20

2.7K 113 0
                                    

Aalisya yang sedang fokus menghadap laptop kesayangannya dikerling seketika.

Mata dialihkan kembali menghadap buku-buku latihan pelajar didepannya.Tapi tidak lama apabila matanya kembali mengerling kearah si isteri.

Keluhan dilepaskan.Isterinya langsung tidak memandang kearahnya.Baru sahaja mulutnya ingin berbicara,gadis itu terlebih dahulu melarikan diri ke luar bilik.

Mama kesayangan dipanggil.

Terbit keluhan dibibir Rayyan.

Sementara Aalisya di luar bilik hanya memandang pintu biliknya dengan perasaan kecewa.Rayyan tak datang pujuk dia pun.

Memang patut pun dia keluar dari bilik itu,tak adalah dia kena tahan perasaan kecewa yang sedang melanda diri.

Kaki diatur menuju ke bawah.

"Ha,Isya.Mana Rayyan?"Puan Sri Aisyah menyoal apabila kelibat Aalisya menyapa pandangan matanya.

"Ouh,dalam bilik."lemah nada suara anak gadisnya.Puan Sri Aisyah datang mendekat.

"Isya sakit ke.Macam lemah je mama tengok."dahi Aalisya disentuh.Wajah risau dipamerkan.

Aalisya hanya menggeleng."Penat sikit.Tadi kan Isya balik lambat sebab ada aktiviti kokurikulum."alasan Aalisya.Tangan menolak lembut tangan mamanya.

Aalisya cuba ukir senyum manis buat ibu tercinta.

"Mama jangan risaulah.Isya okay."

"Mama."

Aalisya dan Puan Sri Aisyah menoleh.

"Kenapa Rayyan?"soal Puan Seri Aisyah.

"Rayyan dan Isya cadang nak pergi majlis kahwin kawan Rayyan Sabtu ni.Boleh kan?"

Puan Seri Aisyah gelak kecil."Ish,kamu ni.Cakap macam kamu tu budak kecil.Kamu berdua kan dah kahwin,apa masalahnya?Pergi jelah."

Rayyan tayang sengih kekok.Sempat matanya mengerling kearah Aalisya.Gadis itu terlihat menunduk.

Dalam diam,hati Rayyan kian kecewa.

"Tak pelah,Rayyan masuk bilik dulu.Penat."senyum nipis diukir buat ibu mertua nya.

***
"Hai Aalisya."

"Hai Hafiz."senyuman diukir untuk lelaki yang duduk dihadapannya.

"Awak tak pergi makan ke?"Hafiz menyoal apabila melihat gadis seperti tidak mahu berbual dengannya.

"Tak.Saya dah kenyang."mata meliar ke sekitar kawasan.Tak selesa bila Hafiz seperti ingin merapatkan jarak di antara mereka.

"Babe."Aalisya hembus nafas lega apabila Emma mendekati kearah mereka.

"Eh Hafiz,buat apa kat sini?"Hafiz senyum sebelum menjawap soalan Emma.

"Tak ada apa-apa.Saja temankan Isya.Kesian dia sorang-sorang."

Emma hanya mengangguk walaupun pelik dengan tingkah lelaki itu.

Tanpa pamitan,Hafiz beredar.Aalisya hnya mengiringi dengan melihat.

"Dia kacau kau ke?"Aalisya menoleh memandang kearah Emma pula.

Hela nafas dilepaskan."Entah dia tu.Datang tiba-tiba lepastu duduk rapat-rapat dengan aku.Nasib kau datang cepat."

"Kalau macam tu,lepas ni jangan rapat dengan dia dahlah.Aku tengok dia tu pelik lain macam."

Aalisya mengangguk mengiyakan kata-kata Emma.

"Kau jangan lupa bagitahu suami kau tu."

"Hurm."Aalisya hanya menggumam.Tidak berminat apabila soal suaminya dibangkitkan.

"Dengar tak ni apa aku cakap?"

"Tengoklah macam mana.Klau aku ingat aku bagitahu okay."

Suapan Emma terhenti."Kenapa pula?Dia kan suami kau.Dia patut tahu tau."

Aalisya menjeling sedikit."Biarlah,dia bukan kesah hal aku.Dia hanya pentingkan ex girlfriend yang dia sayang sangat tu je."

Aalisya bangun meninggalkan Emma keseorangan.Emma pula terpinga-pinga.

Ex girlfriend?

My Playboy Teacher | COMPLETEWhere stories live. Discover now