bahu menantunya. "Dah, sekarang kita cari Isya dulu."

***
"Long time no see, Jack!" Ujar seorang lelaki tinggi lampai.

Jacker senyum sinis. "You too. Ash."

Mereka bersalaman dengan melagakan penumbuk masing-masing .

"I need your help right now."  Ujar Rayyan.

Jacker mengangguk manakala Ash pula memandang tak puas hati.

"Suka hati je nak arah aku."

Tak pasal-pasal kepalanya diketuk oleh Jacker.

"Dia serius tu."

"Yelah. Apa kau nak?"

Jacker jeling tajam ke arah Ash. "Belagak betul sejak jadi polis ni."

"Diamlah kau. Buat kerja sendiri. Sibuk je asyik membebel."

"You guys know what to do." Marah Rayyan. Rasa menyampah pula bila berkumpul je asyik bergaduh dua orang ni.

"Okay, aku balik balai dulu. Kau dah buat report kan. Don't worry aku akan cari isteri kau sampai jumpa."

Ash keluar dari rumah Jacker.

"Inspektor Arash, belikan aku Mcd." Jerit Jacker. Arash tayang buku limanya.

Apalah masalah lelaki ni? Orang tengah serius, dia main-main pula.

***
Aalisya buka matanya perlahan. Jap dia ada kat mana ni?

Tangannya diikat namun kakinya tidak.

Yang pasti sekarang ini dia berasa sangat pening.

"Apa yang jadi sebenarnya?"

Dia menyoal sendiri.

Mahu diingat kembali namun kepalanya masih terlalu sakit.

"Dah bangun sayang?"

Automatik Aalisya pandang ke arah sumber suara itu.

Dia melihat Hariz.

"Kau nak buat apa dengan aku?"

"Jangan takut. Aku hanya nak lindungi kau saja." Cara Hariz berbicara berjaya membuatkan bulu roma Aalisya meremang.

"Kenapa? Kenapa kau buat aku macam ni?" Soal Aalisya. Matanya sudah bergenang. Jujur, dia berasa takut sekarang ini.

Hariz belai rambut Aalisya. Lelaki itu senyum lebar, semakin membuatkan Aalisya berasa takut.

"Kau ingat tak kejadian 4 tahun lepas?" Rambut Aalisya dicium. Aalisya mengundur sedikit.

"Kau ingat tak waktu kita jumpa for the first time?"

Soalan Hariz semakin mengelirukan Aalisya tambahan pula dia kini sedang diselubungi dengan rasa takut.

"Kau ingat tak kau pernah tolong aku dulu? Kau tolong aku dari kena buli dengan senior."

Aalisya baru teringat yang dia pernah membantu Hariz ketika lelaki itu dibuli suatu tika dulu.

"Sejak itu, aku suka kau, Isya. Aku nak dekat dengan kau. Aku bagi kau macam-macam tapi satu pun kau tak pandang. Kenapa?!" Di akhir ayat, Hariz menjerit bagai orang gila.

"Kenapa kau tak pernah nampak aku?" Kepala Aalisya dipegang. Hariz sudah menangis.

"Ha..Hariz, lepas."

"Kenapa kau tak pernah perasan? Kenapa?!" Jeritan Hariz makin menjadi-jadi.

"S..stop." Aalisya undur sedikit. Menjarakkan diri dari Hariz.

"Kenapa kau jauhkan diri dari aku?" Saat Hariz ingin mendekat, Aalisya tendang kuat lelaki itu menyebabkan belakang badan Hariz terlanggar dinding.

Melihat Hariz yang sedang berbaring menahan sakit, Aalisya terus berdiri lalu berlari untuk keluar dari ruangan itu namun sayang bila Hariz sempat menarik rambutnya.

Aalisya menjerit sakit.

"Aku tak ikat kau sebab aku sayangkan kau tapi ini kau yang buat kat aku?" Soal Hariz sambil menahan geram.

Dia dudukkan Aalisya di sebuah kerusi plastik sebelum tangan Aalisya diikat kembali namun kali ini lebih ketat seterusnya mengikat kedua kaki gadis itu di kedua kaki kerusi.

Mulut Aalisya diletakkan pita pelekat berwarna hitam.

Hariz menampar kuat kedua pipi Aalisya menyebabkan gadis itu pengsan tidak sedarkan diri. Hariz senyum puas.

Goodnight eperibadih🤭✨

My Playboy Teacher | COMPLETEWhere stories live. Discover now