02

330 51 39
                                    

2 tahun kemudiannya.

hanbi's pov +

sejak daripada tadi, pandangan aku langsung tidak beralih daripada kertas-kertas skrip yang berada di tanganku. sesungguhnya, aku tengah murung sekarang ni sebab dapat watak perampas. haih. kenapalah dalam banyak-banyak watak yang wujud, watak perampas jugak yang aku dapat untuk tugasan kali ini ?!

"ulala~ woi hanbi! tengok siapa yang datang tu!" lee nakyung, salah seorang daripada kawan rapat aku tiba-tiba bersuara sambil menyiku bahuku.

aku terus mengangkat pandangan. dalam masa yang sama, suara jeritan para mahasiswi yang mula menyapa gegendang telinga aku hampir sahaja membuatkan aku kehilangan deria pendengaran-

satu senyuman lebar terus menghiasi wajahku apabila ternampak younghoon sunbae, crush aku bersama gengnya yang sedang bersiap sedia untuk membuat persembahan mengejut di kawasan lapangan di antara fakulti muzik dengan fakulti filem, teater dan animasi.

"amboii, kemain lebar senyuman kawan kita sorang ni bila nampak crush dia eh!" sambung park chaewon, atau lebih mesra dipanggil gowon.

tanpa membuang masa, kertas-kertas skrip yang digenggam dengan erat aku lempar ke udara sebelum berlari ke arah pelajar-pelajar lain yang sudah mula membuat bulatan, mengelilingi empat orang mahasiswa jurusan muzik yang kacak-kacak belaka iaitu kim younghoon, lee jaehyun, jacob bae dan jeon woong.

ya, memang semua kacak tetapi, yang paling menarik perhatian aku ialah younghoon sunbae. sejak hari pertama aku menjejakkan kaki di universiti ini atau lebih tepat lagi, ketika hari pendaftaran pelajar baru beberapa bulan yang lepas, aku terus jatuh cinta kepadanya sebaik sahaja melihat cara dia menguruskan pelajar-pelajar baru jurusan muzik.

bernafas aje pon handsome. tak faham betul aku-

tak sia-sia juga aku dengar cakap eomma supaya masuk universiti ini hehe. oh ya, sampai sekarang aku masih tak tahu kenapa eomma beria-ia sangat nak aku masuk universiti ini.

untuk mengelakkan daripada menjadi anak derhaka, aku ikut jelah permintaan eomma. lagipun, aku juga yang beruntung sekarang ini sebab dapat jumpa younghoon sunbae setiap hari walaupun kami berlainan jurusan dan fakulti. tidak cukup dengan itu, aku juga dikurniakan dua orang sahabat yang sanggup menerima perangai gila aku.

"adoi! aku taulah kau excited tapi tak payah lah sampai main campak aje- hiks. kertas-kertas ni tak berdosa do..." nakyung mengeluh kecil lalu mengutip semula kertas-kertas yang sudah jatuh, berterabur di atas jalan.

"handsomenya younghoon sunbae!"

"hyunjae oppa, fightingg!"

"jacob sunbae, saranghae!!"

"comel gila sia woong!"

"sshhh!"

seboleh-bolehnya aku menyelit di antara pelajar-pelajar lain sehingga berada di barisan yang paling hadapan. beberapa minit kemudian, suasana automatik berubah senyap apabila younghoon sunbae menghidupkan mikrofon untuk bersuara.

"annyeonghaseyo yeoreobun. kami, pelajar tahun 3 jurusan muzik ingin menyampaikan sebuah persembahan pendek pada pagi ini. harap, korang semua terhibur dan suka dengan persembahan kami."

pelajar-pelajar lain sudah mula menepuk tangan masing-masing sambil bersorak dengan penuh riang, memberi semangat kepada team jurusan muzik yang paling famous di universiti mereka.

serentak itu, keempat-empat jejaka tersebut mula memetik gitar masing-masing dan memulakan persembahan.

it's a beautiful night, we're looking for something dumb to do
hey baby, I think I wanna marry you
is it the look in your eyes, or is it this dancing juice
who cares baby, I think I wanna marry you

don't say no no no no no
just say yeah yeah yeah yeah yeah
and we'll go go go go go
if you're ready, like I'm ready

cause it's a beautiful night, we're looking for something dumb to do
hey baby, I think I wanna marry you
is it the look in your eyes, or is it this dancing juice
who cares baby, I think I wanna marry you

just say I do
tell me right now baby
tell me right now baby, baby
just say I do
tell me right now baby
tell me right now baby, baby

aku menelan air liur apabila younghoon sunbae tiba-tiba sahaja bangun lalu berjalan ke arah barisan paling hadapan iaitu barisan aku bersama sejambak bunga pada tangan kanannya.

oh
it's a beautiful night, we're looking for something dumb to do
hey baby, I think I wanna marry you

"is it the look in your eyes, or is it this dancing juice
who cares baby, I think I wanna marry you."  ugh! suara pon handsome! tak adil sungguh.

denyutan jantung aku menjadi semakin laju apabila sedar bahawa younghoon sunbae sedang berjalan ke arah aku. ya ampun! rasa macam tengah berangan pon ada. ke aku memang tengah berangan sekarang ni?

aku mengerdipkan mata beberapa kali sebelum memandang younghoon sunbae yang sudah berdiri di hadapan aku sambil menghulurkan bunga tersebut kepada aku. semuanya terasa bagaikan mimpi dan berlaku dengan sangat pantas-

cepat-cepat aku menyambut hulurannya dengan tangan yang menggigil. aku tahu ini hanyalah sekadar sebahagian daripada persembahan mereka tapi, aku rasa macam betul-betul kena lamar sia- sudahlah crush sendiri pula tu yang hulur bunga dekat aku!

persembahan mereka diakhiri dengan tepukan yang sangat gemuruh daripada semua pelajar yang ada di situ. setelah itu, pelajar-pelajar lain mulai beredar, kembali ke kawasan fakulti masing-masing. manakala younghoon sunbae dan gengnya sedang mengemas peralatan-peralatan mereka.

aku pula masih terpinga-pinga bersama bunga tersebut. gowon dan nakyung terus berlari ke arah aku dengan senyuman bangga. "amboii, dapat bunga daripada crush ya? tak sangka dalam banyak-banyak perempuan yang ada tadi, kau jugak yang dapat bunga ni." ujar gowon, agak terkejut.

"itulah pasal! jealousnya aku huwaa!" sambung nakyung sambil menekup dagunya.

aku hanya tersengih sambil menghidu aroma bunga tersebut. "tunggu sini jap gais, aku nak pulangkan bunga ni kat younghoon sunbae."

aku menarik nafas sedalam-dalamnya lalu menghelanya. setelah mengumpulkan semua keberanian yang masih berbaki dalam diri,  perlahan-lahan aku mendekati ke arah younghoon sunbae dan rakan-rakannya.

"annyeonghaseyo sunbaenim, err saya nak pulangkan bunga ni semula." ucapku sambil menunduk hormat kepadanya lalu menghulurkan semula bunga tersebut kepada younghoon sunbae sambil memandang ke bawah. sumpah tak berani nak buat eye contact dengannya.

"take it or throw it."

TBC ♡

stepbae. kyhWhere stories live. Discover now