3

4.1K 197 0
                                    

"Aalisya,aku dengar ada cikgu baru nak masuk.Tapi dia takkan ajar kita."nada sedih dikeluarkan oleh rakan baiknya,Emma.

Aalisya hanya membiarkan.Fikirannya kembali pada kejadian 2 hari lepas.

"Aalisya kahwin dengan Rayyan ye.Mama yakin Rayyan yang terbaik untuk Isya."

"Weyh Isya.Kau dengar tak ni?Eee kau ni..Penat aku bercakap sorang-sorang."Aalisya tayang sengih.

"Sorry."

Emma mencebik bibir.

"Jomlah masuk kelas nanti lambat kena marah pula."

Emma dan Aalisya berjalan beriringan.Itulah mereka.Macam belangkas.

Sampai dihadapan kelas,dapat dilihat semua berkumpul disatu meja.

"Eh korang ni kenapa?Buat mesyuarat ke?"perli Aalisya.Bukannya dia tidak tahu perangai rakan sekelasnya itu,kaki gosip.

"Kau diamlah,Isya.Kau taknak tahu,takpayah nak sibuk hal kitorang."

Aalisya hanya menggeleng.Lantak koranglah.

"Weyh,cikgu datang weyh.Cikgu datang."semua kelam kabut berlari ke tempat masing-masing.

"Assalamualaikum,hari ini saya ingin memperkenalkan kepada kamu semua,Encik Irfan Rayyan selaku guru kelas kamu."

Semua bersorak gembira kecuali Aalisya yang sudah tergamam.

"Assalamualaikum,nama saya Irfan Rayyan.Kamu semua boleh panggil saya Sir Irfan."Rayyan memperkenalkan dirinya.

"Kalau tiada apa-apa,saya beredar dulu."Puan Anita bergerak keluar kelas.

"So,start from today.Saya akan ajar awak seni.Saya juga mengajar fizik dan matematik tambahan tapi saya dimaklumkan awak semua ambil subjek berteraskan seni.Betul?"seluruh kelas 5Azalea menggangguk.

"Harini saya taknak stress.So,apa kata korang memperkenalkan diri korang.Then kita main game."semua bersorak gembira kecuali Aalisya.

'Kau dah cukup banyak bagi aku stress,Rayyan.'Aalisya mengeluh.

Semua memperkenalkan diri seperti yang dipinta oleh Rayyan.Tiba saja giliran Aalisya,semua ahli kelas memandang kearahnya.Menanti supaya gadis itu bergerak ke hadapan namun gadis itu sedang elok termenung.

"Isya."Aalisya tersentak.Rakan baiknya itu dipandang.

"Your turn."

"Huh."Aalisya memandang sekeliling.Semua mata memandang kearahnya termasuk Rayyan.

Aalisya bangun bergerak kehadapan kelas tanpa secalit senyuman.

"Hai.Nama saya Puteri Aalisya Aryanna.Just Isya."Aalisya bergerak mahu kembali ke tempatnya.

"Eh,nak pergi mana?"Rayyan menahan Aalisya.

"Nak pergi kat meja lah."

"Saya tak habis bercakap dengan awak lagi."Aalisya membuat muka malas.

"Siapa ketua kelas?"Aalisya menunjuk riak wajah tidak percaya.

"Seriously?!"Aalisya menyoal kuat.Apabila sedar kesilapannya,dia berdehem.

"Maaf.Ketua kelas ialah Muhammad Danish Hazriq."Aalisya menunjuk kepada seorang lelaki yang duduk dibahagian tengah kelas.

"Penolong kelas?"Aalisya mengigit bibir.

"Err,cikgu tak perlu tahu kot."

"Saya guru kelas awak.So,saya berhak tahu!"nada suara yang dikeluarkan Rayyan sedikit tinggi.

Aalisya menjeling tajam Rayyan.Perbuatannya itu dibuat secara berhati-hati.Takut disedari warga kelas,terus dicop kurang ajar.

Aalisya menarik nafas perlahan.

"Saya ialah penolong ketua kelas.Boleh saya duduk?"senyumnya dimaniskan sehabis mungkin.

Rayyan terpaku namun riaknya dikawal agar tidak diketahui sesiapa.

My Playboy Teacher | COMPLETEWhere stories live. Discover now