23

2.4K 109 2
                                    

"Assalamualaikum." Rayyan melangkah masuk kedalam ruang rumah itu.

"Waalaikumsalam. Ha, Rayyan. Baru balik? Pergi mana tadi?" Soal Tuan Haji Fauzi.

Rayyan hanya tersengih."Ada hal sikit, tok." Jawabnya.

Tuan Haji Fauzi menggeleng."Ni, Isya cari kamu tadi. Kemain budak tu risau kamu tinggal dia."

"Tinggal?" Rayyan binggung sebelum tiba-tiba ketawa sendiri. Dia lupa pula bahawa dia sudah berjanji untuk membawa isterinya ke satu tempat.

Kesian Aalisya. Mesti penat menunggu. Jam ditangan dilihat.

10 malam. Pasti gadis itu sudah tidur. Alahai, tiba-tiba saja terbit rasa bersalah dihati Rayyan.

"Tak apalah,tok. Rayyan naik atas tengok Isya kejap." Pamit Rayyan sopan. Tuan Haji Fauzi hanya mengangguk.

***
Pintu bilik itu dibuka perlahan. Figura Aalisya yang sedang nyenyak tidur dimeja belajarnya diperhati.

Terdapat kertas-kertas diatasnya. Rayyan mendekati. Wajah isterinya ditatap penuh kasih.

Wajah itu. Wajah comel yang sentiasa menemaninya suatu tika dahulu.

Pandangan mata Rayyan terarah kepada kertas-kertas yang berada disamping isterinya.

Dia terpana. Itu kertas yang diterima Aalisya 4 tahun lepas.

Kertas berbaur ugutan. Kertas yang ditulis dengan darah haiwan. Kertas itu juga ada tompokan kecil seperti terkena air. Air mata Aalisya agaknya.

Saat itu juga Rayyan terpandang sebuah buku berkulit hitam yang dipeluk isterinya.

Buku itu. Dia kenal buku tu. Itu ialah buku yang dihadiahkan olehnya untuk Aalisya 9 tahun lepas.

Ketika itu dia berumur 16 tahun dan isterinya baru berumur 8 tahun.

Buku itu diambil perlahan dari pelukan isterinya.

Dibuka muka surat pertama. Kosong. Diselak pula muka surat kedua.

Ada lukisan. Lukisan dua orang. Diatasnya tertulis nama Rayyan dan Isya.

Rayyan menyelak muka surat seterusnya. Terdapat gambar mereka berdua.

Banyak juga gambar yang dikumpul Aalisya.

Diselak dan diselak sehingga sampai disatu muka surat.

13 Mac 2015
Isya suka abang Rayyan❤
Aalisya ❤ Rayyan

Rayyan tersenyum sendiri. Diselak lagi diari itu.

21 Ogos 2015
Kenapa abang Rayyan tak layan Isya...
Isya rindu abang Rayyan.

22 Ogos 2015
Abang Rayyan dah jumpa akak cantik.
Mesti abang Rayyan suka akak tu.
Isya nak jadi macam akak tu.

18 September 2015
Harini result UPSR..Isya dapat semua A...Isya tunjuk kat abang Rayyan tapi Abang Rayyan tak layan Isya.

Isya bagi Abang Rayyan surat sebelum abang Rayyan pergi luar negara.

14 Mac 2017
Hey diari, harini aku dah ada boyfriend. Nama dia Hafiz. Hensem tau. Nanti aku nak kahwin dengan dia.

Aalisya ❤ Hafiz

Rayyan tiba-tiba jadi panas. Hafiz? Boyfriend? Handsome? Kahwin dengan Hafiz?

Diselak lagi.

20 jun 2017
Harini aku dapat benda pelik...ada kotak dalam dia ada katak yang dah mati. Lepastu ada surat. Aku takut sangat.

28 Ogos 2017
Siapa kau? Kenapa kena buat aku macamni? Bagilah aku hidup dengan aman.

10 September 2017
Here you go. Aku dapat lagi kotak bodoh tu.

Rayyan mula tidak sedap hati. Terus diselak lagi.

19 Julai 2018
Aku dah putus dengan Hafiz. The end!! Aku sayangkan dia kot tapi tulah...untuk PT3..aku kena putus💔

Sakit pula hati Rayyan. Aalisya sayangkan Hafiz?

Tak puas hati. Terus muka surat baru diselak.

12 Februari 2020
Rindu arwah nenek so much..
Rindu nak peluk nenek..
Rindu nak bermanja dengan nenek..
Rindu nak makan aiskrim strawberi yang nenek belanja :( ♡

Isya miss you nenek♡

23 Mac 2020
Esok aku kahwin. Dengan abang Rayyan haha..

I'm so happy! But, he's playboy :(

Rayyan tersenyum. Mati-mati ingat Aalisya memang taknak kahwin dengan dia.

Tangan menyelak lagi.

Ada gambar mereka berdua di hari pernikahan mereka.

13 Jun 2020
May Allah ease everything. Isya love you so much, abang❤

Semoga abang tak jadi playboy macam dulu. Isya taknak hilang abang.

Isya rindu time kecik dulu. Everything kita buat sama-sama. Harapnya sekarang pun kita akan macam tu jugak.

Saranghae oppa!

Rayyan tersenyum. Dia tidak bertepuk sebelah tangan rupanya.

Terus ditutup buku tersebut. Aalisya yang sedang tidur pulas diperhati sebelum mencempung gadis itu perlahan.

Berhati-hati Rayyan mengangkat isterinya. Diletak dengan perlahan. Ditarik selimut menutupi tubuh isterinya. Bantal panjang diambil sebelum diletakkan kepada Aalisya. Membiarkan gadis itu memeluk bantal kesayangannya.

Dahi Aalisya dicium penuh syahdu.

"I love you, sayang."

***


































Thank you guys for 1K readers!!!🎉🎊

Nad hargai sgt-sgt kepada korang yg still support MY PLAYBOY TEACHER❤❤❤❤

Nad hargai sgt-sgt kepada korang yg still support MY PLAYBOY TEACHER❤❤❤❤

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



1 L0V3 Y0U GUYS S0 MUCH ❤❤❤

Keep support me supaya nad dapat capai impian nad untuk jadi penulis🙆❤

My Playboy Teacher | COMPLETEWhere stories live. Discover now